BAB 1

203 6 8
                                    

"Hoi aku tanya ni!" pertanyaan Aina terus mematikan lamunan Alisya. "Ehh kau tanya apa tadi?"

"Aku tanya asal diam aje dari tadi?" "Takada pape." jawab Alisya acuh tak acuh.

"Kau taknak rehat ke? Lagi 20 minit je." tanya Aina sambil berjalan menuju ke suis kipas."Tak apa lah, kau pergi je. Kejap lagi aku turun." jawab Alisya selamba sambil mengemas meja yang berterabur dengan buku latihan. Alisya berjalan lemah keluar dari kelas tingkatan 5 Baiduri menuju ke kantin.


*******

Dalam perjalanan balik , Alisya mengelamun sehingga dia tidak sedar yang dirinya nyaris-nyaris dilanggar kereta. "Alisya!! Kau dah gila ke apa? Kau nak bunuh diri ehh?" lantas Aina menarik Alisya ke bahu jalan. Muka Aina kelihatan merah padam. Mungkin terlalu marah kat Alisya kot sebab tak hati-hati masa jalan.

Alisya terdengar jeritan seorang lelaki yang sangat kuat dari arah kereta di jalan raya,"hoi tak ada otak ke?" Dia hanya terdiam manakala banyak mata sedang tertumpu padanya dan Aina yang sudah terduduk di tepi jalan.

"Assalamualaikum ibu, Alisya dah balik." lemah derapan kaki Alisya memasuki rumahnya. Dia terus meletakkan begnya ke dalam bilik dan bersiap untuk ke kelas tambahan dengan Aina.

"Alisya, Alisya bangun. Kamu dah lambat ni. Aina dah tunggu kamu di luar." lembut ibu menampar pipi anak perempuannya yang tertidur selepas bersiap untuk ke kelas tambahan."Baik ibu." lemah jawapan daripada Alisya.

*******

"Asal kau lambat. Aku banyak kali bagi salam last-last mak kau yang keluar." Aina mencemik memandang aku.

"Hehehe, aku tertidur tadi sebab tunggu kau lambat sangat." giliran Alisya pula mencemik. Tawa mereka meletus macam gunung berapi.

Mereka terus memberi salam ke rumah guru kelas tambahan, Miss Aqilah.

"Lambatnya kamu berdua?" tanya miss sambil bercekak pinggang dengan mukanya yang ganas. Mereka berdua menelan air liur kerana takutkan dendaan yang akan diberikan oleh miss.

"Tadi kami tolong sorang makcik." kata Aina sambil memberi senyuman sinis pada Alisya.

Alisya merapatkan bibirnya ke telinga Aina, "asal kau tipu?"

"Kau nak kena denda ke? Kalau taknak diam je!"

Alisya hanya diam membisu. "Bisik apa tu?!" suara itu memberhentikan tawa Aina. Alisya tetap dalam keadaan yang sama.

"Hari ni saya bagi double exercise, hantar hari ni jugak. Kalau tak esok tambah lagi satu." suaranya agak lantang sehingga bole didengari jiran sebelah rumah. Alisya dan Aina hanya menahan tawa. Kalau miss cakap lagi, confirm ketawa yang mereka tahan terus meletus. Hahaha.

******

Pagi itu, Alisya bangun awal untuk menunaikan solat subuh. Dia sempat buka whatsapp, banyak notification dari group family and kelas. Aina pun tak tinggal juga.

Aina: assalamualaikum, hoi sarah. Kau dah siap latihan addmath tak?

Selesai Alisya membaca, dia tersentak kerana teringat kerja rumah addmath yang diberikan oleh Miss Aqilah.

"Astaghfirullah hal adzim. Macam mana bole lupa ni." 'alah takapa balik sekolah bole buat' . Muka Alisya kelihatan tenang walaupun tidak siap homework yang diberikan oleh Miss Harimau.

Kringggg !!!!

Loceng menandakan waktu perhimpunan tamat. Murid-murid Tingkatan 5 Baiduri terus menuju ke Perpustakaan. Masa ni lah yang paling Alisya suka sebab dalam perpustakaan ada aircond, bole tidur.

Kedengaran jelas suara guru kelas mereka, Puan Aminah.

"Okay murid-murid hari ni kamu akan dapat pelajar baru. Namanya Aiman Nurhaikal."

"Aiman awak bole perkenalkan diri." bisik Puan Aminah ke telinga Aiman.

'oh my god! Kenapa dia datang balik?' bisik hati Alisya tersentak apabila melihat wajah pelajar baru tersebut. Alisya tidak berapa cam kerana perubahan dari segi muka dan suara yang buat Alisya pasti tak pasti.






















Sorry kalau tak best :'( hope korang suka. K bai

Kerana Kau Masih AdaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon