7

9.1K 219 0
                                    

aku perlahan lahan memasuki bilik tidur kami . aku melihat lisa yang nyenyak tidur dibuai mimpi . aku mendekatinya . aku mengusap rambutnya perlahan . kenapalah wanita secantik dia , sebaik dia bernasib malang . tak apa lisa , abang janji akan selalu ada di sisi lisa walau apapun terjadi . aku mengucup dahi lisa . esh ammar ! apa yang kau buat ni . kau ni dah fall inlove dengan lisa kah ? kalau fall inlove apa salahnya . isteri sendiri kut .

aku memberikan dia selimut . tak disengajakan , aku tersingkap lengan baju nya . aku terkejut apabila melihat tangannya yang bengkak dan luka . ya allah sampai macam ni mama buat lisa. aku segera mengubati lengan lisa . ' lekas sehat sayangku ' aku bisik di telinga nya . mohon mohon lah dia tak dengar . kalau dia dengar , malu lah aku .

-------

Lisa's POV

aku menikmati udara pagi ini . hmmm segala kesakitan masalah boleh hilang sekejap lepas hirup udara segar ni . sambil menunggu ammar habis mandi , sempat aku lepak bersendirian di luar koridor . teringat kejadian semalam . hmm agaknya sampai bila mama nak terima aku ? tak apa , mama kan sayang kesemua anaknya sebab tu mama kena berhati hati untuk memilih pasangan anak mama .

aku menutup mataku . semoga hubungan kami diterima oleh mama . aku tak nak kehilangan abang ammar . aku rasa aku dah mula sayangkan dia . tapi kalau aku sayangkan dia , dia sayangkan aku balik ke tak ye ? tu je masalah dia .

" Baaaa! " abang mengejutkanku .

" masha allah ! abang ni kan . " aku mencubit pahanya .

" aduh aduh , sakit tau lisa ! eshh lisa ni ganas tau . tapikan abang suka tau perempuan yang ganas ganas ni . rawrrrrrr ! " sekali lagi tanganku mendarat di lengan nya .

" aduh sayang ! ni betul betul sakit . abang tak tipu . " sayang ? aku tak mimpi ke ni ? hmm dia tersasul je tu .

" dah lah jom makan . sejuk pula nanti makanan tu . sia sia je lisa masak . "

abang dan aku menuju ke meja makan . sambil makan tu , sempat dia nak bergurau dengan aku . sampai tersedak aku olehnya . seronok rasanya kalau macam ni setiap hari .

hari ini , memang hari kita berdua kut . puas kita gossip gossip , lihat movie sama sama , kita bersenam sama sama . most of the time aku luangkan bersama abang . best juga dengar abang cerita mengenai keluarga dia . rupanya ayah dengan mama abang dah cerai sejak abang berumur 17 tahun . abang sebenarnya nak ikut ayah abang , tapi abang kesian kan mama abang . walaupun dah berpisah , abang masih berjumpa dengan ayah abang . kadang kadang mereka luang masa di padang golf .

abang kata semua adik beradik abang mengikut jejak ayah abang jadi pramugara/pramugari abang je berlainan . oh ye , abang ada 3 orang adik beradik dan abang anak kedua . abang punya abang nama dia Ahmad Shah Azril , adik abang pula Nurul Sya Alyana .

dari topik ke topik kami ceritakan sehingga kan tak sedar waktu dah berlalu dan tiba masanya untuk kami berehat . Alhamdulilah setakat ini aku bersyukur sangat dapat jumpa Ammar . walaupun dulu sejujurnya aku memang ragui dia , tapi sebenarnya aku salah . Minta minta lah , dia lah jodoh yang aku nantikan selama ini .

Awak Milik Saya Where stories live. Discover now