Bab 37 - Layakkah Aku

2.6K 80 48
                                    

Mia menunggu dengan penuh sabar di lapangan terbang itu. Sudah lama, dia tidak bertemu dengan Zuhayr. Mereka sering juga berhubung melalui Skype dan kadang-kadang hanya melalui mesej. Akibat permintaan Mikhail, Zuhayr haruslah bekerja dengan lebih keras. Banyak sungguh tempat yang dilawati demi memuaskan kehendak Mikhail yang agak bersifat perfectionist. Oleh itu, Mia hanya memahami dari jauh memandangkan itu ialah kehendak pekerjaan.

Zuhayr berjalan mengiringkan beg bagasinya di tepi. Terlihat akan wajah Mia yang menunggu, dia pun berlari mendapatkan gadis itu. Mia tersenyum melihat Zuhayr di hadapannya.

"Hai awak. Sorrylah lambat sikit, ramai sangat orang. Saya pun dah lupa selok-belok KLIA ni."kata Zuhayr meminta maaf akan kelewatannya.

"Takpe. Jomlah kita."ajak Mia tersenyum manja.

Mia memandu dengan berhati-hati. Sekali-kali, dia melihat ke cermin sisi. Takut pula ada yang memecut secara tiba-tiba. Orang zaman sekarang lebih sayangkan masa dari nyawa. Tetapi kalau nyawa dah melayang, masa pun ikut sama menghilang.

"Saya dengar Raisha dah kahwin."ujar Zuhayr mendengar khabar memandangkan dia tidak berada di Malaysia.

"Yup, seminggu yang lalu. Tapi dia nak balik ke Paris hari ni, kerjalah katakan."cerita Mia maklum sahaja Zuhayr baru pulang.

"Zandra macam mana?"soal Zuhayr membuatkan Mia mengeluh sayu.

"Teruklah jugak. Dia menangis setiap hari. Papa dia bawak dia ke syarikat untuk mula kerja 5 hari lepas tapi dia buat kerja macam biasa je. Tak bersemangat langsung dan bila saya tengok balik, rasa rindu pulak. Rindu dengan Zandra yang dulu."kata Mia teringat akan sahabatnya itu.

"Saya pulak macam mana? Awak rindu tak?"soal Zuhayr tersenyum cuba menghiburkan Mia. Mia memandang Zuhayr pelik sambil cuba menyembunyikan rasa segannya diusik begitu.

"Gila tak? Mestilah rindu, awak tu je yang tak tahu!"jujur Mia mengukir senyum di bibir Zuhayr.

Sedang fokus memandu kereta, iPhone Mia berbunyi rancak. Zuhayr pun membantu dengan menghulurkan earphone kepada Mia. Selepas memasang earphone itu di telinga, Mia menjawab panggilan tersebut.

"Hello,Mia is here."

"Mia, kau free tak?"

"Oh, Yana! Kenapa? Aku pun tak pasti lagi."

"Zan nak jumpa kita. Kalau kau tak free, dia nak jumpa kita 3 hari lagi."

"Umm…memang dia free hari ni and 3 hari lagi je ke?"

"Yup."

"Tak boleh keluar esok?"

"Dia tu CCO mak cik! Ada banyak kerja nak buat! Bukan main ikut suka hati nak keluar masuk pejabat."

"Janganlah marah, tanya kan! Kata kat dia, kita jumpa 3 hari lagi. Aku ada hal sikit."

"Hal apa? Kau ni macam pelik je hari ni!"

"Mana ada, kau ingat aku ni tak busy ke? Papa aku pun ada company yang aku kena tolong majukan."

"Berwibawanya jawapan kau!"

"Well, Mia lah katakan!"

"Apa-apa je lah Cik Nik Sharmia, bye."

"Bye."

Mia memecat earphone dari telinganya dan fokus kepada pemanduan.

"Hai Mia, tak nak share ke? Borak panjang lebar tu pasal apa?"soal Zuhayr ingin tahu.

LOST✔Where stories live. Discover now