Part 39

622 64 3
                                    


Tao melepaskan keluhan yang kuat diatas katilnya. E-mail daripada pihak China yang menginginkan dia sebagai penyanyi disana membuatkan dia berbelah-bahagi.

Ditambah lagi dengan appanya yang mendesak agar dia berhenti menyanyi dan keluar dari kumpulan EXO agar dia dapat mewarisi syarikat appanya itu.

Dia tak nak syarikat! Dia tak suka formal! Dia tak suka mesyuarat! Dia tak suka tepati masa! Dia tak suka serius!

Lebih tepat lagi, dia suka main-main. Dia nak kebebasan. Dia nak jadi Tao the-girl-girl..

"Zi Tao, kamu nak terima ke tawaran ni?" Tanya Kris. Dia sebenarnya curi-curi tengok email Tao tadi.

Tak sangka syarikat China nak ambik dia bekerja kat sana. Sunggup biadap. Padahal Tao masih ada kontrak dengan SM.

"Molla Kris-Ge.. Tapi, dia tawarkan gaji yang lumayan untuk saya.. Nak dibandingkan dengan gaji yang SM bagi--"

"Tao, jangan terburu-buru. Bawa padah kalau tamak. Fikir dulu masak-masak ehh?" Nasihat Kris.

"Hm..Baik Ge.."

×××

"Chukhahaeeee.. Uri maknae akan debut as solo artist.." Luhan dan Yoona meraikan Seohyun bersama dengan kek coklat yang dibeli mereka tadi.

Member lain semuanya sibuk jadi terpaksa lah mereka bertiga sahaja yang menyambut hari istimewa ini.

"Gomawo unnie, Luhan-shii." Ucap Seohyun, matanya berair. Ditiup tiga lilin yang berada diatas kek itu.

Luhan meletakkan kek itu keatas meja. Lantas sebuah kotak kecil yang dibalut dengan pembalut 'Selamat Pengantin Baru' diserahkan kepada Seohyun.

"Mianhae sebab pembalut tu..kat kedai dua ringgit pembalut 'congrats' dah habis.." Kata Luhan. Serba salah dibuatnya.

Seohyun mengangguk sahaja. Yang penting dia dapat hadiah.

Yoona mula memotong kek tersebut dan membahagikannya sama rata kepada mereka bertiga. Dia menyuapkan kek tersebut kepada Seohyun dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Bangga dia dapat adik seperti Seohyun.

Luhan mengusap lembut kepala Yoona. Wajahnya yang gembira tapi berubah sedih. Yoona memandang Luhan seperti inginkan penjelasan. Matanya membulat. Ketawa Luhan dibuatnya apabila melihat mulut Yoona comot.

"Kenapa comot ni?" Ujar Luhan lalu mengelap bibir Yoona dengan jarinya lalu disuakan ke mulutnya.

"Sedapnya.. Ini kek coklat atau strawberry?" Usik Luhan. Bahunya terus ditolak kuat oleh Yoona.

"Hey hey.. Jangan sweet-sweet kat sini.. Tahulah Sehun tak ada.. Dan ingat, saya masih lagi maknae yang innocent 😌😌"

Seohyun menyampuk. Mentang-mentang Sehun tak ada kat situ, jadi bolehlah mereka berdrama? Eleh, saja nak buat orang cemburu. Benci!!

"Marah lah budak Luhan ni.. Dia yang nak manja-manja.." Yoona mencubit pinggang Luhan dengan kuat. Menjerit Luhan dibuatnya.

"Aduhh!! Sakitnya.. Seohyun-ahh, jaga-jaga dengan nenek buaya ni, dia punya cubitan tu kuat macam dia gigit dengan gigi.." Luhan mengusik sekali lagi..

"Kyaaa!!" Naik angin Yoona dibuatnya.

Luhan tersenyum manis.

"Korang berdua jangan nakal-nakal tau? Nanti bila Luhan tak ada, jangan nangis tau? Tabahkan hati..Seo jaga Yoona ni baik-baik ehh? Dia ni nampak je macam ni tapi manja sebenarnya.. Malam-malam nak dengar kita nyanyi dulu sebelum tidur, lepastu nak video call .. Siap nak suruh kita ---"

Pak!! " kyaaaa!! Jangan cerita!!" Marah Yoona lagi. Seohyun ternganga. Dia tak faham apa yang dua orang makcik dihadapannya ini bebelkan.

