💕2💕

3.5K 161 5
                                    

Haris Afnan,menyelak selimut yang membaluti tubuhnya kasar. Langkah diatur terus menuju ke tandas. Lima belas minit kemudian dia keluar dan menuju ke arah closet. T-shirt lengan panjang dipakai dan dikenakan dengan jeans biru gelap. Rambut disikat menggunakan jari,selepas menyembur perfume,langkah diatur keluar dari bilik.

"Goodmorning!" sapa Haris kemudian melabuhkan punggung dihadapan Adhar yang sedang menikmati sarapan.

"Happy je,ada apa-apa ke?" soal Adhar, menghulur mug berisi kopi pada Haris. Haris mengangguk,kening kirinya dijongkitkan berkali-kali.

"Ada perempuan nak beli lukisan aku,dan cuba teka siapa perempuan tu?"

Adhar mengangkat kening,Haris dipandang atas bawah. Susah dia nak meneka, Haris ni ramai kawan perempuan.

Haris menjuling mata hitamnya,nafas berat dihembus, bosan menunggu jawapan dari Adhar. Sandwich di gigit.

"She a princess" ujar Haris teruja, Adhar tercengang. Haris masih lagak biasa mengunyah sandwich tuna.

"So lusa aku balik Malaysia!" sambung Haris tersenyum menampakkan barisan giginya yang teratur. Adhar masih memandang Haris,makin tercengang dibuatnya. Baru sahaja sampai kelmarin,lusa sudah balik.

"Kau balik nak jumpa anak raja tu lah?" teka Adhar. Haris mengangguk selamba.

"Berangan,tak ada maknanya princess tu akan jumpa kau..dah tentu lah dia hantar orang yang ambil lukisan tu.." tambah Adhar. Haris mengeleng kepala,kalini telur goreng hancur pula dia masukkan kedalam mulut.

"Nope,she call me...dia yang kata dia yang akan ambil dari tangan aku..so mana tahu dia akan jatuh hati dengan aku?" balas Haris penuh yakin. Ketawa Adhar terburai,meja diketuknya.

"Princess nak jatuh hati dengan kau? Hahahahahaha Haris Afnan buat lawak apa pagi-pagi ni?!"  Haris terus membaling kain pengelap mulut ke arah Adhar. Adhar masih ketawa.

"Ramai lagi perempuan dekat luar sana, kau pun tak payah lah berangan tinggi sangat" tambah Adhar lagi. Haris menjeling, kacang dibaling ke arah Adhar.

"Cuba lah kau support member kau ni?!" rungut Haris. Adhar ketawa lagi,kepalanya di anggukan.

"Ya baik Tuanku Haris..beta mengikut arahan" balas Adhar kemudian terus meninggalkan meja makan. Haris pantas mengejar Adhar.

Haris pantas memeluk bahu Adhar,langkah mereka terus diatur menuju ke arah kerusi kayu dibelakang rumah Adhar.

Melihat adik perempuan Adhar yang kebetulan keluar membuang sampah membuatkan Haris teringat akan perempuan yang melanggarnya di lapangan terbang. Cepat-cepat ingatan itu dibuang jauh,fikiranya cuba difikirkan benda lain. Adhar yang sedang menghembus asap rokok itu dipandang.

"Tapi kan, ada betul juga kata kau tu..Raja kita pun tak pernah kenalkan anak dia dekat umum.." Haris bersuara,keningnya berkerut.

"Maksud kau?"

"i means, Raja kita tak pernah tunjukan anak perempuan dia tu...sejak lahir sampai sekarang..kau rasa kenapa dia tak tunjukkan dekat Rakyat dia?"

Adhar menjongkit bahu, putung rokok dipijak kemudian memeluk tubuh turut termenung seperti Haris.

"Tak silap aku lah, anak dia tu dia hantar dekat London.." balas Adhar. Haris mengangguk.

"kot-kot perempuan yang langgar kau tu anak raja kita?" usik Adhar. Haris menjeling, fikiran kawanya memang tak boleh pakai.

———————————————

Luna Isabella membuka matanya perlahan, dia melihat sekeliling. Dia berada di hospital,nafas penat dihembus. Bondanya setia disisi, senyuman diukir. Dia tiada terdaya untuk bersuara disebabkan dadanya yang terlalu sakit.

Senyuman diukir ke arah Ayahnda dan Bondanya, Cik Puan Kartina mengusap lembut rambut Luna,sambil-sambil itu dia berselawat.

