✘CHAPTER 5✘

826 104 1
                                    

Sambil membasuh pinggan di dapur ji hyo terimbau kembali kejadian yang tak masuk akal yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini pertama dia sering mendapat makanan yang datang entah dari mana.. Kedua terlalu banyak orang yang baik hati menghulurkan bantuan padanya sebelum ini tak ada.. Yang paling ketara sekali kyosu nim jong kook yang dulunya garang kini lebih bertolenrasi ke? Disebabkan faktor usia membuatkan kyosu nim nya itu berubah watak..

Ji hyo meletakkan jarinya yang bersabun di dagu cuba mencipta teori tapi sayangnya dia masih belum dapat teori yang betul...
Sedang song ji hyo mengelamun datang jackson yang baru selesai makan dia menghampiri singki dan membaling pinggan plastik yang baru digunakan tadi sambil memandang adik tirinya dia menadahkan satu tangannya pada ji hyo.

"Aku nak duit tengah pokai ni"
"Aku tak ada duit.. Aku baru je bagi kau kan semalam"jawab ji hyo sambil menyambung tugasannya membasuh pinggan yang digunakan keluarga tirinya itu.
"Kau nak bohong aku tak agak-agak aku nampak kau beli beras semalam tak kan kau tak ada duit campaklah dekat aku"bukan rayuan tapi paksaan dia menyeluk kocek seluar adik tirinya cuba mencari duit yang biasanya disimpan di dalam kocek seluar..
Ji hyo meronta-ronta bila tangan oppa tirinya itu menyeluk koceknya yang tersimpan duit terakhirnya untuk makan esok di universiti tetapi tidak berjaya bila oppanya itu berjaya menemui duit kecemasannya..
Jackson tersenyum sinis sambil mengira duit yang dirampas dari adik tirinya itu.
"Dengan aku jangan nak bohong... "
Ji hyo cuba juga merampas duit itu kembali dia menjinjitkan kakinya cuba mengatasi ketinggian jackson tetapi sayangnya tubuhnya ditolak kasar dia jatuh terduduk kepalanya berdarah akibat terkena bucu singki.
Melihatkan itu jackson ketawa terbahak-bahak.
"Dasar pendek"ejek jackson sambil keluar dari dapur..

Ji hyo meraba dahinya yang berdarah dia tidak menangis tetapi dalam hati dia menyimpan dendam..
"Ji hyo...ji hyo... kau kena ingat kau menumpang dekat sini so.. Faham-fahamlah bagi jelah apa yang jackson nak kalau tak nak cedera.. Dah tak payah meratap pilu pergi kemas dekat meja makan aku nak keluar aku tahu balik semuanya dah kemas kalau tak siap kau"sampuk mama lisa sambil bercekak pinggang memandang anak tirinya.

Ji hyo mengenggam penumbuk dia bangun apron direntap kasar mukanya merah merenung muka omma tirinya.
"Kau juga kena ingat kalau tak kerana appa aku kau tak kan dapat rumah sebesar ini.. Kau dengan anak kau sampai mati merempat duduk bawah jambatan.. Kau kena sedar mana asal usul kau.. Perempuan tak sedar dir.... "Ji hyo terdiam bila pipinya di tampar oleh mama lisa.. Dia tersenyum sinis cairan merah yang keluar dari bibirnya dibiarkan dia sudah lali dia sudah terbiasa dengan keadaan ini.
Ji hyo lantas mengambil pisau dan dihulurkan pada mama lisa.
"Kau selalu mengunakan kekerasan untuk menutup kenyataan yang kau langsung tak berguna sebagai seorang omma pada anak-anak kau.. Kau lepaskan marah kau pada aku... Selama ini aku diam bila kau perlakukan aku macam hamba dekat rumah appa aku sendiri.. Sekarang ini aku nak kau realisasikan impian kau untuk lenyapkan aku dari rumah ini buat selamanya.. Bunuh aku... "Ji hyo meletakkan pisau ditangan mama lisa secara paksa..

Mama lisa terdiam kaku bila berhadapan dengan amarah anak tirnya. Malah jackson dan jimin diam membisu ditepi dapur bila buat pertama kalinya melihat adik tirinya marah sebegini teruk.
""Bunuh aku supaya kau dapat hidup tenang dalam rumah ini atau aku akan berjuang sampai mati untuk singkirkan kau dari rumah ini"ugut ji hyo tanpa rasa takut ditentang mata mama lisa..

Mama lisa mengigil pisau ditangan terlepas tetapi kerana ego dia tidak mahu kalah.
"Aku tak kan sesekali kotorkan tangan aku bunuh orang yang malang macam kau.. Kau nak fight kan..? Let's fight"tentang mama lisa walaupun dalam hati takut dengan perubahan ji hyo.

*********

Di dalam kelas vokal lay, chanyeol dan tao sedang menanti guru vokal yang akan melatih mereka sampai biar pun mereka sudah lama debut mereka tetap juga perlu menghadari kelas vokal untuk memantapkan lagi vokal mereka tambahan lagi mereka bertiga akan membuat persembahan buat pertama kalinya di atas pentas immortal song minggu depan jadi mereka perlu memastikan persembahan mereka berjalan dengan lancar..

