Siapa Reece?

1K 76 20
                                    

Sabtu, 6 September
Tahun 1980

Reece termenung di depan tasik yang terletak di belakang rumahnya. Duduk sendirian di atas titi kayu itu membuatkan dia terfikir adakah dia benar-benar bodoh seperti yang dikatakan Monica?

Otak kecilnya tak mampu berfikir untuk mendapatkan jawapan yang dia mahukan. Entah kenapa hatinya terasa sakit apabila teringatkan bicara kasar ibunya tempoh hari. Reece merasakan yang Monica bersikap tak adil dengannya.

Kenapa layanan ibunya berbeza bila dengan Kyle dan Chris? Seolah-olah dia pula yang dianak-tirikan oleh ibu kandungnya sendiri. Namun, Reece tak mampu membenci abang-abangnya itu. Mereka tak bersalah langsung. Cuma terdetik sedikit rasa cemburu dalam hatinya.

Reece cuma mahukan satu perkara. Hanya satu perkara yang dia perlukan daripada Monica.

Perhatian. Dia mahu Monica ambil berat tentang dirinya. Dia mahu Monica nampak yang dia juga ada kelebihan dan keunikan yang tersendiri, bukan hanya mengikut kehendak mandatori ibunya itu.

Hanya itu yang dia inginkan daripada Monica sepanjang 10 tahun ini. Malangnya, Monica langsung tak pernah sedar tentang hal itu.

Walaupun dia masih kecil, dia juga ada hati dan perasaan sebagai seorang manusia biasa.

"Please... All I ever wanted from you is to least ask me if I'm fine..."

***

[197 words]

PrecedentWhere stories live. Discover now