Okey, ini memang membuktikan dia masih innocent.. Kek tadi disuap perlahan-lahan. Matanya tak berkedip.

Dilihatnya Yoona yang sedang tersengih bak alligator dan Luhan yang sedang buat muka hodoh. Kemudian mereka sama-sama bergelak tawa dan mengusap rambut masing-masing.

"Apakah.. Yang mereka buat dihadapan maknae comel ni??"

"Sehun-ahh, adakah situasi kau juga sama macam aku bila mereka berasmaradana seperti ini?"

"Kan bagus kalau Sehun ada..Boleh luah dekat dia.."


++

Hyoyeon sibuk berphotoshoot dihadapan pantai yang cantik itu. Bali. Adalah lokasi penggambarannya sekarang.

Ditemani Kai yang sedang free sekarang ni sebab Exo'rdium in Malaysia lambat lagi, dia merasa tak kesunyian sikit.

"Pembantu!! Lap peluh!! Makeup!!" Jerit juru kamera. Kai tergopoh gapah datang dan mengelap peluh didahi Hyoyeon. Makeup pula ditouch up sebaik mungkin.

Penuh teliti dia memastikan makeup tersebut tidak comot.

"Okey pembantu ke tepi!!" Arah juru kamera itu lagi. Kai berlari jauh dari tempat Hyoyeon itu. Dia meletakkan tuala kecil dilehernya. Gigi pantai didekati dan cangkerang kecil dikutip.

Tanpa disedari, kelibat dirinya itu telah termasuk ke dalam gambar shoot Hyoyeon.

"Heiii pembantu!! Teringat mak kat rumah ke??!! Bawakan aku air oren!!! " jerit juru kamera itu lagi. Kai memasukkan cangkerang itu ke dalam poket seluarnya.

Dia pasrah sahaja dipanggil pembantu sebegitu. Lagipun, juru kamera itu langsung tidak mengenalinya. Agak-agak kalau dia kata dia Kai EXO, adakah juru kamera itu akan melutut meminta maaf??

"Kai-ahh, mianhae susahkan kamu.." Kata Hyoyeon, dengan wajah yang sedih. Kai seperti biasa, hanya redha.

"Gwaenchana, membantu orang tu amalan yang baik.." Balas kai.

Air oren itu segera diserahkan kepada juru kamera. Memandangkan shooting hari itu telah selesai, mereka pulang ke resort.

Sepanjang perjalanan, Kai tak habis-habis bercakap mengenai pantai Bali yang cantik seakan-akan disyurga. Pelancongnya yang ramai, makanannya yang beraneka dan semuanya yang berada disitu teramatlah menarik.

Hyoyeon pula menabahkan dirinya dan menadahkan sahaja telinganya untuk mendengar bebelan Kai itu.

"Kai-ahh, Lay ada cakap apa-apa tak pasal Luhan, Kris dan Tao?" Tanya hyoyeon. Kai buat muka blur.

"Cakap apa?" Tanya Kai pula. Hyoyeon menggeleng perlahan.

"Tak apalah.. Abaikan..Jumpa esok ya?" Kata Hyoyeon lalu berjalan kearah biliknya dengan cepat. Tak sangka Kai belum tahu akan hal itu.

-bersambung

Guys.. Saya akan public ff BaekYeon/WenYeol kalau korang nak.. Tajuknya Vampire Heirs.. Ye, tajuk nampak klise, dan cerita pun memang klise ㅋㅋㅋㅋ..

Kalau korang nak, saya akan post secepat mungkin dan itu akan jadi ff Baekyeon pertama saya ( ̄∀ ̄)

Ada dua couple yang diutamakan disini.. Satu, BaekYeon, dua WenYeol.. Idk why but i ship WenYeol as much as i ship Baekyeon.. They're too cuteeee ≧▽≦ ..

(C) EXOSHIDAE CHANNELWhere stories live. Discover now