💕1💕

4K 180 2
                                    

"Tunku..Tunku ok?" soal Dayang-dayang yang bertanggungjawab menjaga Luna. Luna mengangguk langkah diatur terus ke arah library yang berada didalam istana.

Laci meja jati itu dibuka satu-persatu mencari buku lamanya. Cik Puan Kartina berdiri memeluk tubuh melihat anaknda kesayanganya sedang memunggah meja kerja Tuanku Syafei.

"Isabella what you have done right now?" soal Cik Puan Kartina tegas. Luna menghembus nafas seraya bangun memandang Bondanya.

"Bonda ada nampak tak buku Luna masa Luna tinggalkan istana dulu?"

"What buku?" soal Cik Puan Kartina kembali, Luna mengeleng kepala menunduk hormat pada Bondanya kemudian meninggalkan perpustakaan itu.

Kalau bondanya sudah menyoal begitu tak mustahil lagi kalau bondanya sudah mengarahkan pembantu pembantu didalam Istana itu membakar atau menyimpan di dalam stor bawah tanah.

Pintu bilik dibuka,kemudian menghempas kuat langkah diatur terus ke arah sofa baldunya. Badanya dihempaskan diatas sofa baldu berwarna navy blue. Dayang-dayang sedia berdiri di belakang sofa. Telefon pintarnya dicapai,kalender dibuka melihat tarikh dan baki hari yang dia ada untuk menikmati sisa kehidupanya.

"Tunku...sekarang waktu makan" salah satu dayangnya bersuara. Luna hanya mengangguk,langkah diatur menuju ke tingkap melihat luar istana.

Dia mahu memujuk Ayahnda dan Bondanya melepaskan dia menikmati kehidupan harian seperti rakyat biasa. Dia mahu menikmati sisa kehidupanya yang masih berbaki,dia mahu merasa apa itu 'kebebasan' apa itu 'keseronokan' yang sebenarnya. Bukan seperti sekarang terkongkong didalam istana, rutin harian yang sama pasti dia lalui. Kemana sahaja dia pergi pasti berteman.

"Tunku di minta turun ke ruang makan sebelum Ayahnda tiba" Pengawal berpakaian hitam berdiri di pintu bilik Luna.

Tanpa membuang masa Luna pantas berjalan menuju ke ruang makan,langkah diatur laju menuruni tangga.

Senyuman diukir seraya duduk dikerusi yang telah ditarikkan keluar oleh dayangnya. Cik Puan Kartina memandang Luna Isabella dihadapanya. Luna hanya menjuih bibir sambil bermain dengan sudu dan garfu.

"Luna behave" tegur Cik Puan Kartina, Luna menyengetkan mulutnya kemudian meletak kembali sudu dan garfu ditepi pinggan. Melihat Tuanku Ibrahim tiba di balai makan, pantas dua beranak itu memperbetulkan posisi mereka. Luna menunduk hormat pada Ayahnda nya.

Tuanku Ibrahim meraih tangan Luna,mata anak gadis itu direnung. Luna membalas genggaman Ayahnda nya.

"How your condition ?" akhirnya terpancul juga soalan itu dari mulut Tuanku Ibrahim, selama ini dia tak sanggup mahu menyoalkan soalan yang ada kena mengena dengan penyakit anaknda nya. Luna tersenyum seraya mengangguk.

"Like you see me right now, feels better" balas Luna bohong,hakikatnya dadanya ketika itu terasa amat perit. Namun disebabkan tidak mahu Ayahnda dan Bondanya risau dia terpaksa berbohong.

"So jom makan..dah lama tak berkumpul macam ni kan?" Luna bersuara riang apabila suasana mula terasa hening. Ayahnda nya mengukir senyum seraya menyeka airmata yang sudah bergenang.

Luna menyudu makanan ke dalam mulutnya perlahan,cuba menahan empangan airmata yang sudah berpenghujung tunggu masa sahaja akan tumpah. Wajahnya ditundukkan,kain pelapik diatas pehanya diraih dan menyeka airmatanya perlahan.

"Luna where's your bracelet?" soal Cik Puan Kartina melihat pergelangan tangan Luna Isabella tidak memakai gelang tangan yang dihadiahkan dahulu.

"I think tertinggal dekat Villa.." balas Luna memandang Bondanya dengan pandangan serba salah, tidak sampai hati dia mahu terus terang bahawa gelang tangan itu telah tercicir di London!

