Prolog

11.8K 730 18
                                    

Jiwa aku lemah. Lemah sangat. Aku tak larat hidup macam ni. Sumpah!

"Appa, hajima. " rayuku. Namun appa endahkan. Dia terus-terusan memukul diriku tanpa belas kasihan.

"Anak tak guna! Susah sangat ke nak ikut cakap aku?! " tengking appa. Aku lemah untuk meraung. Darah ditepi bibirku aku kesat lemah.

"Appa... "

Appa tarik kasar lenganku dan dia tarik aku menuju ke tempat jahanam semula. Kelab malam.

"Appa, Yeonju tak nak. Lepaskan Yeonju! " bentakku.

"Diam aku kata, anak sial! "

Pak!

Badanku, appa tolak ke arah dua orang lelaki sasa. Mereka pegang aku dengan erat kerana tak mahu aku terlepas.

"Ni duit kau. Hutang kau dengan aku kira selesai. " seorang lelaki yang bertatu menyerahkan appa sejumlah duit. Appa tersengih sumbing. Dia capai duit tu dan terus beredar tanpa pandang aku.

"Okay girl, pergi bersiap kejap lagi ada customer nak check in. Okay? " lelaki bertatu tu usap bibir aku lembut dan tersenyum dengan miang. Airmata aku menitis laju.

Appa, sampai hati appa jual Yeonju.

© 41 Days With You | MYGWhere stories live. Discover now