GG23

6K 363 9
                                    

Lagi beberapa hari saja dia akan menjadi milik seseorang. Lebih spesifik, menjadi isteri kepada seorang lelaki. Seorang lelaki yang 10 tahun lebih tua darinya. Macam manalah hidupnya selepas bergelar isteri kepada Tengku Rayyan?

Lia mengurut kakinya tanpa sedar. Tengku Rayyan di tempat duduk pemandu tidak berkata apa-apa, tetapi dia terus menerus memerhati tingkah laku Lia. Tiba-tiba Tengku Rayyan berdehem. Lia terus berhenti dari mengurut kakinya.

"Kenapa? Sakit tekak ke?" Soal Lia kepada Tengku Rayyan.

"Sepatutnya saya yang tanya awak sekarang ni. Kenapa dengan kaki tu?" Jawab Tengku Rayyan.

"Tak ada apa-apa." Jawab Lia lalu memandang ke luar tingkap.

Tipu lagi!

"Jangan cuba untuk menipu saya Lia." Kata Tengku Rayyan.

"Saya tak tipu awak pun."

"Ye ke?" Tengku Rayyan menghentikan kereta di tepi jalan.

Lia memandang kiri dan kanan.

"Eh kenapa berhenti?" Soal Lia.

"Saya nak buat uji kaji." Jawab Tengku Rayyan lalu membuka seat belt.

"Ha? U...uji...ka..kaji apa?" Soal Lia tergagap-gagap.

Tengku Rayyan mendekatkan wajahnya ke wajah Lia.

"Eh apa dekat-dekat ni?" Lia menahan Tengku Rayyan dari terus merapat.

"Sekarang, bagi tahu saya, kenapa dengan kaki tu, sayang?" Soal Tengku Rayyan dengan nada menggoda.

"Er mana ada apa-apa." Bohong Lia.

Tak nak bagitahu juga dia ni.

"Lia nak bagitahu atau Rayyan selak kain ni?" Soal Tengku Rayyan lagi.

Eh dia ni makin dah nak dekat hari akad nikah makin menjadi-jadi GATAL dia ni. Elak aku humban je kepala gajah dia tu dalam dashboard kereta.

"Kalau tak sayang nyawa, sila lah selak." Lia versi garang sudah mai dah.

"Kenapa dengan kaki tuuuu?" Tengku Rayyan memuncung.

"Kena denda." Lia menjeling Tengku Rayyan lalu berpeluk tubuh.

"Dengan Ad lah tu." Tengku Rayyan kembali menyandar ke tempat duduknya.

"Ya!"

"Kenapa tak buat kerja sekolah dia?" Soal Tengku Rayyan lagi.

"Saya terlupa lah."

"Umur baru 17 tahun tapi dah nyanyuk. Saya dah nak dekat 30 tahun pun masih kukuh ingatan saya. Tu lah banyak sangat makan semut." Bebel Tengku Rayyan lalu mula memandu.

"Gedik." Gumam Lia perlahan.

Namun tetap didengari oleh Tengku Rayyan dengan jelas. Tengku Rayyan hanya mampu menggeleng kepala. Nasib kau lah Rayyan!

******<>******

Puan Ema menjemput Tengku Adrian dan bakal isterinya , Katrina makan malam di rumah. Tengku Rayyan pula tidak senang duduk. Kalau dia sibuk kehulur-kehilir di bilik sendiri tak apa lah jugak. Ini tak, di bilik Lia! Ingin saja Lia menendang Tengku Rayyan keluar dari biliknya. Ish!

"Duduk dan bawa bertenang boleh tak?" Soal Lia geram dengan sikap Tengku Rayyan yang menggelabah semacam.

"Sebelum kaki saya hinggap ke muka awak, baik awak duduk sini Rayyan." Ujar Lia rimas dengan Tengku Rayyan yang bermundar-mandir di depannya tanpa henti.

"Kenapa awak menggelabah sangat? Awak dengan Katrina dah kosong-kosong kan? Jadi, apa masalahnya? Ke awak ada masalah dengan Ad?" Duga Lia.

Tengku Rayyan diam.

Kalau boleh dia jawab persoalan Lia, dah lama dia jawab begini. "Dua-dua sekali."

Lia bengang.

Dia terus keluar dari bilik meninggalkan Tengku Rayyan yang masih lagi tidak reti bawa bertenang.

"Alahai...Lia..."

******<>******

Semua yang berada di meja makan sedang khusyuk dengan makanan sendiri. Kononnya sibuk makan lah tu. Tengku Rayyan curi-curi memandang Tengku Adrian dan Katrina. Tiba-tiba timbul rasa cemburu melihat kemesraan Tengku Adrian dan Katrina. Bro tabah.

Lia sedar akan perlakuan Tengku Rayyan yang tidak henti dari memandang Katrina melalui ekor matanya. Tak lama lagi, Katrina akan berkahwin dengan Tengku Adrian. Selepas itu, giliran mereka pula. Tapi, ruang hati masing-masing masih dijaga untuk orang lain. Macam mana tu?

"So, Ad, macam mana Lia kat sekolah? Nakal?" Soal Encik Hisham memecahkan kesunyian.

"Lia baik je. Cuma kadang-kadang mulut dia tak reti diam dalam kelas. Terlebih peramah je uncle." Jawab Tengku Adrian lalu tertawa kecil.

Okey, Lia sentap. Banyak mulut? Hello, mulut I paling senyap okey. Macam orang bisu dah tau!

"Betul ke apa yang Ad kata tu Lia?" Soal Puan Jamilah.

"Mana ada. Lia macam orang bisu je." Jawab Lia dengan selamba.

Tengku Rayyan memijak kaki Lia lalu berdehem.

Terus tersembur nasi dari mulut Lia. Nasib baik sikit je. Kalau banyak, innalillah lah dia disitu.

"Astagfirullah Lia." Ucap Puan Ema.

"Maaf ... maaf ... tak sengaja." Lia meminta maaf atas sikap tak senonoh nya tadi.

Tangan Lia terus mencari peha Tengku Rayyan lalu peha itu dipulas nya dengan secukup rasa. Perang bawah meja pun bermula.

Tengku Rayyan hanya mampu menahan sakit. Salah dia juga kerana menempah maut tadi. Jika tidak, pehanya masih sihat walafiat saja.

"Kenapa muka kamu berdua ni merah padam? Panas ke?" Tegur Encik Hisham kepada Lia dan Tengku Rayyan.

"Uish, panas gila yah." Tengku Rayyan mengelap peluh di dahi sambil tersengih.

"Ada-ada je Rayyan ni." Kata Puan Jamilah lalu tersenyum geli hati.

Sebenarnya, Puan Jamilah sudah tahu apa yang jadi di bawah meja. Macam kanak-kanak kecil aja.

"Oh ya Ad, minggu depan hari Selasa akad nikah Rayyan dengan Lia. Aunty harap kamu dapat hadir sama." Ujar Puan Ema lalu tersenyum manis.

"In Shaa Allah."

"Haa makan lah. Tambah lagi Ad, Katrina." Pelawa Puan Ema.

...

Miss me? HOHOHO :) comment pat! Muah!

Grande's GirlWhere stories live. Discover now