#SCUA 3

5.9K 253 5
                                    


Anis leka melipat kain jemuran yang baru sahaja diangkat dan dibawa ke biliknya.Sudah sebulan Anis menjadi isteri orang a.k.a isteri kepada Fareez.Sejak kejadian itu Anis dilamar oleh ibubapa Fareez atas desakannya kerana ingin memperisterikannya.Mulanya Anis buat buat tak tau,mungkin ketika itu dia marah kepada kekasihnya dan membuat keputusan drastic tapi lain pulak jadinya,Anis betul betul dilamar oleh Fareez.

Tapi kehidupan mereka tidak seperti pasangan suami isteri yang sebenar.Mereka Cuma duduk sebumbung tapi lain bilik.Anis berada dibilik tingkat 2 dan Fareez pula berada dibilik tingkat 3. Mereka hanya akan duduk sebilik jika keluarga dan sedara mara mereka datang menginap,itu pun secara berasingan,Fareez tidur disofa manakala Anis pula diberi tidur diatas katil kesayangannya.Banglo yang diduduki ini adalah hadiah dari Tan sri Mustapha dan puan sri Serina untuk anak tunggalnya.

Semenjak itu juga Anis tidak bekerja difirma guaman milik suaminya kerana ditegah oleh Fareez agar dia duduk sahaja dirumahnya itu.Anis hanya akur mendengar perintah Fareez.Dia tidak mahu menjadi isteri derhaka.

Kedengaran deruman kereta milik Fareez masuk kedalam perkarangan rumah.Anis terus mencampak kain yang dipegangnya lantas berlari menuruni tangga.Tiba tiba dia tersadung ditangga dan akhirnya dia tergolek kebawah.Anis berasa kesakitan tetapi digagahkan juga untuk bangun.Dia berjalan terencut encut kearah pintu bagi menyambut Fareez.

     "Assalamualaikum."

      "Waalaikumussalam."Jawab Anis.

Anis mengambil kot dan beg bimbit milik Fareez.Dia berjalan untuk berlalu kearah dapur bagi mengambil minuman untuk Fareez.Fareez tiba tiba memegang lengan Anis.

     "Kenapa dengan kaki awak tu?"Tanya Fareez.Agak pelik melihat Anis berjalan terencut encut.

      "Tak ada apa apa lah"Anis menarik kembali tangannya.Langkah diteruskan.Dia menaham kesakitan yang dialami.Sungguh sakit dan teramat sakit.

Dia mengambil cawan dan sudu dan terus berlalu ke rak yang menempatkan gula dan perasa minuman.Diambil gula dan perasa oren,air dibancuh.Fareez berada dibelakang Anis.Tangannya melingkari dipinggang Anis.Anis kaget.Selama sebulan dia berkahwin dengan bekas majikannya itu,inilah kali pertama Fareez menyentuhnya kecuali Anis sahaja yang selalu memegangnya.Bukan sebab kemaruk tapi takut!!

      "Awak jatuh kat mana??kat tangga??"Tanya Fareez sedikit kasar.

Aik!Pandai pulak meneka suami aku ni.

      "Mana ada saya jatuh kat tangga,saya jatuh kat bilik mandilah"Bohong Anis.

     "Ohh..jatuh kat toilet,tapi kenapa kat toilet tak ada kesan darah dekat tangga ada pulak!"Fareez serkap jarang.

Darah??Aku ada luka ke sampai keluar darah??ke aku ehem ehem..

      "Darah?darah ape??"Tanya Anis.

Fareez melepaskan pelukannya.Dia memegang pergelangan tangan Anis.Anis berasa pedih.Matanya berwarna merah.

      "Ni tangan awak berdarah,takkan awak tak perasan?Ni macam mana awak boleh jatuh tangga ni??"Ujarnya.

      "Saya tersadung kat tangga sebab nak jemput awak!!"

      "Then.."

      "Saya tergolek kebawah."

      "Then.."

      "Saya bangun pastu jalan kedepan sampai awak bagi salam."

Fareez menggeleng seraya mencempung badan Anis.

      "Apa awak buat ni lepaskan saya!!"Pinta Anis yang sudah meronta ronta dilepaskan.

Fareez hanya diam.Dia membawa Anis masuk ke dalam kamarnya.



#Annoyingstory

#vote

#commentpedas2


[COMPLETE] SURAT CINTA UNTUK AWAKWo Geschichten leben. Entdecke jetzt