Cinta

1.7K 116 13
                                    

Matamu begitu mempesona

Senyumanmu begitu menggoda

Gelak tawamu bagaikan muzik di telinga saya

Tangisanmu bagaikan mimpi ngeriku

Tiap tiap hari ku bayangkan wajahmu

Tiap tiap malam ku termimpi mimpikan dirimu

Sehari tanpamu membuatkan jiwaku menangis

Jiwaku berkobar-kobar apabila namaku disebut pada bibirmu

Sejak hadirnya dirimu dalam hidupku

Hidupku terus penuh dengan keriangan

Ku sering bertanyakan pada diri

Adakah ini yang dinamakan Cinta Pada Pandang Pertama

Pada masa ku menatap wajahmu terpancar

keindahan cinta yang tersirat

Disetiap tatapan matamu yang membuat degupan jantung ku bergemuruh

mengetarkan ketenangan dalam jiwa

Menderaskan aliran darah dalam nadi

menghanyutkan semua perasaan gejolak yang ada dalam hati

Lotaran senyuman manis yang kau berikan

seakan membuka setitik harapan tentang rasa cinta

Rasa gelisah dalam fikiran sentiasa membayangi akan pancaran sinar cinta yang kau tebarkan kedalam hati dan perasaanku

Mungkinkah ini suatu petanda, akan rasa cinta pada pandangan pertama

Boboiboy dan Gopal ketawa terbahak-bahak apabila dia terbaca sebuah puisi yang tertulis di dalam buku Fang. Mereka tidak sangka si panas baran boleh menulis sebuah puisi yang begitu indah dan menusuk kalbu sekali. Adakah ini cinta pandang pertama Fang? Tapi siapakah gadis malang itu? fikir mereka berdua

"Kau tak rasa salah ke kita baca buku dia ni?" tanya Boboiboy secara tiba-tiba

"Alah, salah ke tak salah ke.. sudah buku terbuka macam itu sahaja dekat atas meja dia. Jadi, bukan salah kita. Salah dia sebab tak simpan buku ni" Gopal membaca balik puisi cinta itu dan dia menahan ketawa dia "Tak sangka pula kawan aku seorang lagi ni sudah dilamun cinta"

"Errmmm.. biarkanlah dia. Kitakan sudah masuk alam remaja. Dengan siapa dia nak bercinta, suka hati dialah"

"Tapi kau tak nak tahu ke siapa gadis malang tu?"

"Malas aku" jawab Boboiboy "Panas baran pun dia tu, ada juga perasaan cinta dia. Kalau abang dia tahu, mesti kena kejar punya" Boboiboy mengambil buku itu dari tangan Gopal. Dia terus simpan buku tersebut di dalam beg sekolah Fang supaya orang lain tidak membaca puisi cinta itu

"Ala, baru aku nak baca lagi sekali"

"Kau nak bagi dia mengamuk ke?" tanya Boboiboy dengan nada bosan dia. Gopal tersengih kepada kawan dia "Kalau kau tak nak, baik kau senyap sahaja tentang puisi tu"

"Hmm.. yelah" Gopal terus kembali ke tempat asalnya

"OHHHH! KORANG BACA PUISI AKU YEAA!" Fang muncul di muka pintu kelas tingkatan 5 Jaya

"Aik, macam mana kau tahu?" tanya Boboiboy

"Senang aje, aku biarkan buku tu terbuka dan tunggu siapa yang suka menyibuk baca buku orang lain! JADI MEMANG KORANG BERDUA LAH YEAA! SUKA SANGAT SIBUK DALAM HAL AKU!" Fang menghentak-hentak masuk ke dalam kelas dengan aura-aura kegelapan dia "Nahas korang nanti"

"Hmmm... boleh pulak macam tu tapi kalau tak kita orang sibuk dalam hal kau. Apasal kau tak simpan aje buku kau tu?" tanya Boboiboy

"Suka hati akulah, sibuk apasal" Fang terus duduk di tempatnya sambil bermasam muka

"Wei Fang, siapa gadis yang telah menawan hati kau tu?" tanya Gopal sambil usik-usik bahu Fang "Tak sangka pula, kau ni pandai bercinta yea"

"Apasal? Tak boleh ke kalau aku bercinta?"

"Boleh aje, Fang" kata Boboiboy "Tapi.. siapa gadis tu? Entah-entah bukan manusia... entah-entah donut lobak merah kau tu"

"BETUL TU! DONUT LOBAK MERAH ADALAH CINTA PERTAMA AKU! HAHAHAHAHAHAHAAAA!"

Boboiboy dan Gopal sabar sahaja dengan sikap Fang yang tak habis-habis dengan donut lobak merah. Mereka sudah mula malas layan karenah Fang dan donut lobak merahnya. Jadi mereka biarkan Fang berangan dengan donut lobak merah tetapi sebenarnya, hati Fang sudah terpaut dengan seorang gadis. Gadis yang dia sudah lama berkawan tetapi sampai sekarang dia tidak berani mengata apa-apa kepada gadis itu. Dia hanya pendamkan perasaan dia dan teruskan persahabatan dia dengan gadis itu. Fang tersenyum apabila dia melihat gadis itu masuk ke dalam kelas dengan gelak ketawa yang dia suka mendengarnya. Lalu gadis itu melihat Fang dan terus berikan senyuman manis kepadanya. Fang membalas senyuman itu

"Alangkah indahnya kalau aku dapat mengatakan aku cinta kepada dia tapi apa boleh buat, aku takut dia hanya anggap aku sebagai kawan sahaja" bisik Fang sambil memerhatikan gadis itu berborak mesra dengan kawan-kawannya. Pada masa yang sama, dia tidak tahu sebenarnya gadis itu meminati diri dia juga. Jadi, sampai bila mereka mahu sembunyikan perasaan mereka masing-masing dan siapakah gadis yang Fang cintai itu? Adakah gadis itu rapat dengan Boboiboy dan Gopal? atau gadis itu antara salah seorang kawan baik Fang sendiri iaitu Yaya dan Ying? atau gadis lain. Fang tidak memerhatikan gadis itu begitu lama kerana dia tidak mahu dua kawan baik lelakinya tahu siapakah gadis itu. Dia teruskan tersenyum seorang diri melihat sambil melihat luar tingkap. Burung-burung di atas bumbung sedang bernyanyi-nyanyi seperti dia tahu isi hati Fang yang sebenarnya. Fang turut nyanyi bersama tetapi di dalam hatinya. Dia terbayangkan diri dia mengucapkan kata-kata cinta kepada gadis itu

"Takpelah, asalkan kau dan aku akan menjadi sahabat baik selama-lamanya"

siapakah gadis itu? just use your imagination xD or you want me to continued?

                                                                     --------------------------

GabriellaAdressaGotu thank you for the lovely poem :) maaf kalau cerita cinta ini tidak begitu indah xD author memang tak reti kalau bab cinta

Cinta Pertama FangWhere stories live. Discover now