bab 29

8.6K 196 38
                                    

Dah 2 hari aku selamat sampai ke KT. Hidup aku dah tak terurus. Aku hanya berkurung dalam bilik. Aku tak keluar bilik lansung. Aku tak makan makanan yang mama bagi. Suhu badan aku tinggi. Aku lemah selemahnya. Yang aku tahu aku hanya mengeluarkan air mata setiap masa. Aku hanya bayangkan kehidupan aku di hari mendatang dengan adanya Adibah dalam rumahku. Adibah sebagai madu aku. Isteri kedua Haziq Firdaus.

Ya Allah kenyataan yang sangat tak kuat untuk aku terimanya dalam masa yang singkat. Aku mencintai suami aku, aku tak kuat melihat dia disisi wanita lain. Aku cemburukan Adibah. Aku cemburu, serius aku cemburu. Sedangkan sebelum berkahwin aku dah cemburu inikan pula dah sah akad nikah, dah sah bergelar isteri Haziq.

Aku bayangkan kehidupan aku selepas ini sudah tidak bahagia seperti dulu. Aku sudah kena berkongsi suami aku, aku kongsi hatinya, aku kongsi tubuhnya. Aku kongsi kasih dan sayangnya, aku kongsi perhatiannya dan aku kongsi imam aku untuk ke syurga.

Seumur hidup aku, terutamanya masa muda-muda dulu, tak pernah terfikir dan terlintas untuk aku berkahwin dan sekaligus dimadukan. Tak pernah, tapi sekarang aku merasainya. Aku hanya acah reda di depan umi, acah tiada apa yang berlaku semata-mata nak puaskan hati dia. Yaa aku tahu keputusan aku dah hancurkan 3 hati dan perasaan. Terutamanya masa depan Adibah.

Tapi semua ni salah aku ke? Salah aku ke semua ni atas keputusan aku dengan bersetuju nak nikahkan Diba dengan Haziq. Salah aku ke?

Tu lah persoalan yang aku luahkan setiap kali mama masuk bertanya khabar dengan aku. Masa tu aku tahu mama nangis, mama sorok. Mama masuk tandas dia kata nak cuci tangan ,tapi aku tahu mama nangis setiap kali aku tanya soalan tu. Aku dah tak macam orang bila sekali tu aku tengok cermin.

Rambut aku kering, kusut kembang dan busuk. Muka aku pucat sepucat-pucatnya, dengan jerawat pulak tumbuh 2/3 biji dekat pipi. Bibir aku kering merekah sebab tak banyak minum air. Mata aku bengkak, hitam dah macam cuci makeup tak bersih. Adoih, badan aku lemah selemahnya. Nak bangun pun rasa nak pitam. Maybe sebab tak makan langsung.

"Dik.. Dik tak boleh macam ni, esok Haziq balik. Sedih dia tengok isteri cantik dia macam ni." Ujar mama. Tangannya tak berhenti-henti berusaha menyuap nasi ke mulut aku. Yang aku buat hanya mengeleng kepala. Aku lapar, tapi aku tak selera nak makan. Fikiran aku langsung tak fikirkan makanan, aku hanya fikirkan Haziq, Haziq dan Haziq.

"Maa adik tak nak hidup maa. Tolong adik maa, adik tak kuat maa."

"Mengucap dik, Allah ada sayang. Adu pada Dia,mintak dekat Dia bagi kekuatan dekat adik. Ya Allah anak mama, Hanis kena kuat sayang. Mama tak sanggup tengok anak mama macam ni."

"Maa Haziq dah tak sayang adik lah lepas ni maa. Haziq mesti nak tinggalkan adik dah, adik takut maa. Adik sayang dia maa.."

"Ya Alllah dik, Haziq sayang adik, dia sayang adik dari dulu sampai sekarang, cuma sekarang Haziq kena adil. Dia dah ada dua isteri, adik kena bertolak ansur. Adik kena faham situasi Haziq."

"Tak maa. Haziq lepas ni akan sayang Diba, umi pun sayang Diba. Haziq akan bahagia dengan Diba, dia tak bahagia dah dengan adik lepas ni. Adik tak nak maa, adik tak nak...!"

Kepala aku berpusing, aku penat. Badan aku rasa berat sangat. Aku rasa mengantuk. Badan aku rasa sejuk suam suam gitu. Mata aku gelap, aku sakit!  Dan aku dah tak ingat apa-apa masa tu.

Aku terjaga tengok aku dah ada dekat hospital. Seperti biasa, dah dua kali sejak kahwin kalau sakit mesti masa ada dekat rumah mama. Nampak kan anak manja mama dekat situ. Ngeh".

"Syukur u dah sedar, sayang. U nak apa-apa tak, air, nasi, toilet or mama or babah or u nak i?" Soal Haziq bertalu-talu. Eh dia ni, aku baru sedar banyak pulak tanya.

"Nothing." Jawab aku pendek.

"Sayang u kenapa ni, kenapa sampai seksa diri? I sedih tengok u macam ni, i rasa bersalah. Maafkan i sebab tak ada dengan u masa u sedih, i kerja. Hari ni baru cuti."

"Itsokey, i tak ada apa-apa. Jangan risau!"

"Jangan risau u cakap, tekanan darah u rendah. Air tak ada dalam badan. Tenaga tak ada, sampai boleh pitam. U expect i boleh duduk diam and teruskan kerja i ke.?"

"So kalau i ni menyusahkan u, just go! I tak mintak pun u datang tengok i. Kalau u dah rasa i ni beban u, fine. U boleh balik teruskan kerja u. Apa yang jadi pun jadi lah, tak yah risaukan i.!"

"Hanis! Sampai hati u cakap macam tu dengan i. I tak sure mana satu salah i, kenapa u buat semua ni dekat i. Apa salah i Hanis.?"

"I nak tidur. U rasa u nak balik Shah Alam u balik, kat sini ada babah n mama. Diaorang boleh jaga i."

"Diaorang parents u, i suami u. Tanggungjawab u atas bahu i. So please dengar cakap i, u tak pernah sesekalipun menyusahkan i dan i tak pernah anggap u beban i. Full stop, just get your rest. I nak hantar babah n mama balik jap, Adibah ada temankan u."

"What! Diba? So u datang dengan Diba la tadi."

"Ye, sebab mama cakap u merepek mulut tu tak nak jumpa i, so that Diba nak ikot. Maybe dia boleh jaga u, lagipun mama n babah dah tua. They should get rest at home. Dah jangan banyak cakap, u bukannya banyak tenaga sangat. Karang pitam lagi."

"Whatever.!"

ISTERI DARI THAILANDWhere stories live. Discover now