Part 1

96 2 0
                                    



6 tahun kemudian...

"Alang!!!" jeritan wanita itu bergema satu rumah. Geram sungguh dia dengan alangnya pagi itu. Mana dia tidak mengamuk apabila pagi-pagi lagi alangnya yang merupakan abangnya itu mencari pasal dengannya. Ada ke patut, syampu rambut miliknya digantikan dengan ubat gigi. Manakala ubat giginya digantikan dengan sabun mandi. Patutlah dia berasa pelik apabila dia mahu membasuh rambutnya tadi terasa sejuk berangin saja rambutnya manakala ubat giginya agak cair apabila dia meletakkannya diatas berus giginya.

Dung! Dung! Dung!

Bagai nak roboh pintu bilik alangnya apabila dia mengetuk pintu bilik itu. Pembetulan. Bukan hanya mengetuk, tapi siap dengan menendang lagi. Segala benda yang berdekatan pintu bilik itu digunakan untuk membuat alangnya keluar dari persembunyiannya. Tak guna betul abang. Habis rosak mood dia pagi itu. Dahlah dia mempunyai temu janji bersama teman lelakinya.

"You better open this door you bloody monster. Have a deal with me like a real man lah. Jangan reti buat but you behave like a scared rat hiding inside it hideous."

"Hahahaha, sure but no thanks. Got a lot of works to do here. Sophea, if you don't mind, don't break down my door like a beast having her feast. Please... I need some peace here." Kedengaran suara dari dalam bilik alangnya menjawab. Husna Sophea merengus kasar.

"Oh, so you want some peace. You know what? You just mistakenly woke up a beast this morning. You better watch your butts cause I won't be easy with you anymore," Husna Sophea memberi amaran sebelum beredar meninggalkan bilik tidur alangnya itu.

Ketika dia sedang menuruni tangga, dia terserempak dengan mamanya.

"What was that for? Pagi-pagi lagi dah mengamuk. What's he done this time?" paham sangatlah Datin Alia apabila mendengarkan Husna Sophea yang mengamuk secara tiba-tiba. Tidak lain tidak bukan disebabkan oleh anak lelakinya yang menjadi punca.

"Mama tanyalah anak kesayangan mama tu. Ya Allah, I've never have a peace since balik dari Australia," bebel Husna Sophea sambil berjalan menuju ke dapur. She need some cooler by right now. Ya Allah panas sungguh hatinya ketika itu. Mamanya hanya mengekorinya dari belakang.

Husna Sophea membuka peti sejuk usai dia tiba didapur. Dicapai jus oren lalu dituang ke dalam gelas. Begitu rakus dia meneguk jus oren tersebut. Mamanya, Datin Alia hanya menggeleng kepala melihat telatah anak perempuannya itu.

"Minum elok-elok Sophea. Kan tercekik pulak," betullah kata orang bahawa kata-kata seorang ibu itu ada betulnya. Tersedak Husna Sophea dibuatnya. Berkali-kali dia batuk akibat dari tersedak. Makin mamanya menggeleng kepala sambil menghulurkan tisu kepadanya.

"Mama, could you please send alang to psychiatrist. Sophea wonder kenapa dia behave like a psychopath and a jerk."

Datin Alia hanya tersenyum mendengarkan kata-kata anak perempuannya itu. Dia sendiri juga tidak faham akan sikap anak lelakinya yang sangat suka menyakat adiknya itu. Bila ditanya, alasannya cukup mudah, kerana dia bosan.

"If he is, then I'll go get him a psychiatrist. But, he looks definitely normal to me. Nanti mama bagitau dekat alang ok. Dahlah just forget about him. Kamu kata nak keluar kan? Dah siap ke belum?" soal Datin Alia sambil mengusap kepala Husna Sophea.

Husna Sophea mencebik. "Hilang mood tau tak mama. How am I supposed to go out for a date kalau Sophea takde mood. Nanti Farid..." opps dia terlepas cakap. Terus mulutnya ditutup dengan tangannya. Mamanya memandangnya dengan wajah tanda tanya memintanya menghabiskan kata-katanya. Habislah dia. Dia tidak sepatutnya memberitahu mamanya akan nama-nama teman lelakinya. Farid merupakan teman lelakinya yang untuk keberapa belas kali.

"Mama harap kamu serius la dengan Farid or whatever nama dia. Kalau dah suka sama suka tu bawalah jumpa mama dengan papa. Don't kid around and bertukar boyfriend macam tukar baju. Kamu tu perempuan, bukan lelaki. Be serius in relationship sebab kamu dah besar, dah matang and sesuai sangat dah untuk mendirikan rumahtangga," panjang lebar Datin Alia memberi nasihat.

Penat sudah dia memberi nasihat kepada anak perempuannya itu. Bagus sangat lah tu. yang si Husna Sophea kerap bertukar pasangan manakala si Haikal, anak lelakinya itu langsung tidak berminat dengan cintan cintun bagai ini. Katanya buat masa, tenaga dan duitnya sahaja.

Husna Sophea membuat muka bosan. Tiap kali mamanya memberi ceramah tidak berbayar berkenaan hubungannya dengan teman lelakinya, tiap kali itu nasihat itu seperti masuk telinga kanan dan tak sempat nak masuk sebab terus buat u turn keluar balik. She knows what she is doing. Lagipun usianya masih muda. Baru 24 tahun.

"Bila masanya dah sesuai, I'll bring you my Mr Right, okay? Jangan risau, Sophea tahu apa yang Sophea buat. Okaylah mama, Sophea nak siap dulu." Husna Sophea mengucup pipi mamanya sebelum beredar menuju ke bilik tidurnya. Datin Alia hanya menghela nafas berat.

"Sorry for waiting me. Dah lama sampai?" Husna Sophea mengukir senyum ke arah lelaki dihadapanya itu apabila dia mengambil tempat. Dia sampai agak lambat berikutan dia tidak tahu akan lokasi restoran yang menjadi tempat pertemuan mereka berdua.

Farid membalas senyuman Husna Sophea. "It's okay. You nak pesan apa? I panggilkan waiter."

�+�l� �

Cheer up! LoveWhere stories live. Discover now