Lily

1.1K 89 6
                                    

Loceng sekolah sudah berdering dengan nyaring sekali. Fang adalah orang pertama yang keluar dari kelas tingakatan 5 Jaya, dia terburu-buru untuk pergi ke kedai donut yang terletak di bandar Pulau Rintis. Dia tidak mahu terlewat untuk pergi ke kedai donut tersebut kerana dia ada temu janji dengan gadis yang dia meminati. Boboiboy dan Gopal asyik memerhatikan tingkah laku Fang yang begitu pelik sekali. Jadi mereka mengekori dia dari belakang. Dari kawasan sekolah sehinggalah ke luar sekolah tetapi seseorang telah pun memanggil mereka berdua. Mereka terpaksa pusing kebelakang. Nampaknya, rancangan mereka untuk mengekori Fang, tidak berjaya

"Hah! Ini pun dia dua anak murid kebenaran"

"Cikgu Papa nak apa?" tanya Boboiboy yang rasa sedikit kecewa kerana tidak dapat mengekori Fang

"Saya nak bagi balik buku latihan matematik dekat kamu berdua. Cikgu sudah memeriksa jawapan kebenaran kamu tapi malangnya, kamu berdua memang begitu lemah sekali dalam mata pelajaran matematik. Jadi, kamu hendak mengadakan kelas tambahan untuk anak-anak murid kebenaran yang lemah di dalam matematik"

"Ala cikgu, boleh aje orang lain ajar kami kan. Lagipun cikgu mesti ada benda lain nak buat kan kan kan kan" Gopal tersengih kepada cikgu Papa Zola

"Isk isk isk.. banyak alasan pulak kamu ni. Kamu nampak rotan keinsafan ni?" Gopal angguk "Bagus bagus.. kalau kamu tak nak cikgu ajar, CIKGU AKAN SURUH KAIZO SAHAJA YANG AKAN MENGAJAR KAMU MATEMATIK!"

"ERKKK!" Terkejut Boboiboy dan Gopal

"Hah! Siapa suruh tolak tawaran cikgu untuk mengajar kamu, sekarang rasakan dendaan daripada cikgu Kaizo!" Boboiboy dan Gopal menelan ludah sebab Kaizo ajar lebih teruk daripada itu, siap ada latihan tempur versi matematik "Jadi, cikgu balik rumah dulu dan semoga kamu berdua tidak lemah lagi di dalam mata pelajaran matematik. Cikgu akan serah kamu berdua kepada Kaizo selepas ini" Cikgu Papa tinggalkan anak-anak muridnya yang sedang berdiri kaku seperti tiang. Boboiboy sedarkan diri dia balik

"Wei Gopal, yang kau pergi bagi alasan dekat cikgu Papa kenapa? Sekarang abang Kaizo pula kena ajar kita orang"

"Hmmm... yelah, aku punya pasal lah" Gopal berjalan secara perlahan kerana hati dia sungguh sedih "Apalah nasib aku ni, memang begitu malang sekali"

"Sudahlah tu Gopal. Salah kau ke, bukan salah kau ke.. yang penting sekarang ni, kita kena belajar dan ulangkaji matematik dengan abang Kaizo"

"Senanglah kau kata begitu. Aku dari dulu sampai sekarang, menggigil aku bila dia mengajar"

"Itu sebab kau takut sangat dengan suara garang dia" Boboiboy pegang bahu Gopal "Jomlah kita balik, rancangan kita nak menghendap Fang pun tak menjadi"

"Kau rasa.. siapa gadis misteri itu? Orang yang kita kenal ke?" Gopal cuba bayangkan Fang dengan kawan-kawan perempuannya. Mesti kelakar melihat Fang berkelakuan romantik. Gopal tergelak sedikit "Wei wei, cuba kau bayangkan kalau Fang dengan Lily. Mesti huru hara jadinya"

"Memang huru hara pun tapi Lily tu kan tua sedikit daripada kita orang dan gadis misteri mesti sebaya dengan kita kan. Tak mungkinlah si Lily tu"

"Kau ni Boboiboy, bayangkan ajelah Lily tu sama sekolah, sama kelas dan sebaya dengan kita" Lalu mereka berdua bayangkan Fang dan Lily bersama

---------------------------------------------

"KAMU BERDUA NI! SUKA SANGAT BUAT AKU PENING KEPALA! SUDAH! KELUAR DARI RUMAH NI!" Kaizo menghalau Fang dan Lily keluar dari rumahnya. Mereka berdua berlari lintang pukang kerana takut sangat suara garang Kaizo "Macam manalah adik aku boleh ada hati dekat si pelik tu.. pelik pelik, memang kepelikan betul" Kaizo menutup hempas pintu rumah dan terus ke dapur untuk membuat teh hijau supaya diri dia tenang

Cinta Pertama FangWhere stories live. Discover now