✘CHAPTER 33✘

586 70 4
                                    

Mesti pun malam sudah berganti pagi.. Hujan rintik-rintik mula membasahi bumi korea selatan... Dua orang manusia yang baru belajar mengejar cinta mereka masih lagi tidak tidur dan tidak pulang ke dorm mereka.. Mereka menghabiskan hari mereka dengan berbasikal di tepian sungai han.. Nampak Agak bunag tabiat bila mereka berbasikal disaat jam di dinding sudah pun menunjukkan angka 4 pagi.. apa yang mereka lakukan sekarang langsung tak terfikir yang esok hari masih ada..

Lay meletakkan basikal yang disewanya disebelah basikal ji hyo..
Punggung dilabuh diatas batu besar yang terdapat di persisiran sungai han.. ji hyo yang sedang ralit merenung taburan Bintang dilangit ditatap lama.. Lay tersenyum kerana wajah ji hyo begitu indah ditatap bila wajah itu disimbah cahaya rembulan...
"Omma saya selalu cakap bila kita nak jumpa seseorang yang kita tak kan dapat jumpa dalam hidup kita... Kita mendongaklah ke langit dan berhajat yang satu hari nanti kita dapat jumpa dengan seseorang yang kita selalu mimpikan walaupun itu Agak mustahil... Dan cuba teka apa yang buat percaya? "Soal ji hyo dia membuang pandangannya melihat permukaan air yang berkilat Bau air sungai itu buat dia teringat yang dia masih bernafas dan bahagia walaupun dia ditempat yang sangat-sangat berbeza.

Lay mengangguk memberi tanda yang dia mahu tahu apa yang ingin ji hyo katakan kerana malam ini malam ji hyo dia mahu tahu semuanya pasal ji hyo.
"Ada oppa.. Ada exo disisi ji hyo buat ji hyo percaya yang kata omma betul... Itu bukan kata-kata kosong dari omma untuk buat ji hyo tidur setiap malam.... "Jawab ji hyo sebut perkataan omma buat dia sebak... Hatinya sarat dengan kerinduan... Terlalu sarat sampaikan tiada lagi air mata yang mengalir.
"Oppa... "Panggil ji hyo perlahan..
"Nae? "Jawab lay
"Bila ji hyo pulang nanti... Pandanglah langit dan senyumlah pada Bintang.. Bila oppa rindukan ji hyo nanti..... Ji hyo tak tahu bila tapi hari itu pasti akan tiba"ji hyo mengalihkan mukanya dari renungan lay dia tak mahu lay nampak dia menangis dia malu...

Lay menarik muka ji hyo supaya yeoja itu memandangnya. Dia tersenyum...
"Kenapa perlu pandang langit bila ji hyo ada di depan mata oppa... Dan sampai bila-bila pun oppa akan pastikan yang ji hyo kekal berada di sini "dibawa tangan kanan ji hyo kedadanya...
Ji hyo tersenyum
"By the way... Ji hyo ni mermaid ke? "Soalan lay buat ji hyo yang tadi bersedih kini mati akal.. Tak ada kena mengena langsung soalan lay dalam situasi mereka sekarang ni.
"Soalan apa ni? "Soalan dibalas soalan...
"Yelah.. Ji hyo pernah cakap yang kita berada di dunia yang berbeza?lagi satu kenapa ji hyo selalu datang ke sini... Oppa selalu perhatikan yang ji hyo sangat sukakan air.. Kalau tak mermaid apa? "Soal lay polos buat ji hyo menepuk dahinya perlahan.. Rupa-rupanya lay salah faham.
"Ji hyo manusia biasa lah, apa kena mengena ji hyo dengan mermaid pula oppa ni merepek je"tawa ji hyo meletus bila dia lihat lay nampak binggung dengan kenyataannya seolah-olah dia serius mengatakan yang ji hyo adalah mermaid..

"Habis tu kalau bukan mermaid apa? "Soal lay...
"Oppa.... Boleh tak kita tak bercakap pasal siapa ji hyo sebenarnya.. Ji hyo tak nak rosakkan suasana.. Ji hyo tak nak menangis.. Sakit mata ji hyo.. "Jawab ji hyo kerana setiap soalan lay buat dia terpaksa terima hakikat yang dia bukan selamanya ada disisi lay. Semuanya sementara dia akan pergi dan lay akan kekal sebagai lay yang disayangi peminatnya.

Lay terdiam nak di cakapkan apa jika ji hyo tak mahu membuka cerita dia pasti ji hyo pasti ada sebab untuk tidak menceritakan segala-galanya dia hormatkan ji hyo.. Dia tak mahu ji hyo terpaksa menceritakan semuanya jika itu buat hatinya sakit.

Hembusan angin mendamaikan hati mereka ji hyo memejamkan matanya tanpa sedar dia mencapai tangan lay untuk di genggam...

"Ni nunape wassjana Naega yeogi issjana Neoui ipsullo maruel haejwo Say yes, say yes Nado moreuge Neoege gago issnabwa
Buneun barame nae mam jeonhallae......Love is true
Aku dihadapanmu... Aku di sini Katakan padaku dengan bibirmu
Katakan ya, katakan ya Tanpa kau tahu, aku datang padamu
Aku ingin memberitahumu perasaanku seiring angin bertiup
Cinta ini nyata"tanpa muzik hanya hembusan angin malam lay menyanyi.. Suaranya yang lunak dan merdu buat ji hyo tersentuh.. Hatinya sedikit tercuit.

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Where stories live. Discover now