BAB 29 Kecewa

17.6K 255 19
                                    

"What have you done Hanis Sofea? " jerkahan itu mengejutkan aku

Aku memandang Stella yang sudah jatuh terduduk akibat tolakan ku sebentar tadi.Sungguh aku tak sengaja.

" abang, sayang tak sengaja. Lagi pun dia yang mulakan dulu " ujarku mempertahankan diri

" Adam, you sendiri nampak kan dia tolak I tadi " sampuk Stella.

Eh Minah ni aku debik kang bisu kau lepas ni. Desis hatiku

Aku menjeling tajam Stella yang sudah bangun sambil ditolong oleh Adam

Ohmai, Adam tolong dia bangun?

" yang kau halang jalan aku tadi pasal apa? Aku nak jumpa husband aku sendiri takkan tak boleh and bila masa pulak kau kerja dekat sini? " balasku sambil menyilangkan tangan ke dada.

" dia kerja sini bukan urusan kau! " aku terpana mendengar ayat yang baru dituturkan dari mulut suamiku

" apa maksud abang? " aku menyoalnya

" eh kau memang tak faham bahasa ke hah! Adam boss dekat sini, dia pilih aku jadi secretary dia sebab aku layak bukan macam kau. Eh kau boleh balik la Adam muak tengok muka kau "

Setahu aku Adam tidak pernah menyuarakan hasratnya untuk mencari setiausaha yang baru sejak dia tidak membenarkan aku bekerja selepas kematian orang tuaku. Tambahan pula malaun dari pluto ni bukan ke anak Tan Sri. Kenapa dia tak kerja je dengan bapak dia ? Ke dia saja nak kerja sini sebab nak mengurat laki aku ?

Walaweh Minah ni dah lebih ni!

" oi mangkuk tandas aku bukan tanya kau. Aku tanya laki aku yang kau sibuk sangat hal orang pasai apa? Berlambak lagi lelaki dalam dunia ni yang kau pilih laki aku ni kenapa? " marahku

" behave Hanis Sofea. Ni pejabat aku jangan sampai company ni lingkup sebab kau " sejurus berkata Adam menarik lengan Stella dan masuk ke dalam biliknya.

Aku hanya mampu tercengang melihat perbuatan itu.

Dengan rasa tidak puas hati aku menerjah masuk ke dalam bilik Adam.

" wah, wah wah abang dah tak tau halal haram ke ? or abang dah tertukar bini pulak? "

" aku lebih rela tertukar bini la daripada ada bini macam kau kampung sangat " balasan daripada Adam menyentak tangkai hatiku

" ntah, balik je la menyemak je kau dekat sini " sokong Stella

Aku hanya mampu melihat adegan mesra yang dipamerkan oleh Adam kepada Stella. Habis satu badan dibeleknya

" auch, sakitt " rayuan daripada Stella membuatkan telinga ku panas

Adam kulihat sedang menilik kaki Stella.

" sakit konon, kau ni memang macam pelacurkan tak tau malu " ujarku tanpa sedar kata² ku akan menaikkan lagi kemarahan Adam

" you! Dia panggil I pelacur "

Adam berdiri lalu melangkah ke arahku.

" eleh kau ingat aku takut. Kau ingat Adam sampai hati nak marah aku? Kau tu yang patut sedar diri. Rampas suami orang "

" apa masalah kau, Hanis Sofea? Yang kau tak puas hati sangat dekat Stella kenapa? " soal Adam sambil matanya memandang ku tajam

Gerun. Tapi aku harus berani demi mempertahankan rumah tangga aku.

" masalah sayang bukan dengan abang tapi dengan betina ni! " aku sedikit menjerit

Pang!

Kulihat Stella tersenyum sinis melihat ke arah kami.

Aku memegang pipiku. Perit. Air mata cuba ku tahan

" I can't believe it " aku memandang Adam

" jaga sikit mulut kau tu! Mak bapak kau tak ajar ke macam mana nak bercakap dengan orang. Oh aku lupa yang kau ni kampung sangat ntah² kau bukan darah daging diorang kut sebab tu diorang tak peduli sangat pasal kau kan. Kesian " ujar Adam dengan lagak sombongnya

" sampai hati awak hina family saya. Kalau ye pun salah saya jangan pernah babitkan keluarga saya. Diorang tak salah. Kenapa awak berubah sampai macam ni? Mana janji awak? " soalku

" janji? Oh please la. Kau dengar sini baik² Hanis Sofea. Aku Tengku Adam Mikael tak pernah cintakan kau. Perkahwinan ni hanyalah permainan aku. Aku hanya main²kan kau. Sedar diri tu sikit "

" apa maksud awak? Apa salah saya? Kenapa awak buat saya macam ni! " jeritku

" kau tak perlu tau sebab apa. Aku nak kau kemas semua barang² kau dan keluar dari rumah aku sebab aku akan duduk dekat rumah tu dengan wanita yang selayaknya untuk menjadi isteri aku "

" isteri? Habis tu saya? Tolong jangan buat saya macam ni. Awak tau kan saya dah takde sape² dalam dunia ni " rayuku

" none of my business. Kau pergi la merempat dekat mana² yang selayaknya dengan kau. "

" sampai hati awak! Awak dah janji yang awak takkan hina saya. Awak janji nak jaga saya. Awak.. Awak " aku tidak mampu untuk meneruskan. Air mata yang mengalir di pipi aku sapu kasarm

" tak payah nak drama sangat la pompuan. Kau ingat Adam kesian dekat orang macam kau? Hish memang tak la " sampuk Stella

" ni semua salah kau kan! Kau yang hasut Adam! Orang macam kau tak patut wujud dalam dunia ni tau tak! Pergi mati la pompuan "

Pang!

Sekali lagi tangan sasa Adam singgah di pipiku. Aku diam. Perlahan² aku mengukir senyuman sinis

" dasar lelaki dayus. Tu je ke yang awak mampu? Tampar la lagi. Tampar sampai awak puas! " jeritku

" berambus la pompuan! Kau jangan buat aku hilang sabar " marah Adam

" memang saya nak pergi pun " aku mengambil beg tanganku yang terdampar di atas lantai

Sebelum membuka pintu aku memandang ke arah Adam

" sape wanita tu? Sape wanita yang selayaknya untuk menjadi isteri awak? " soalku

Pintu bilik Adam terbuka.

" aku "

" kau? " aku memandangkan wanita itu tajam





Jeng jeng jeng

Hahaha sape tau isteri Adam yg baru. Huhu

Sori typo malas nak double cek

Tqvm mna yg vote and comment serta suggestion drpd korang nanti author masukkan skit² ye 😘😘

Maaf kalau author tak rply intnet slow sesgtt

Sorry if hambar 😔

The Temptation Of WifeWhere stories live. Discover now