Day 7 Kenanga Ward

93 7 0
                                    

Tak lama. Cuma sehari di ward ini. Ward ni tak banyak yang menarik sebab most of them bijak walaupun begitu. First thing kami berlima buat bila masuk ward ni pada jam 8.30pagi, serve makanan mereka. Seperti ward ward lain juga, berebut tu adalah perkara biasa. Tapi ada diantara mereka yang masih boleh tolerate. Buat biasa macam tak sakit. Nampak luaran memang macam normal dan tiada masalah jiwa.


Shah: Bertubuh tinggi lebih kurang 187cm. Tak pasti apa yang problemnya dia. Tetapi dia adalah yang memeriahkan ward tersebut. Nampak sahaja begitu tapi dia adalah tarikkan kami bila menjaga ward itu. bukan saja pada group kami malahan group lain juga mengatakan dia adalah tarikan ward tersebut. Riak wajah yang sentiasa gembira dan jarang sekali ternampak dia marah. Bila ada kawan dia yang lain sedikit aggressive, dia lah yang marah dan menegur dengan caranya agar bertenang.



Jarjit: Walaupun berada di ward yang begini. Dia adalah seorang yang bijak. Ajak main dam haji, bijaknya dia sama seperti kita. Pandai menjauhkan buah damnya dari dimakan pihak musuh. Sehingga tidak berjumpa pememang dan akhirnya kita yang harus mengalah. Bila kami dah nak balik. Dia sibuk tanya ada tak student india untuk hari esok. Bukan main lagi cari geng dia lah tu. >_<

I'm so sorry guys. this story should stop right here. I can't recall what happen after day 7. Cerita mungkin akan ada tokok tambah jika disambung. I am really sorry :(

PhsychiatricWhere stories live. Discover now