- 21

2.4K 472 0
                                    

Semasa aku tengok berita, keluar satu tajuk berita tentang kemalangan bas sekolah yang melibatkan sebanyak 4 orang mangsa kematian. Serentak dengan itu, Yoongi menuruni anak tangga.

"Kenapa semalam tidur dekat sofa? "

"Aku tunggu kau. "

Yoongi diam dan berdiri depan aku.

"Kenapa tunggu aku? "

"Aku ada benda nak cakap dengan kau. "

"Teruskan. "

Aku hela nafas dan turut berdiri. Aku pegang tangan kanan Yoongi dan aku usap perlahan.

"Semalam ada orang jumpa aku. "

"Siapa? "

"Dia perempuan dan pakaian dia hitam macam kau. Kat tangan dia ada rantai yang macam...berduri? "

Yoongi tampak terkejut. Aku teruskan percakapan.

"Dia suruh aku jauhkan diri dari kau supaya aku tak susahkan kerja kau. Dia kata aku ni cuma pembawa sial kat kau. "

"Kau mimpi, Yeonju. "

"T-tapi aku... "

"Bila aku kata kau mimpi, means kau memang bermimpi. Faham? "

- tak yoongi, aku tak mimpi. Itu memang betul. Aku tau kau cuma nak tenangkan hati aku yoongi. Berhenti menipu depan aku.

© 41 Days With You | MYGWhere stories live. Discover now