Matanya dipejam semula,menahan sakit yang semakin perih. Cadar katil digenggam,cecair merah mula mengalir dihidungnya. Dada berombak dan mula batuk tanpa henti. Doktor dan nurse berpusu masuk memeriksa Luna. Perlahan airmatanya mengalir sejurus memejam mata menahan sakit.

Cik Puan Kartina mula menangis teresak didalam pelukan suaminya,tidak sanggup melihat anaknda kesayanganya dalam keadaan begitu.

"Bonda..dont crying..im okay" pinta Luna,senyuman diukir. Cik Puan Kartina mengangguk dahi Luna Isabella dikucup.

"Anaknda bonda rehat ya.." kepala Luna Isabella dibelai lembut, ura-ura tangan Luna turut diusap.

"Bonda...ampunkan semua dosa-dosa Luna.." luah Luna,sendunya ditahan. Cik Puan Kartina mengangguk.

"Anaknda bonda,tak pernah buat apa-apa salah pun dengan bonda.." pujuk Cik Puan Kartina,Luna tersenyum lirih sebelum kembali melelapkan mata.

————————————————

Haris Afnan menarik bagasinya keluar dari kawasan lapangan terbang. Nafas ditarik menghirup kembali udara Malaysia. Langkah terus diatur menuju ke arah mini cooper biru matelic yang sudah menunggu.

Gadis berambut pendek,memakai dress atas lutut keluar dari perut kereta. Haris tersenyum lalu sambil memandang gadis dihadapanya atas hingga bawah.

"I miss you so much" luah gadis itu manja memeluk lengan sasa Haris, Haris mencuit hidung gadis itu kemudian mengucup pipi gadis itu sekilas.

Bagasi diletak bahagian belakang kemudian terus masuk ke dalam kereta, gadis disebelahnya dipandang senyuman diukir.

"So where are we going now?" soal Suzanne. Haris menjongkit bahu.

"Balik rumah mama?" cadang Suzanne, Haris mengeleng kepala.

"Then angah nak tidur hotel lagi?" soal Suzanne tidak puas hati. Haris memicit kepalanya, koyak poket kalau tidur hotel je.

"Angah tidur dekat gallery je la" balas Haris memeluk tubuh. Suzanne mengeleng kepala,pening dengan perangai abangnya seorang ni sewa rumah tak sampai sebulan dah kena keluar, suruh beli rumah selalu je loan tak lepas, suruh balik rumah keluarga sendiri ada saja alasan.

"Balik rumah mama, Mama masak special untuk angah tau" ujar Suzanne ceria. Haris menjeling, itu semua ayat pancing.

"Masak special untuk angah buat apa,nak beli jiwa angah lah tu" perli Haris. Suzanne menyiku abangnya.

Suzanne tidak membalas malah terus fokus memandu, Haris memakai earphone,lagu kegemaranya dimainkan. Sesekali bibirnya bergerak menyebut setiap bait lirik lagu.

Kereta memasuki perkarangan banglo satu tingkat,Haris memandang Suzanne dengan pandangan tidak puas hati. Suzanne membetulkan anting-anting ditelinganya.

"Balik je lah sekejap tengok mama, Mama rindu along dengan angah.." tutur Suzanne lembut. Senyuman diukir buat abangnya.

"Hakim tak balik ke?" soal Haris, Suzanne mengeleng kepala.

"Sejak dia kawin langsung tak balik rumah" balas Suzanne merenung pintu rumah dihadapan keretanya.

Haris terus keluar dari kereta, kasutnya dibuka dan terus melangkah masuk ke dalam rumah. Suasana sunyi seperti tiada berpenghuni, Suzanne dibelakangnya dipandang.

Langkah diatur menuju ke ruang belakang, wanita yang sedang duduk termenung di kaunter dapur dihampiri,tangan wanita itu dicium lama kemudian beralih kedua belah pipi wanita itu.

"Mama sihat?" soal Haris, Puan Rozana mengangguk senyuman diukir kedua belah pipi Haris dipegang kemudian mengucup dahi anak bujangnya.

"Mama masak special untuk angah harini.." tangan Haris ditarik hingga ke ruang makan. Suzanne tersenyum melihat mamanya gembira dengan kepulangan Haris.

Langkah diatur menghampiri abang dan Mamanya, pantas dia memeluk dua tubuh itu dari belakang.


Cik Puteri RajaWhere stories live. Discover now