BAB 13

291 22 0
                                    

"Malam ni kita buat bacaan yasin.", arah babah. Semua memandang kearah babah.

"Sebab zafa ke? Kan kitorang dah cakap dia ada benda. Babah yang tak percaya.", sampuk abang.

"Benda-benda tu ikut adik kamu sebab kamu berdua lah. Keluar masuk kandang jin tu.", terus abang dengan maira sentap.

"Abang dah jemput imam datang untuk malam ni", bisik babah pada bonda.

"بسم الله الرحمن الرحيمً",
Babah dan imam surau memulakan bacaan yasin.

"Kau nak halau aku ke?", bisik aku tiba-tiba. Babah masih menyambung bacaan. Bonda sudah memandang pada aku dengan risau. Aku tersengih pada bonda. Tangan aku masih memegang erat pada yasin tersebut.

"Manusia. Manusia.", bisik aku lagi. Aku memaksa diri membaca yasin.

"Bodoh ke?",

"Zafa, jangan buat kami macam ni.",

"Berhenti", suara aku bertukar garau.

Setiap kata-kata aku berselang dengan bacaan yasin dari mulut aku sendiri. Aku dapat rasa banyak tangan tengah tarik badan aku kebelakang.

"Manusia lemah. Hahaha", aku mengilai perlahan sampai bacaan yasin habis. Aku dah tak dapat kawal diri untuk baca yasin.

"Amin", doa yasin pun dah habis baca. Imam memandang kearah aku dengan muka bengis.

Aku jadi tak selesa dengan orang sekeliling yang merenung aku tajam. Aku menelan air liur. Badan aku berpeluh. Perlahan-lahan aku bangun dan pergi kebilik.

"Kau nak pergi mana?", soal imam. Aku membisu dan teruskan perjalanan. Langkah aku terhuyung-hayang seperti mabuk. Tangan aku pula masih disisi. Badan aku tegak berjalan tapi kaki aku lemah.

"Imam, apa nak buat ni?", bisik babah.

"Tunggu je.",

'Gedebuk', aku terjatuh dari anak tangga yang kelima. Badan aku terlampau lemah. Babah terus angkat aku keatas sofa.

Imam tadi membaca beberapa surah.

"Babah!", jerit aku. Tengkuk babah dipeluk kuat. Jelas muka yang aku tak kenal didepan aku. Dia berpaling dan ingin menjilat imam tersebut.

"Ustaz, dia.. dia nak jilat ustaz." Kata aku dengan gagap. Badan aku menggigil sampailah aku tak sedar. Aku harap semua berjalan dengan lancar. Janganlah jadi apa-apa dekat dorang.

"Dalam rumah ni dah ada dua yang nak berkawan dengan dia. Satu lagi baru je datang. Saya dah pagarkan kawasan rumah tuan. Saya tak pasti bacaan saya tadi kuat ke tak. Kalau jadi perkara lain, saya minta tuan hubungi pihak rawatan islam.", kata imam tersebut.

"Jangan percaya cakap dia.", kata aku dari dalam bilik. Hanya bonda yang dengar.

*****
"Sejak bila zafa boleh nampak benda-benda tu?", soal babah semasa dalam kereta.

"Sejak zafa sedar dari koma hari tu, Ada dua benda yang ganggu zafa. Zafa ingat mata zafa cuma bertukar kelabu rupa-rupanya zafa boleh nampak benda-benda ghaib.",

"Sekarang ni zafa ada nampak apa-apa?", soal babah sambil memberi isyarat kekanan.

"Ada. Dekat lampu tu. Setiap hari dia duduk situ.", meremang bulu roma babah. Babah memandang aku melalui cermin pandang belakang.

"Tak pe, dia pandang je. Tak ganggu orang pun.", sambung aku lagi. Penutup kepala ditarik menutup kepala. Kaca mata dan tudung dibaiki.
" dia ada cakap dengan zafa ke?", soal babah lagi.

"Haha. Babah ni. Dia pun ketawa tau dengan soalan babah. Em, dia cuma duduk situ je. Kadang-kadang dia panggil zafa untuk teman dia. Tapi zafa tak nak.",

"Oh", babah menelan air liur kelat. Meremang bulu roma babah bila aku kata dia ketawakan babah.

