Bunyi deringan loceng pintu rumah membuatkan Ain yang baru selesai berdoa berpaling. Tiba-tiba Zarriq memasuki biliknya, Ain terpana melihat wajah kacak suaminya berpakaian kemas.
"Abang nak ke mana malam ni?" Dia membuka telekungnya dan menyangkutnya di penyidai. Rambutnya yang panjang mengurai terlucut dari getah rambut dan jatuh lembut.
Zarriq teringat kembali dengan perempuan di dalam bilik di rumah mamanya dulu, rupanya Ain. Dia batuk kecil menahan rasa apabila Ain mengikat kembali rambutnya.
"Kau jangan keluar dari bilik malam ni. Kalau kau keluar pun bawak masalh je." Bunyi loceng sekali kedengaran. Zarriq meninggalkan Ain di bilik dan keluar ke pintu. Tanpa disedari, Ain mengikutnya ke ruang tamu untuk melihat siapa tetamu suaminya.
"Hai sayang!!!" Maya menyedari Ain melihat mereka dari ruang tamu, dia mengambil peluang itu untuk memeluk leher Zarriq dan mencium pipi lelaki itu manja. Zarriq menyapu kesan lipstick, serentak dengan itu dia mendengar bunyi pintu ditutup dengan kuat dari bilik Ain.
"U sengaja kan buat macam tadi, sebab dia tengok?" Zarriq menolak Maya yang rileks menyandar pada dinding. Sebelum menutup pintu, muncul Iqbal dan girlfriend seharinya, Shay.
"Eh, kau datang jugak ke Iq? Aku ingat Maya datang sorang." Iqbal tersengih sambil tangannya diletakkan pada pinggang Shay.
"Of kos la aku dtang, rumah besfren kan. Lagipun aku nak tengok jgk kau punya bini ksayangan kau tu, smpai gambar pun takde. Jaga betul kau dia." Zarriq berasa tidak sedap hati apabila isu Ain disebut. Dia mempersilakan mereka bertiga masuk.
"Em, lawa rumah u. Sesuai dengan taste I. Tapi sayang u dah tak dengan I." Iqbal menyiku lengan Maya. Tidak bersetuju dia komen begitu.
"Eh, Zarriq. Iqbal cakap u ada bini, mana dia, i tak nampak pun." Shay mencelah setelah lama mendiamkan diri. Iqbal menyorok senyumannya apabila soalan itu keluar.
"Em, ada, kejap. Dia tak suka keluar sangat macam kita. Kejap I panggil dia." Zarriq mnuju ke bilik Ain dan mengetuk perlahan lalu terus masuk. Kelihatan Ain memeluk kaki di atas katilnya seperti merajuk.
"Kau dah kenapa pulak ni? Dah la, malas aku nak layan kah punya drama, kau bersiap lepas tu keluar. Entah kenapa nak tengok sangat engkau ni." Baru sahaja Zarriq ingin keluar, Ain bersuara.
"Rapatnya abang dengan girlfriend abang tu." Zarriq menuju ke bucu katil dan menghampiri Ain. Dia memegang dagu Ain perlahan, mengusap pipi Ain lembut, kemudian mencekupnya dengan kasar.
"Aku dengan dia aku punya pasal la. Kau nak sebut-sebut apasal? Jealous ke?" Kemudian dia rapat ke telinga Ain.
"Sekurang-kurangnya aku tak mainkan perasaan orang, lepas tu lagi teruk curang macam kau." Dia menolak kasar muka Ain ke tilam.
"Lebih baik kau ikut je apa aku nak malam ni kalau tak nak kena layan kasar-kasar. Cepat bersiap." Ain menahan tangis melihat layanan suaminya. Sekejap baik, dan sekejap pula garang.
Ain bangun dan menyiapkan diri. Baju jubah dipakainya dan tudung disarungkan. Setelah mekap tipis dikenakan, dia keluar menghadap Zarriq dan kawan-kawannya. Iqbal bersiul kecil sementara Maya ketawa.
Shay hanya diam di tempatnya."Wow, islamiknya bini u. Jubah tudung bagai. Zaman bila ni? Macam tak ikut perkembangan fesyen pun." Maya menutup mulutnya menahan ketawa.
"Aku ingat bini kau hot sangat sampai kau sorok sangat. Tapi, nice la. Simple." Shay mengetuk lengan Iqbal, cemburu.
Merah muka Ain, tidak tahu sedang dipuji atau disindir. Setelah memperkenalkan nama, dia berangkat ke dapur bagi menghidangkan air. Dia ada menjeling suaminya tadi, tapi langsung tidak dibela Ain yang sedang dicemuh.
Tanpa disedari, Iqbal mengikutnya ke dapur. Ketika dia leka membuat air, tangan Iqbal melepasi pinggangnya untuk mengambil mug yang tergantung. Terkejut Ain sehingga hampir menjatuhkan teko berisi air itu.
