[SEUNG YEON POV]
Aku keluar dari dewan kuliah. Rasa macam lama je hari ni nak habis kelas. Macam-macam dah aku buat tadi. Pergi perpustakaan, pergi makan, pergi keluar beli barang sementara ada gap, tapi nak sampai pukul 5 terlalu lama. Sampaikan tadi aku rasa macam nak lari dari kelas Profesor Yang Yang. Profesor dari China yang mengajar Fizik. Kacak tu memanglah. Tapi aku macam tak ada perasaan nak pandang bila aku tak boleh fokus. Rasa bosan tu cepat sangat.
Aku jalan terus ke parking kereta. Fail dan buku aku lekap pada dada. Hari ni assignment berlambak. Sakit kepala nak fikir sebab semua kena hantar esok. Kena pula semua pensyarah kaki ugut. Langsung tak boleh nak buat geng. Burr...
Aku terus masuk dalam kereta dan pandu keluar dari parking. Eunna tak balik dengan aku sekali sebab dia kata dia dah janji dengan teman lelaki dia nak balik sama-sama. So aku dengan senang hati balik sorang-sorang tanpa ada dia. Boleh bawa laju sikit. Kalau Eunna ada, aku baru tekan sikit, mulut dia dah bising. Kalau tak kuat tu tak apalah juga, ini kalau boleh sampai kereta sebelah pun boleh dengar.
Aku mengeluh pendek. Sesekali tangan aku mengetuk-ngetuk stereng kereta. Sambil tu aku fikir. Macam mana hidup aku minggu depan. Hujung minggu ni aku dah nak kahwin. Dan berita tu tak ada sesiapa yang tahu termasuk Eunna. Aku rahsiakan benda ni dari dia. Aku tak nak dia bagitahu kat sesiapa pasal status aku nanti. Aku tak suka benda tu jadi kecoh satu universiti.
Ragu-ragu sebenarnya nak kahwin dengan Baekhyun. Kalau bukan sebab omma dengan appa, aku memang tak nak kahwin dengan Baekhyun. Bukan sebab apa, sebab aku tak nak dia rasa terseksa bila dengan aku. Depan omma bolehlah dia berlakon. Depan appa bolehlah dia buat-buat sayang. Tapi dia tak boleh tipu diri dia sendiri. Aku yakin tu. Dari anak mata dia pun aku boleh tahu yang Baekhyun langsung tak suka bila aku ada dengan dia.
Tapi... sesekali aku ada rasa satu perasaan. Lagi bila dia ambil berat pasal aku. Aku suka. Aku nampak dia seorang yang bertanggungjawab. Walaupun dia tak suka aku, tapi aku tetap nampak kebaikan dia walaupun perangai negatif dia tu selalu sakitkan hati aku. Aku tahu, Baekhyun baik orangnya. Dia tak pernah teguk wain. Sebab dia peguam. Peguam memang tak boleh minum tu melainkan kalau betul-betul terdesak. Hisap rokok pun tak. Aku tak pernah nampak dia pegang rokok. Tattoo pun tak ada. Tapi aku tak tahulah kat badan dia ada ke tak.
Emm... yang paling penting, aku tak nampak dia mencarut pun. Dia cuma bentak-bentak. Cakap kasar. Aku suka Baekhyun. Aku tak sangka aku ada abang angkat macam dia. Tapi... hujung minggu ni pangkat tu bertukar jadi suami. Lagi tinggi. Lagi rapat. Dan aku...
"Tak selesa..." aku mengeluh panjang. Berat. Aku terus tekan pedal minyak untuk ke rumah omma. Tapi aku makin aku tekan, kereta makin perlahan. Dah tu tersengguk-sengguk. Aku jadi ralat bila kereta belakang main hon.
"Eh, dah kenapa pulak ni?" Aku tekan punat double signal. Aku dalam kecemasan sekarang. Kereta berhenti betul-betul kat tengah jalan. Tapi aku tak risau sebab aku dah tekan double signal. Orang akan faham yang aku dalam masalah.
Aku capai telefon dalam beg tangan.
"Gila! Masa nilah nak buat perangai." Aku hampir nak menjerit bila skrin telefon aku gelap. Bateri tak ada.
"Apa nak buat ni?"
-------
[BAEKHYUN POV]
Aku perhatikan Baek Ah yang tengah menulis kat atas katil bilik aku. Byun Baek Ah, adik perempuan bongsu aku. Dia tak sekolah hari ni sebab demam. Tapi bila aku balik dari pejabat tadi, dia terus sihat. Siap boleh melonjak-lonjak. Tapi memang betul pun dia demam.
Kanak-kanak seusia Baek Ah sepatutnya dah boleh masuk sekolah rendah. Tapi Baek Ah ada sindrom. Pertumbuhan dia macam terbantut. Umur dia sepatutnya 9 tahun. Tapi perangai dia macam 9 bahagi 3. Kadang aku dah tak kisah kalau dia menangis macam budak-budak 3 tahun. Makan macam orang tak pandai kunyah pun aku dah biasa. Baek Ah sangat istimewa.
"Oppa..."
Aku angkat kepala bila Baek Ah sebut panggilan tu. Aku pandang dia yang tengah meniarap sambil pegang pensil.
"Ya?"
"Unnie mana..." suara dia perlahan menyebut. Aku faham siapa yang Baek Ah maksudkan.
"Unnie belum balik. Dia kan ada class." Aku jawab. Baek Ah mengeluh pendek. Aku capai tuala kecil yang ada atas meja lampu dan lap bibir Baek Ah perlahan bila air liur dia terkeluar.
"Bila dia nak balik? Lama dah Baek Ah tunggu..." kata dia. Aku tersenyum kecil. Parah. Rupa macam nak nangis dah. Aku tak boleh nak kontrol bila Baek Ah nangis. Dia ada masalah jantung dan pernafasan. Aku takut jadi apa-apa nanti bila dia menangis
"Okey. Oppa call. Baek Ah cakap. Okey?" Aku mula nak pujuk. Tapi bila nampak Baek Ah hentak-hentak kepala pada tilam, aku cepat-cepat datang pada dia dan tarik tubuh kurus itu dekat pada aku. Aku peluk dia perlahan. Dia memberontak.
"Jangan macam nilah, sayang. Nanti unnie sampai. Oppa janji, dia akan datang." Baek Ah meronta-ronta dalam pelukan aku. Dia mula merengek-rengek. Badan dia panas. Aku yakin yang Baek Ah penat. Aku mula mengesot ke tepi katil dan dukung Baek Ah. Aku capai iPhone7 yang ada kat atas meja lampu katil dan keluar dari bilik. Baek Ah sandarkan kepala dia atas bahu aku. Dia masih merengek. Sambil tu aku buka telefon.
Puas aku tekan nombor Seung Yeon. Baek Ah akan tetap macam ni selagi apa yang dia nak, tak ada depan mata.
"Mana dia ni?"
--------
TBC
YOU ARE READING
[COMPLETED] Loyal Wife 단골 아내 (Baekhyun EXO)
Fanfiction"Apa ni?" Aku terdiam seketika. Terpinga-pinga memandang lelaki yang berada di hadapan aku tanpa berbaju, dengan Baekhyun di hadapan pintu. "Baekhyun, sumpah. Saya tak tahu apa-apa. Saya..." "Stop it." "Baekhyun..." "I said enough!" Aku mula geli...