bab 10

19K 217 21
                                    

Cuti hujung minggu macam biasalah, aku hari jumaat lepas habis kelas terus balik rumah kemas-kemas barang nak ke rumah Haziq. Saja malas nak bagitahu dia yang aku nak ke sana. Nasib baiklah sempat jugak aku suruh Haziq buat kunci pendua, so bila-bila masa je aku boleh masuk rumah tu.

Siap parking kereta dekat parking kosong, aku nampak jaga tu jeling je aku masa masuk tadi, sorry sikit eh aku bayar kot sewa parking. Tu jelas lot parking Haziq, so apa masalahnya dia nak halau aku parking situ.

Benci betul bila orang perhatikan aku. Apa salah ke benda yang aku buat. Hish!.

Sebelum naik ke atas tadi, singgah sekejap dekat kedai makan bawah tu, tiba-tiba teringin nak makan mee goreng mamak, so beli lah sekejap. Sebaik keluar dari lif, kaki aku terberhenti dari melangkah. Kelihatan Haziq mendukung seorang budak perempuan dan seorang perempuan sedang membuka kunci pintu. Aku punya panas hati masa tu, terus laju kaki aku melangkah ke arah mereka.

"Haziq!" Sergah aku.

Haziq dan perempuan itu berpaling terkejut.

"Hanis?!"

"Yaa , i'm Hanis. Who is she Haziq.!" Aku hanya menanti jawapan Haziq penuh debaran.

"Ohh, ni kakak i. Kakak kedua i, kak Maziah! Kak ni Hanis, awek Haziq.!" Perkenalkan Haziq kakak kandungnya kepada aku.

"Ohh, sorry i tak tahu pun ni kakak u. Hai Kak.?" Aku cuba bersalam dengan kakak Haziq namun hanya disambut dingin. Maybe dia bengang kot aku datang meluru tadi, macam tak kenal aku. Aku bukan penyabar orangnya.

"Hanis buat apa dekat sini, nak ajak Haziq keluar ke?" Soal Kak Maziah. Eh baik lah pulak.

"Eh tak lah, ni tadi Haziq call teringin nak makan mee goreng dekat rumah Hanis, tu yang Hanis hantar dekat dia ni. Tak tahu pulak ada kakak dia sekali." Aku mereka cerita, nasib baik aku tak angkat lagi beg aku yang besar tu. Kalau tak mampos kantoi. Sebab tadi memang teringat dah nak bawak naik beg tu, tapi bila fikir balik berat kot, nanti jelah Haziq balik suruh dialah angkat. Pergh ni semua nasib baik je.

"Oh haah kak, tadi saja call Hanis, sebab jauh nak ke Klang sana semata-mata nak beli ni kan.!" Tambah Haziq. Aku dah puas jeling supaya jangan sampai kantoi.

"Kau ni nyusahkan dia je, dah tahu jauh esok-esok jelah pergi sana.!" Bebel Kak Maziah.

"Eh tak apa, Hanis memang nak ke sini hari ni. Nak pergi aeon, shopping barang dapur sikit, dah banyak habis."

"Ohh, masuklah dulu. Akak tinggal sini dalam dua tiga hari ni. Suami akak ke Indon ada trip company dia. Takut nak duduk sorang dekat rumah. Meh lah, makan dulu ke. Kalau Hanis nak pergi beli barang, kita beli sama-sama lah malam nanti, akak yakin sangat rumah Haziq ni mana ada barang dapurkan."

"Ohh yeke, tak apalah, ganggu korang je." Aku cuba mengelak, tak selesa kot lgi dengan kakak dia.

"Join jelah sayang, kak Maziah okeylah. Dah jom masuk apa borak dekat depan pintu dari tadi." Ujar Haziq sambil mengjegilkan mata dia ke arah aku dengan maksud dengar lah cakap dia kali ni je. Hihihi.

Aku pun ikutkan jelah si Haziq dan kakaknya. Haih tak pasal je terjebak. Petang terus kakak dia buat minum petang vs dinner terus sebab dah nak maghrib jugaklah baru siap masak. Mula-mula pelik jugaklah kakak dia sebab pergi dapur dalam peti penuh dengan barang, sayur ada 3 jenis, ikan 3 jenis, ayam daging semua dah siap basuh and siang. Barang kering pun banyak, bawang penuh, lada, kicap, sos, garam, gula. Semuanyalah. Hihihi, tulah namanya rumah Haziq bukan rumah bujang dah, dia dah ada bini. Dan bini dialah punya kerja tu penuhkan dapur dengan semua tu.

Sebab kalau aku free tak ada kelas, aku balik rumah dia masakkan lauk untuk dia makan malam tu. Sebab tu aku kena pastikan barang dapur sentiasa penuh. Malam nanti pun nak beli barang untuk rumah Haziq jugak pun.

Sempatlah jugak merasa air tangan kakak dia, mee goreng dengan daging. Pergh sedap kot. Tetibe rindu mama.