"Oopps, sori. I takde niat nak terperanjatkan u. Btw, I Iqbal, bff Zarriq. I lupa nama u tadi apa dia?Iqbal menghulurkan tangan untuk bersalam, tapi hanya dipandang sahaja oleh Ain.
"Ooh, i lupa. Bukan mahram right? Sori. I pasti Zarriq pun tak suka I pegang barang dia." Ain tidak mengangguk atau pun senyum kepada Iqbal. Dia berasa was-was dengan lelaki ini.
"La, kau kat sini ke? Masuk ruang tamu balik, duduk kat sini macam bukan standard kau je." Zarriq menarik Iqbal keluar dari dapur sambil matanya merenung tajam Ain. Ain dapat merasakan dia pasti dimarahi lagi selepas ini.
Ain membawa air yang dibancuh tadi ke meja makan dan menghidangkan kepada semua yang duduk. Dia menolak cawan kepada Iqbal dan Iqbal cepat memegang cawan tadi membuatkan jari mereka tersentuh. Ain melarikan jari dan melihat Zarriq. Dia berasa lega kerana kerika itu Zarriq bercakap dengan Maya dan tidak memandang kejadian tadi. Ain melihat Iqbal yang tersenyum kepadanya. Dia merasa agak takut melihat Iqbal.
"Tunggu apa lagi, ustazah. Masuk la bilik. Kitorang dah tak perlukan khidmat u kat sini." Maya memandangnya sinis, Zarriq pula lngsung tidak menegur Ain.
"Eh, kejap la dulu. Tuan rumah kan, duduk la dulu. Kita cakap-cakap, kenal-kenal. Suami u ni senyap je, langsung tak nak kenalkan u. Meh duduk sini dulu." Iqbal menepuk kerusi di sebelahnya. Ain mengeleng, menolak lembut ajakan Iqbal. Dapat dirasakan pandangan tajam Zarriq mengekorinya.
"Alang-alang dah keluar bilik tu, hidangkan terus makanan ni. Ada bini pun macam takde bini. Korang makan la. Aku tempah makanan untuk korang. Beria sangat nak datang kan." Iqbal dan Maya tersenyum mendengar sindiran Zarriq.
Baru saja dia ingin menghidangkan nasi kepada Zarriq, Maya telah sibuk-sibuk menyendukkan untuk Zarriq.
"U nak makan apa sayang? Biar I letak. Sekejap, i tahu ni favourite u kan." Ain bermain dengan kain alas di hujung meja. Dia berasa sangat cemburu tapi ditahannya. Gigi diketapnya geram. Kedua Zarriq dan Iqbal melihat kecemburuan Ain.
"Ain, tolong sendukkan nasi ni untuk I boleh, dengan Shay sekali. Shay malu la nak tunjukkan kemesraan kami." Shay menepuk lagi lengan Iqbal mesra. Maya sakit hati kerana apa yang dikatakan Iqbal tadi merujuk kepada dirinya.
Ain menyendukkan nasi untuk Iqbal dan Shay. Tiba-tiba Iqbal dengan sengaja memegang tangannya ketika dia hendak menyenduk lauk. Kerana terkejut, air di dalam cawan terjatuh di atas seluar Iqbal dan cawan tadi terhempas ke lantai. Terundur Ain ke belakang, takut dengan situasi tersebut dan juga takutkan kemarahan Zarriq. Semua yang berada di meja makan tadi berdiri dan melihat Iqbal dan Ain.
"What the.... apa ni Zarriq? Macam ni ke kau ajar bini kau layan tetamu?" Shay segera memberi tisu kepada Iqbal. Zarriq mengalihkan pandangannya kepada Ain yang mula takut.
"I guess, dinner kita sampai sini je sayang. I tak sangka benci sangat isteri u kita datang rumah dia. Sanggup dia buat Iq macam tu." Ain kelu mendengar luahan Maya. Sepertinya Zarriq juga termakan tuduhan itu.
"Sori, Iq. Lain kali aku ganti dinner kali ni. Sori sangat-sangat." Zarriq mengiring mereka bertiga ke pintu. Ain cuba mengikut mereka tapi dihentikan. Maka Ain mengemas kembali cawan.
Bunyi pintu ditutup perlahan. Ain mengangkat mukanya melihat muka garang Zarriq......
YOU ARE READING
Isteri Tanpa Cinta (Complete)
RomanceAin Munirah terpaksa mengahwini anak boss, Zarriq Rayqal di atas suatu insiden yg memalukan. Walaupun dibenci sepenuh hati oleh suaminya, Ain rela kerana yakin dia akan dapat melembutkan hati suaminya. Zarriq Rayqal tidak dapat menerima kenyataan y...