Day 5 Rozel Ward

106 7 0
                                    

Ward rozel ni ward Lelaki. Semua patient dia lelaki.

Keseluruhan ada dalam 30+ orang. Pelbagai perangai yang ada. Sampai pening kepala layan sorang sorang punya perangai. Ada yang menyanyi lah, yang mengacau nurse la, ketawa manjang masa, berlari sana sini,

First thing we did once we enter the cubical was actually a hygiene care. Kami ketip kuku patient patient yg mana kuku panjang. Mana yg blh tolerate lah. Not everyone willing to give his hand and let us do it for them.

Pakcik Salleh
Berumur dan sangat kelakar. Dia tak pernah lah tak ketawa. Ada je benda dia nak ketawakan. Lagi satu dia suka nyanyi "neng neng neng neng neng neng" ada la nada dia sendiri. Takkan nak masukkan audio pulak kat sini kan. Pakcik salleh ni dia suka duduk dengan nurse. Bual apa tu ikut dia lah. Selama kami kat sana, dia tak pernah pun cederakan kitaorg.

Pak Man
Pantang nampak orang pegang pen dengan kertas. Mula la dia ngendeng ngendeng kat kita. Pak man suka sangat menulis. Ada aja benda dia nak tulis. Paling biasa pun dia tulis nama dia. Kita suruh tulis nama kita pun boleh. Kita eja la nanti dia tulis. Bila sampai part tgahari kna tidur pun, nampak je aku lintas depan mata terus panggil nak pen dengan kertas. Boleh dikatakan penuh la buku kecik tu dengan tulisan dia.

Mat Poyi
Dia ni sepesen sikit perangainya. Mata tu melilau je tengok nurse. Bila dia lain macam sikit kitaorg jerit 'boss!' Nanti dia diam la, duduk jauh. Senyap je. Selang berapa minit datang lagi, kacau lagi. Perangai betul dia ni. Sampaikan abg nurse tu suruh dia duduk dalam sebab dia asyik tenung kitaorg.

Act they have no bad attention towards us. Bila kitaorang ada, baru lah diaorang ada kawan nak bual ke kacau ke apa. Kalau tak ada, dia sama dia je la kat dalam tu. Ulang ulang pun rutin harian yang sama. Mereka penghuni syurga 😊

PhsychiatricWhere stories live. Discover now