Sementara menanti guru vokal mereka datang lay mengurut kaki toa yang masih berbalut walaupun langsung tidak membantu mengurangkan sakit kaki tao itu sudah cukup buat tao terharu melihat keprihatinan hyungnya itu.
Lantas tanpa sebarang kata dia memeluk tubuh hyungnya air mata cuba ditahan kerana masalah yang dia hadapi kian rumit saban hari dia takut dengan keputusannya ini akan buat hyungnya bersedih lagi.
"Tao okay tak ni? "Soal lay apabila pelukan mereka dilepaskan. Chanyeol yang sedari tadi ralit bermain game di telefon bimbitnya juga mengalihkan perhatiannya pada tao.
Tao hanya diam enggan menjawab pertanyaan hyungnya dia lantas berdehem cuba melegakan sebak di dada walaupun mukanya sudah merah.

Belum sempat chanyeol membuka mulut pintu bilik vokal mereka dibuka dari luar..
Puan kahi selaku guru vokal tetap mereka masuk dengan muka tanpa senyuman kebiasaannya dia memang begitu sejak dia diamanahkan untuk menjadi guru vokal kepada boygroup exo. Dia memang terkenal dengan gelaran princess ice kerana mulutnya jarang terukir senyuman.

Tao yang masih bertongkat, chanyeol dan lay serentak bangun dan memberi tunduk hormat pada guru mereka.
Puan kahi duduk diatas bangku di tengah bilik vokal sambil tangannya menyelak helaian kertas berupa lirik yang akan dinyanyikan oleh lay, chanyeol dan tao.
Lama dia berkeadaan begitu sesekali sesekali dahinya berkerut.
"Okay sekarang ni saya nak tahu apa bersediaan kamu bertiga dalam persembahan kali ini...? "Soal puan kahi mukanya masih menghadap helaian kertas langsung tidak memandang muka anak muridnya.

"Kami dah berlatih hampir sebulan untuk performance kami kali ini walaupun ballad bukan kepakaran kami"jawab lay mewakili chanyeol dan tao.

Puan kahi tersenyum sinis.
"Satu soalan dari saya betul ke anda bertiga seorang penyanyi? "Soal puan kahi bernada sindiran.
"Ya! Kami bertiga penyanyi"jawab tao yakin.
"Seorang penyanyi tidak hanya menyanyi mengikut kepakaran mereka sahaja.. Seorang penyanyi mesti menguasai semua genre muzik.. Arreso.. Sekarang ni saya nak awak bertiga tunjukkan pada saya.. Yang tanggapan saya salah pada awak bertiga"cabar puan kahi.

Lay membantu tao berdiri dan mereka bertiga berdiri sebaris menghadap guru vokalnya...

[Lay] Boiji anheun neol chajeuryeogo aesseuda

deuliji anhneun neol deureulyeo aesseuda

[Chanyeol] Boiji anhdeonge boigo deulliji anhdeonge deullyeo

neo nareul ddeonan dwiro naegen eobdeon himi saenggyeosso

[Tao] Neol nabakke mollasseodeon igijogin naega yeah...

ne maeumdo mollajwodeon musimhan naega

Tiba bahagian tao puan kahi mengangkat tangannya mengisyaratkan mereka untuk menghentikan nyanyian mereka.
"Tao... "Panggil puan kahi.
Tao mengangkat wajahnya matanya sudah basah dengan air matanya tangannya mengesat hingus yang keluar seiring dengan air matanya ketika menyanyikan lagu miracle in December dia jadi sebak.
"What's wrong with you.. Awak bergaduh dengan kawan-kawan awak ke? "Soal puan kahi.

Chanyeol mengurut lembut bahu tao cuba meredakan tangisan tao yang semakin lebat.
Tao menjawab pertanyaan puan kahi dengan gelengan.
"Jadi apa masalah awak kenapa awak menyanyi tak pandang muka lay dengan chanyeol.. Awak syok sendiri menyanyi menghadap dinding penghayatan Bagus vokal awak Bagus tapi ke mana jiwa awak pergi? Saya dapat rasa yang tubuh awak disini tapi jiwa awak dekat tempat lain... Sekarang ni saya nak awak bertiga keluar settle kan masalah kamu bertiga kembali ke sini bila awak bertiga sudah bersedia.. Keluar"tegas puan kahi..

Lay, tao dan chanyeol keluar dari bilik vokal..
Tao membawa diri entah kemana tinggal lay dan chanyeol yang saling berpandangan.
"Kenapa dengan tao sejak dua menjak ni asyik menangis, termenung bila ditanya diam je... "Soal chanyeol.
"Entahlah hyung sendiri tak tahu apa masalah dia.. Hyung ada tanya tapi dia diam je... "Jawab lay
"Mungkin dia rindukan kris hyung kot.. Yelah kan dia rapat dengan kris hyung dulu.. "
Lay menjawab persoalan chanyeol dengan mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu.. Hanya satu kemungkinan saja yang ada di kepalanya dan kemungkinan itu buat dia takut...




DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Место, где живут истории. Откройте их для себя