Bab 1 🌹

274 10 6
                                    

"Raisya,Raisya bangun la nak,siap cepat nak pergi sekolah."jerit ibu sambil menyiapkan sarapan pagi buat suami dan anaknya."apa nak jadi dgn anak dara aku sorang ni, tak pandai-pandai lagi nak bangun awal pergi sekolah. Umur dah 17 tahun dah,haih perangai pun tak pernah-pernah nak matang." Si ibu bermonolog sendiri.

"Morning ibu"sergah Raisya ceria sambil mengatur langkah dengan laju sekali menurun tangga.

"ish kmu ni.Kenapa ibu panggil Raisya tak menyahut?baru nak bangun siap pergi sekolah la tu" marah ibu Raisya.'Ya Allah ibu, dah lah tu!'

"Ibu,Raisya dh bangun lama dah.Tadi Raisya mandi sbb itu tak dgr ibu panggil ni.Hmm sedapnya bau, ibu masak apa ni?"tanya raisya sambil memeluk ibunya dari belakang lalu mencium pipi ibunya.ha dah start dah perangai tak semengah Raisya ni.

"Ibu tgh masak nasi goreng ni.Alang-alang kmu ada kat dapur ni ha,ibu nak minta kmu tolong bancuhkan teh dlm teko atas meja tuh."Raisya di pandang sekilas.Raisya menurut sahaja kata-kata ibunya.Apa salahnya menolong ibu sebelum pergi ke sekolah.Dapat pahala sedekah.

"Ayah kamu tgh bersiap nk pergi kerja tu,bising pulak org tua tu sarapan dia tak siap lagi"bisik ibu Raisya perlahan supaya tidak didengari oleh suaminya.Tergelak kecil Raisya dibuatnya.ibu pun dua kali lima je.

"Ha,buat apa bisik-bisik ni.Mengutuk ayah lah tu"Ayah menjegukkan kepalanya di pintu dapur, cuba utk mendengar perbualan anak beranak itu.

"Alamak ibu,ayah dgr ke"bisik Raisya gelisah.Tak sempat ibu Raisya ingin membalas kata-kata anaknya.Ayahnya sudah menjerit dari arah depan.

"Mrs Izzudin ku,mana sarapan saya ni?Saya nak pergi kerja dah ni"panggil Izzudinn sambil membetul-betulkan tali lehernya.

Tergelak kecil dua beranak di dapur mendengar panggilan yg Izzudin beri kepada isterinya.Isterinya dtg sambil membawa sarapan dan meletakkannya di atas meja.

"Harini awak tolong hantarkan Raisya pergi sekolah ye.Pagi ni saya ada mesyuarat"Izzudin menjamah nasi goreng yg dimasak isterinya.

"Ya lah abang,nanti saya hantarkan raisya,makan tu jangan gelojoh sangat tercekik nanti susah pula saya." perli si isteri sambil memerhati suaminya makan dgn pelahapnya.tak pernah makan makanan sedap kut.Sebab itu gelojoh bukan main.Air tangan isteri kan tiada tandingannya.Tengoklah isteri sapa..huuu

"Ibu,harini Raisya balik mcm biasa tau, pukul 1:30 okay?"Raisya memberitahu ibunya kemudian menghirup sedikit demi sedikit teh yg panas.

"okay sayang,panas tu perlahan-lahan."ujar si ibu prihatin.Raisya hanya mengangguk.

*****

Setelah sampai di hadapan perkarangan sekolah,Raisya menghulurkan tangannya utk menyalam tangan ibunya lalu mencium lembut pipi ibunya.

"Raisya,jaga diri baik-baik,belajar sungguh-sungguh ye."si ibu memberitahu anaknya sebelum anaknya melangkah keluar dari perut kereta.Satu benda yg aku kagum dgn ibu ni,ibunya mesti akan berpesan sesuatu sebelum dia ke sekolah.

"Baik ibu,"jawab Raisya membuka pintu kereta dan melangkah keluar.

***

Raisya melangkah masuk ke dalam kelas dan duduk di belakang sekali.Tempat kegemarannya kerana di sebelahnya tiada sesiapa akan duduk,sebab itu dia berasa selesa jika duduk sorang-sorang.Kemudian,dia mengeluarkan novel kegemarannya dari beg.

"Hai Raisya"sapa Farisya dan Farish serentak kawan baiknya yang duduk di bersebelahan hadapan Raisya di dlm kelas.Raisya yg sedang khusyuk membaca novel mendongakkan kepalanya memandang sahabatnya yg tiba-tiba berada di depannya.

Anugerah Terindah🌹Where stories live. Discover now