"Ok, jaga diri dekat kolej. Kalau nampak apa-apa jangan tegur.", Aku tersenyum dan bersalam dengan babah. Sejak-sejak kak maira dah nak kahwin, asyik naik kereta boyfriend dia tu je la. Jadi aku pergi kolej dengan babah je.

*****
Mukmin POV

Kad jemputan ke majlis perkahwinan dicampak atas meja dengan geram.

"Kau ni frust betul ni.", tegur khasyaf. Kad tadi diambil dan dibaca.

"Macam best je. Dua majlis dalam satu masa. So dua pelamin la ni. Bagus-bagus jimat lah perbelanjaan. Aku nak join.", sekali lagi khasyaf bersuara. aku dah menjeling. Ikutkan hati nak je baling bantal. Ishh!

"Jomlah weyh. Sabtu depan. Series aku nak pergi. Kau dapat jemputan kan? Aku tak dapat. Malu la aku nanti. Jomlah.", memang tepat-tepat aku baling bantal tu. Menjadi juga niat aku dari tadi. Baru puas.

"Kau pergilah sorang. Adumak.", badan dihampas atas sofa. Boleh stress aku dengan benda ni. Tak boleh ke jujur je dengan aku. Kalau kena reject pun tak pe. Tapi janganlah nak berahsia! Tahu-tahu dah nak kahwin. Bodoh ke?! Dia tak tahu ke aku minat dia? Ergghhh!

"Asal ni?", amri masuk ke dalam rumah sewa dan mengambil kad dari tangan khasyaf.

"Oh, kad kahwin. Kau tak pergi ke? Aku pun dapat ni. Aku nak pergi. Kita pergi sekali eh? Ramai-ramai satu rumah ni.", kad dipulangkan pada tuan punya kad tersebut.

"Korang pergi jelah. Aku ada hal.",

"Ingat aku tak tahu jadual kau ke? Hal apa? Keluarga? Mak kau tu dah macam mak aku. Dia ajak aku sekali kalau dia nak kau balik.", amri mengemas beg walaupun dah kemas dan bersih. Dia memang lelaki yang pembersih walaupun gila-gila. Rambut mana pernah tak gel.

Aku hanya mampu mengeluh. Memang betul pun aku dengan amri dah macam adik beradik. Dah 7 tahun berkawan kot. Semua rahsia aku dia tahu.

"Ish! Tengoklah nanti",

"Aku gosokkan baju kau. Jangan risau. Nanti kau goyang kaki je.", sambung amri. Bantal aku terus dibaling kemukanya. Satu lagi ditekup kemuka aku. Malas nak layan manusia-manusia yang ada dalam dunia ni. Broken la katakan. Mana nak bergaul dah.

*****
"Assalamualaikum zafa, ingat abang tak? Abang amri", amri menegur huzaifa dalam whatsapp. Terkejut budak tu bila dapat tahu amri ada nombor dia.

"Waalaikummussalam. Oh, abang amri. Ingat. Nombor ni mesti wana yang bagi kan?",

"Hehe. Abang yang minta. Sebab abang risau pasal kawan abang. Dia tu dah kemaruk dah bila dapat tahu adik beradik tengku nak kahwin.",

"Astaghfirullah. Kakak dengan abang saya yang kahwin. Em, kawan abang tu abang mukmin ke?",

"Ha'a. Mukmin.",

"Zafa bukan apa. Tapi zafa takut. Zafa tak rasa macam nak kenal dengan mana-mana lelaki pun sekarang ni. Zafa minta maaf.", senyuman amri terus hilang. Risau dia makin meningkat. Sudah lah mukmin kali ni. Jangan dia demam lagi. Errghhh!

"Oh tak pe. zafa ambil masa dulu. Kenal dengan dia perlahan-lahan", perbualan tu terus berhenti. Zafa tak tinggalkan double thick pun. Sempat dia tutup bluethick demi menjaga hati orang.

👑PRINCESS 🚫 UNDER CONTROL 👑Donde viven las historias. Descúbrelo ahora