Siapa Edwin?

761 69 0
                                    

Isnin, 2 Jun
Tahun 1980

Rumput panjang yang tumbuh meliar di sekitar tapak kakinya dikuis-kuis. Sambil mengerekot gaya anak kecil, kadangkala jemari runcingnya menarik keluar anak-anak rumput, lalu dibaling secara rawak. Bayu petang yang bertiup lembut menerbangkan rambut kekuningannya yang halus nan berkilat. Membawa bersama fikirannya yang sudah menerawang entah ke dimensi mana.

"Edwin, come on! Come here!" satu suara halus tiba-tiba menyentak lamunannya. Namun, dia hanya berpaling sekilas ke arah budak perempuan berambut lurus dan pendek itu sebelum menyambung aktiviti menguis rumput di situ.

Apabila panggilannya tak diendahkan, budak perempuan berambut pendek itu berlari-lari anak mendekati Edwin.

"Edwin, kenapa masam ni?" soal budak perempuan itu sambil melabuhkan punggung di sebelah Edwin.

"Nothing," jawab Edwin ringkas. Mendatar saja intonasi suaranya. Dia langsung tak mahu pandang wajah budak perempuan itu.

Tiba-tiba budak perempuan itu mengeluh.

"Edwin, saya tahu awak marahkan saya sebab saya tak beritahu awak soal pindah rumah tu. Tapi, tolong la jangan merajuk dengan saya macam ni. Saya tak kisah kalau awak nak marah saya atau nak tengking saya, tapi saya minta awak tolong la jangan abaikan saya," kata budak perempuan itu.

Edwin mengangkat wajahnya. "Saya tak nak awak pindah! Awak faham tak? Kan awak dah janji nak jadi kawan saya sampai bila-bila. Kita dah janji untuk selalu ada untuk satu sama lain! Kenapa sekarang awak nak tinggalkan saya, Dira? Bukan saya yang abaikan awak, tapi awak yang abaikan saya!" bentak Edwin. Kulit wajahnya yang cerah bertukar merah padam bila marah.

Sekali lagi, budak perempuan bernama Dira itu mengeluh.

"Edwin, I'm very sorry. I had to go. We cannot stay here any longer. Bukan saya sengaja nak pergi, bukan kehendak saya untuk mungkir janji kita, tapi keluarga saya memang terpaksa berpindah. Awak sendiri tahu yang bisnes keluarga saya dah muflis, kan? Kami semua memang berat hati nak pergi, tapi kami terpaksa. Saya sayangkan tempat ni, saya sayangkan awak, Edwin," kata Dira. Wajahnya muram.

"Then don't, Dira! Don't go. Stay. Stay here with me. Please..." Edwin bagaikan merayu. Namun gelengan Dira membuatkan dia lemah.

"Edwin, tolong la faham keadaan saya. Walaupun separuh dari jiwa saya dahagakan nilai persahabatan kita, saya tetap tak boleh. Saya tak minta banyak pun, awak. Saya cuma minta tiga hari je untuk kita luangkan masa yang kita ada ni bersama. Please, Edwin?" rayu Dira sambil menggenggam kedua-dua belah tangannya lalu diletakkan ke dada.

Edwin mengetap bibirnya, lalu dia menunduk memandang rumput.

Jauh di lubuk hati, Edwin tak mahu melukakan hati Dira, namun egonya mengatasi naluri hati dan kehendaknya sendiri.

Jika Dira terluka, dia lebih terseksa. Tapi, jika dia terluka, mungkinkah Dira masih mempedulikannya?

Di saat-saat genting seperti itu, Edwin perlu membuat keputusan. Sayangnya, dia memilih untuk menegakkan egonya sendiri dan mengenepikan perasaan Dira.

Spontan Edwin berdiri dan membelakangkan Dira. Gadis itu tersentak dengan tindakan Edwin.

"Go away..." gumam Edwin perlahan, khusus untuk Dira. Namun dia langsung tak menoleh ke arah gadis kecil bermata bundar itu.

Dira turut berdiri. Dia cuba memegang bahu Edwin, tapi tak semena-mena, Edwin menepis kasar tangan mulusnya.

"I said go away! Get lost, Dira! Leave me alone! I hate you!" Edwin membentak keras sambil matanya bulat merenung tepat ke dalam roman mata Dira.

Biji mata Dira terbeliak. Dia tergamam dengan jerkahan Edwin.

Usai saja menengking gadis itu, Edwin lari meninggalkan Dira seorang diri di kawasan pondok mainan yang mereka bina sendiri selama 2 tahun yang lalu.

Dira terkaku sendirian setelah kelibat Edwin hilang dari pandangan mata. Hatinya diruntun sebak ketika anak matanya tadi bertemu anak mata biru laut milik Edwin yang digenangi dengan air matanya yang jernih.

"Edwin, I'm sorry but I love you..." ucap Dira, lalu tak semena-mena dia terduduk dan menangia tersedu-sedan di situ.

***

[615 words]

PrecedentWo Geschichten leben. Entdecke jetzt