"Hanis boleh solat tak? Kalau nak solat telekung akak ada dalam bilik tengah tu, amik lah guna dulu." Ujar kak Maziah bila dia tengok aku dari tadi melayan Zahra, anak buah Haziq.

"Hmm, tak boleh kak. Akak siap dah ke nak keluar, Haziq mana? Hanis nak ikat rambut kejap eh." Ujarku lalu masuk ke dalam bilik tengah tu dengan membawa handbag, tadi dah lepas rambut so kena ikat balik lah nak keluar kan.

"Hanis mana kak?" Soal Haziq.

"Dalam bilik, bersiap kejap."

"Okey!" Jawab Haziq pendek. Perbualan diaorang berdua aku dengar jelas. Sebab tak rapat sangat pintu aku tutup.

"Akak tak rasa umi dengan abah setuju Hanis jadi menantu diaorang."

"Manusia boleh berubah kak, Haziq sayang dia. Nanti Haziq tegurlah dia."

"Adiba macam mana? Umi dah banyak kali tau asyik bincang dengan abang long dengan abah suruh masuk meminang Diba untuk kau."

"Apa umi ni, Diba tu tak ada sesiapa lah. Haziq dah ada Hanis, Haziq sayang dia. Bagi lah Haziq pilih siapa yang layak jadi isteri Haziq, bukan umi dengan abah.!"

"Haziq tengok sendiri Hanis tu macam mana, Haziq rasa umi setuju ke. Abang long dulu pun makwe pertama dia kene tolak macam tu je kan dengan umi, Haziq nak ke umi gaduh lagi sekali, nak huru-hara lagi ke family kita nanti. Haa Haziq fikirlah, Haziq dah besar."

"Kak, yee Hanis tu dia tak macam Diba. Dia tak tutup aurat, dia kasar, tapi hati dia baik kak. Kak apa hak kita nak nilai orang dengan tengok pakaian dia je. Hanis baik, dia dapat terima kekurangan Haziq. Dia paham Haziq, dan Haziq sayang dia."

"Ehem.. Dah siap! Jom!" Sampuk aku bila dah panas sangat dah telinga aku dalam bilik tu dengan dua beradik ni bercakap. Tak apa aku telan semua yang pahit tu. Sakitnya hati aku masa tu hanya tuhan je yang tahu.

So otw ke Aeon, Haziq drive kereta aku sebab kereta dia aircond rosak, hari pulak macam nak hujan. Sesampai je Haziq turunkan Kak Maziah dekat pintu masuk. Tapi dia pulak sibuk nak pi cari parking, dia tahan aku dari turun. Dia cakap ada benda yang dia nak cakap sikit.

"U dah kenapa Haziq!"

"Kenapa u tak cakap nak datang rumah i hari ni." Suara sedikit tegang.

"Eh, memang every weekend i balik rumah u kan, yang u tak inform dekat i pasal kak Maziah nak datang tu dah kenapa? So sekarang salah i ke, ?"

"I lupa, busy sikit tadi. Sorry sayang, next week kita holiday okey. Department i buat family day dekat PD. Kita join eh!"

"No! I tak nak ikut. Eh cukup lah yang u berahsia dengan i selama ni. I dah tahu Haziq semuanya, semuanya i dah tahu and i dah dengar. Sampai hati u kan, sampai hati tipu i macam ni. I hate u Haziq.!" aku menjerit dalam kereta tu, sebab dah tak tahan. Dah tak boleh sabar.

"No! I tak faham, apa maksud u ni, i tipu apa. Boleh tak bawak bersabar.!"

"Haziq, dah nak 2 tahun kita tunang, tapi kenapa sorang pun family u tak tahu pasal i. I dengar apa yang kak Maziah cakap tadi, apa sebelum ni kita tunang umi and abah u tak tahu kan. U tak bagitahu diaorang kan, i nak tanya u ni. Kenapa u sanggup rahsiakan pertunangan ni dari family u. Okey i faham dah, i ni tak layak nak jadi menantu umi u kan, i seksi, aurat tak jaga, liar, kasar kan. I tak macam Diba, tudung litup, perempuan suci, alim. Kan.! Jawab Haziq! Jawab! Patutlah, masa tunang hari tu kawan-kawan u je yang ramai datang. How dare u Haziq Firdaus!"

Aku hamburkan amarah aku, aku dah tak boleh nak berfikir dah sekarang ni. Aku sakit hati sangat. Dengan tadi mama call suruh balik sebab majlis tinggal lagi 2 bulan je lagi, tapi satu persiapan pun tak siap lagi. Stress aku tahu tak. Dengar pulak kakak Haziq cakap macam tu. Lagi aku nak gila dengarnya. Okey sekarang dah terjawab kenapa aku tak pernah kenal family Haziq.

"Let me explain sayang!."

"Don't touch me, i nak balik. Kirim salam pada kak Maziah, i suruh Fatin amik. And cakap pada Kak Maziah, thanks sebab dah jawabkan segalanya. Tak rugi i datang rumah u petang tadi. Thanks Haziq for everything. Thank you so much.!"

ISTERI DARI THAILANDDonde viven las historias. Descúbrelo ahora