BAB 14

16.5K 75 0
                                    

Kelam-kabut! Itu aje perkataan yang lebih tepat untuk keadaan ahli keluarganya sekarang. Manakan tidak, tiba-tiba Wakeel cakap nak datang malam esok! Malam esok!

Mama dah kalut menyediakan list masakan untuk malam esok. Habis dikerah sekali akal Afina. Asiah dan Afiq pula ditugaskan untuk mengemas rumah. Membebel budak berdua tu dibuatnya. Hilang mood hendak menonton tv. Yalah, dikerah mengemas macamlah rumah mereka ada anak kecik. Padahal kalau ada pun barang mainan anak Afina.

Papa pula? Awal-awal lagi dah hilang bersama Afwan. Entah ke mana pun Afia hilang idea. Dah dia orang ni kenapa kalut sangat macam baru dapat dengar pengumuman esok nak raya?!

"Maaa... Tak payahlah buat banyak sangat makannya. Keel kata rombongan tak sampai sepuluh orang pun." Bankrap kepala otak tengok list makanan yang telah siap disediakan oleh mama. Ini macam untuk empat puluh orang!

"Biar berlebih... Boleh bungkus. Kalau tak cukup, tak ke haru?! Mama ingat dulu waktu Kak Fina kau punya majlis peminangan, haish tak bercukupan. Terpaksa pula goreng mi lidi."

"Itulah salah bakal pengantin lelaki yang tak reti nak buat kiraan. Kata nak datang lima enam orang tapi yang datangnya dekat lima puluh orang. Tak pasal, majlis meminang jadi majlis bertunang." Kecoh Afina ceritakan zaman anak daranya dulu. Yalah, siapa yang tak seronok nak kahwin dengan lelaki yang dia cinta, kan? Dah ada anak sorang dah pun.

Apa pula isi cerita dia nanti kan? Dia nak kahwin dengan Wakeel, tanpa rasa cinta.

"Entah-entah, maaa... Majlis Pia esok pun macam gitu tak?" Afina bentangkan kewajaran kata-katanya.

"Isy... Merepeklah!"

"Isy... Ada ke merepek? Orang meminang ni tanda cop. Kira kalau pihak perempuan dah setuju kira tunang teruslah kan ma, kan? Ikat..." Pandai-pandai aje si kakak bentangkan hujah.

Puan Maznah mula perasankan sesuatu. Kenapa air muka Afia nampak tegang? Ada sesuatukah yang dia rahsiakan?

"Pia... Kenapa ni? Macam tak happy aje?" Ibu mana yang tak kenal anak-anaknya?

"Hmmm... Tak ada apalah. Debar kut..."

"Yalah, nak berjumpa dengan mentua, gila tak berdebar?" Dulu pun organ macam nak tercampak keluar masa pertama kali jumpa mak mentuanya. Punyalah takut kalau dia tak memenuhi piawaian sebagai menantu idaman.

"Tapi mentua akak best, kan..." Cukup peramah. Kadang-kadang selalu juga dengar Afina merungut kerana terlalu penat melayan. Tapi, nak buat macam mana. Hubungan dengan mentua perlu dijaga dan dihormati seperti hubungan dengan ibu bapa sendiri juga.

Puan Maznah sekadar memerhati perbualan dua orang anak perempuannya. Nasiblah Asiah masih remaja untuk diselimuti dengan topik seperti ini. Kalau tak, mahu kecoh ruangan dapur ini.

"Pia... Nak jadi orang baru dalam sebuah keluarga memang memerlukan persediaan. Yalah, nak kena belajar rentak keluarga baru, kan? Sebelum ni kita banyak memilih tapi bila berhadapan dengan mentua, mungkin kita banyak mengikut," nasihat Puan Maznah.

"Layan aje mentua macam mana kita layan mak ayah kita. Insya-Allah, everything is gonna be okay," nasihat Afina lagi.

Entahlah. Dia pernah sekali aje jumpa umi Wakeel. Orangnya memang lembut dan ramah. Cuma masa malam itu, dia tidak mendapat peluang yang lama untuk kenal dengan baik. Lagipun, masa tu manalah dia tahu yang dia 'bakal' jadi menantu dalam rumah tu!

Wakeel cakap dia ada along. Along dia dah kahwin dan menetap bersama suaminya. Sesekali pada hujung minggu dia akan pulang ke rumah umi. Lagipun duduknya di Kuantan juga.

Ahli keluarga yang paling gerun untuk dihadapi pastilah si angah! Ini memang spesies perangai persis diktator! Dia punya garang tu boleh mengalahkan versi dinosaur zaman T-Rex dulu gamaknya.

TIADA ARAH JODOH KITAWhere stories live. Discover now