「※※※※※※※※※」

Haris Afnan menguak rambutnya kebelakang,lengan kemejanya dilipat hingga ke paras siku. Wajahnya dibelek sekilas kemudian terus melangkah keluar menuju ke ruang tamu Adhar.

"Wow you look so handsome with that brown kemeja" Ibu Adhar memuji, Haris tersenyum kekok. Botol Sparkling yang dihulur oleh Adhar disambut kemudian turut mengatur langkah ke belakang rumah Adhar, sempat dia mengenyit mata je arah adik perempuan Adhar yang sedang membakar daging burger.

"Apa mimpi tiba-tiba kau nak datang London ni?" soal Adhar ketika itu mereka sudah duduk disebuah kerusi kayu.

"Aku nak relex for a while...sebelum aku ambil alih syarikat arwah papa" balas Haris kemudian meneguk air sparkling.

"Bukan syarikat tu abang kau yang handle ke? Then gallery kau macam mana?"

"Abang aku handle syarikat Ayah mertua dia, so nak taknak tinggal aku je lah yang kena ambil alih Syarikat arwah papa" balas Haris dengan wajah pasrah, dia terlalu sayangkan akan gallery lukisnya, dan tidak pernah minat dengan bisnes. Adhar menepuk bahu Haris senyuman diukir.

"Bro,dulu apa yang kau nak arwah papa kau tunaikan, why not sekarang ni kau balas jasa dia dengan terima jawatan ceo tu?" Adhar cuba memberi semangat bahu Haris ditepuk berkali-kali, Haris hanya mengangguk seraya tersenyum.

------------------

Luna menghampiri Tuanku Ibrahim yang sedang mengambil angin petang di taman istana, rambutnya diselitkan kebelakang telinga, kakinya berhenti melangkah melihat ikan-ikan yang sedang berenang didalam kolam.

"Dah makan ubat?" soalan tu yang terpancul sebaik sahaja dia duduk dikerusi berhadapan Ayahndanya. Luna hanya tersenyum dan mengangguk. Nafas ditarik lama lalu dihembus perlahan.

"Ayahnda,Luna nak minta izin Ayahnda.."

Tuanku Ibrahim memandang Luna,cawan kopinya diletakkan semula diatas meja. Luna menggigit jari telunjuknya,habitnya sejak kecil kalau gementar. Tuanku Ibrahim mengukir senyum, dia akan cuba tunaikan apa sahaja permintaan anakndanya tunggalnya yang tercinta.

"Luna nak cuba hidup normal macam orang lain..no bodygaurds and something else" sambung Luna. Riak wajah Tuanku Ibrahim berubah, ini permintaan yang sangat berat.

"I mean, bukan nak hidup dekat KL ni,Luna nak merasa suasana kampung...nak rasa kehidupan seperti orang kampung... can i?" sambung Luna lagi, Tuanku Ibrahim memandang ke arah kolam ikan dihadapanya.

Luna menggigit jari, ibu jari kakinya mula bergerak-gerak, gemuruh menunggu jawapan dari Ayahnda nya.

"My dear,you know...emm" Tuanku Ibrahim mula bersuara,namun ayatnya seperti tersekat di kerongkong. Kepalanya dipicit kemudian memandang Luna.

"You know permintaan Luna tu sangat berat?" sambung Tuanku Ibrahim.

Luna menunduk menekur lantai,cuba menahan rasa sedih nya. Senyuman palsu diukir memandang Ayahnda nya kemudian mengangguk.

Tuanku Ibrahim mula terasa serba salah, wajah Puteri nya ditenung lama. Luna mula bangun dari kerusi.

"Baiklah,Ayahnda izinkan..but you will stay with Mak wok.."

"who's mak wok?" soal Luna hairan.

"pekerja istana ni dahulu, i warn you Luna, take care of yourself"

"i will Ayahnda!" ujar Luna Isabella ceria,Ayahnda nya dipeluk erat pipi lelaki itu dikucup sebelum berlari masuk ke dalam istana.

Dadanya dipegang,terasa sakit yang amat,nafasnya mula terasa lelah. Penyakit yang dia hadapi selalu membuat tubuh badanya cepat penat,badan semakin susut dan tiada selera makan. Perlahan suasana menjadi gelap, dayang-dayangnya mula berkejaran ke arahnya.


----------
Maaf kalau permulaan ni agak slow!

Cik Puteri RajaWhere stories live. Discover now