- 13

2.3K 436 6
                                    

Dari tadi Yoongi tak lepas peluk aku dari belakang. Aku cuma biarkan sambil berdiri dekat balkoni. Dia gerakkan badan dia ke kiri dan ke kanan dengan perlahan. Aku cuma ikutkan sahaja gerak geri dia.

"Mana satu bintang kegemaran kau, Yoongi? "

"Ni. "

Yoongi tunjuk kat arah aku dan aku tergelak kecil.

"Main-main pulak. "

Yoongi ketawa kecil. Aku rasa bahagia.

"Kalau aku mati nanti, aku tetap akan jadi bintang kegemaran kau ke Yoongi? "

Yoongi terhenti dari gerakan dia. Aku juga.

"Eh, tahi bintang lah Yoongi! "

Aku terjerit ceria. Yoongi pandang atas.

"Cepat buat hajat! "

Yoongi angguk tanda akur dengan arahan aku dan kami mula membuat hajat sambil pejam mata.

"Apa yang kau hajatkan, Yeonju? "

"Aku harap supaya kita akan sentiasa bersama. "

Yoongi senyum hambar.

"Kau pula, Yoongi? "

"Aku harap aku dapat mati bersama kau. "

- aku juga harapkan benda yang sama. Kalaulah benda tu jadi kenyataan, aku cukup bahagia. Aku akan ingat janji kau pada malam ni, min yoongi.

© 41 Days With You | MYGWhere stories live. Discover now