BAB 3

156 4 2
                                    

Selesai Alisya menyidai pakaian di ampaian, dia terus ke bilik untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Semasa dia sedang mendaki tangga, dia terperasan sesuatu.

'Ehh itu beg bagasi abang?' desir hati Alisya. "Ibu!" pekik Alisya dari ruang tamu. Abang Alisya belajar di luar negara kerana keputusan SPM nya yang bagus dia mendapat tawaran belajar di oversea.
"Ha, nak apa anak dara?" kata ibu sambil berjalan perlahan menuju ke anaknya. "Ini bukan ke beg abang long? Bila dia balik?" katanya sambil terloncat-loncat keriangan.

"Baru...." percakapan ibunya terhenti apabila satu suara garau mencelah perbualan mereka.

Kelihatan satu susuk tubuh sasa sedang berdiri di tepi tangga,"hoi budak gedik! Kau tak salam aku pun kan." kata along sambil memuncungkan bibirnya tanda merajuk.
"Ehh along lah gedik, Alisya mana tahu along balik" jelingan tajam dihadiahkan kepada lelaki tadi.

'Bila along balik?' tanya alisya kepada dirinya sendiri kerana ibunya tidak menjawab.
"Pagi tadi, kau pegi sekolah manalah tahu aku balik bila." Along menjawab bagai tahu apa yang terdetik di hati adiknya itu.

********

Seperti biasa Alisya pergi ke sekolah tetapi kali ini dihantar oleh alongnya. "Belajar elok-elok. Nanti bole belajar tetinggi macam along." Kata Syarul Zikri sambil menjongketkan (LOL) keningnya. "Along pikir macho ke buat macam tuhh! Nak muntah adalah." pekik alisya sambil mengerling jam tangan G-Shock, pemberian seseorang yang cukup istimewa padanya. Tepat jam menunjukkan pukul 7:30, ada masa 10 minit untuk dia ke tapak perhimpunan.

"Amboi lawa jam. Bila ibu belikan? Ni mesti kau bodekkan?" bertalu-talu soalan diterjahkan oleh along kepadanya. "Ehh sedap along je. Adalah someone bagi." Alisya menjelirkan lidahnya lalu keluar dari perut kereta jenama Axia milik abangnya itu.

Di dalam kelas

"Ehh sarah, sapa yang hantar kau tadi pegi sekolah?" Aina memecah sunyi diantara mereka berdua. Tapi sayang, soalan Aina hanya dibalas oleh dengkuran kecil milik Alisya.
Aina mengeluh nafas panjang dek kerana perangai kawannya seorang ini.

Setelah lama berdiam, timbul idea jahat di benak fikirannya. Senyuman sinis dihadiahkan kepada Alisya walaupun gadis genit itu sedang tidur.

"Sarah bangun cikgu datang cikgu datang!!"

"Bangun! Selamat sejahtera cikgu." kata Alisya dengan mata tertutup dan mamai. Ketawa Aina yang hampir meletus itu ditahan dengan menekupkan mukanya ke lengan baju.

Kelas 5 Baiduri gamat kedengaran dengan suara gelak tawa, manakala Aiman hanya memerhati setiap gerak geri yang dilakukan oleh Alisya.

Alisya bingkas duduk sambil menahan malu. Dia tahu ini pasti angkara Aina, siapa lagi kalau bukan minah sorang ni. Dia lantas mencubit peha kanan Aina, "Apa kau buat ni? Malu aku." kelihatan jelas pipinya merah kerana malu yang amat.

"Alah bukan selalu aku kenakan kau." Balas Aina sambil mengusap lembut pehanya yang baru dicubit tadi. "Ehh Sarah, budak baru tuhh handsome kan?"

"Dah yang kau tiba-tiba tanya soalan macam ni kenapa? Kau minat dia? Kalau minat aku bole cakapkan." Alisya menawarkan dirinya untuk menjadi orang tengah. Macam lah berani Alisya kau nak berdepan dengan si Aiman tuhh. (LOL)

"Boleh ke kau tolong aku?" tanya Aina teruja. Yelah mananya tak teruja, ada orng offer nak tolong dia. "Hahahaha caya je kau ni. Memang taklah aku nak tolong." kata Alisya dalam nada mengejek.

Kerana Kau Masih AdaWhere stories live. Discover now