"So, this projects aims to..." Presentation Zarriq terganggu apabila telefonnya bergetar di dalam poket.
"Is anything wrong, Zarriq?" Tanya bosnya apabila Zarriq dilihat berhenti seketika. Zarriq meminta maaf dan menyambung kembali.
Habis sahaja meeting, Zarriq melihat telefonnya. 10 miss call dari mama dan 15 lagi dari Zulin. Juga 4 dari papa. Baru sahaja dia ingin mendail kembali, Zulin telah menelefonnya.
"Hello, abang kat mana? Banyak kali kitorang call." Kedengaran Zulin agak resah.
"Kenapa? Abang ada meeting tadi. Ni baru sudah meetingnya. Ada apa yang semua call abang ni? Rindu ke?" Zarriq cuba berlawak tapi sayangnya lawak tak sampai kepada adiknya.
"Ha ha, so funny. Tak kelakar langsung. Abang, akak masuk hospital pengsan." Zarriq berhenti berjalan buat seketika. Dadanya tiba-tiba berasa laju berdegup.
"Dia pengsan sebab apa?" Zarriq cuba bertenang.
"Tak tahu lagi, doktor sedang periksa akak sekarang ni. Abang tak nak jenguk akak ke?" Zarriq mendiamkan diri, fikirannya masih pada Ain.
"Abang bizi sangat sekarang ni sebenarnya. Mungkin dia pengsan sebab gastrik kut. Dah la tak payah risau sangat." Kini giliran Zulin pula senyap di talian.
"U r so worse. Abang bukan yang macam Lin kenal dulu. Macam mana abang tahu pengsan sebab gastrik? Kalau sebab lain? Dah la, buang masa je cakap dengan abang ni. Buang kredit je Lin call abang kalau tahu abang masih lagi dengan ego abang tu. Bye." Talian terus dimatikan, belum sempat dia ingin menjelaskan kepada adiknya.
Sedikit sebanyak kata-kata adiknya masuk ke dalam hati. Banyak kali dia menerima mesej dan call daripada Ain sepanjang tempoh mereka berpisah. Dan di akhir setiap mesej yang dihantaf sentiasa diakhiri dengan pengakuan cinta Ain terhadap dirinya. Dia merenung kembali telefon bimbit di tangan.
"Macam mana doktor? Apa sakit saya ni?" Ketika itu dia bersama doktor yang merawatnya dan dia berdebar menunggu penjelasan doktor.
"Puan Ain ada breakfast tak pagi tadi?" Ain mengeleng, tiada daya untuk bercakap. Dia berasa sangat penat.
"Ooh, patutlah. Puan kena amalkan makan pagi jika sebelum ni tak pernah. Tak elok untuk kandungan puan." Mulut Ain melopong seketika.
"Ma....maksud doktor?" Dia bimbang tersalah dengar jadi dia meminta doktor mengulangnya kembali.
"Puan dah hamil selama sebulan. Puan tak ada rasa kelainan ke?" Ain berfikir seketika. Dia ada berasa pening-pening dan agak loya kadang-kadang. Begitu juga pemakanannya. Perlahan dia mengangguk membuatkan doktor tersenyum.
"Tahniah saya ucapkan puan. Oleh sebab tu, puan jangan skip breakfast ye, tak elok untuk puan dan baby. Kalau dah tak ada pape, saya keluar dulu." Ain tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada dia. Fikirannya melayang seketika. Zarriq telah pun membencinya, bagaimana jika dia mendapat tahu bahawa dia mempunyai anak? Mampukah dia menerima nyawa baru ini? Air matanya gugur, takut dengan masa depan. Tempoh yang diberitahu oleh doktor adalah sebulan, maknanya pada malam itu segalanya bermula. Ain menepis air mata sebaik sahaja mendengar pintu dibuka.
"Doktor cakap apa tadi Ain?" Ain melihat wajah Rahim, Maria, Lisa dan Zulin di depannya.
"Lin ada call abang tadi, tapi dia tak dapat datang sebab bizi." Ain mengangguk saja, sudah mengetahui reaksi suaminya.
"Hish, yang tu pun, tak tahu apa yang lagi penting pada dia." Marah Maria kepada Zarriq.
"Doktor cakap apa tadi nak?" Giliran Rahim pula bertanya. Ain terasa disayangi, lebih-lebih lagi apabila Rahim bertanya keadaannya. Seperti ayahnya yang bertanya kepada dia.
"Ma, Lis, Ain...Ain me..Ain mengandung sebulan." Terkejut mereka berempat. Kemudiannya masing-masing mengucap syukur kepada Ilahi atas kurniaan baru itu.
"Kita kena beritahu Zarriq ni." Kedengaran teruja suara Maria. Tetapi, Ain menghentikannya.
"Ma, Ain tak nak dia tahu. Ain dapat rasakan yang abang nak jauh dari Ain, buktinya Ajn sakit macam ni pun dia tak datang. So, Ain mintak agar sape-sape kat sini jangan beritahu Zarriq." Terdiam mereka semua.
"Papa tak setuju dengan tindakan kamu tu. Zarriq kena tahu, biar dia pandai tanggungjawab atas apa yang dilakukan." Ain tersenyum lagi. Rahim betul-betul mengingatkannya kepada ayah.
"Papa, Ain akan beritahu tapi bukan sekarang." Selepas itu barulah mereka bersetuju.
"Patutla kau cari benda yang tak pernah cari. Ikan bakar hujung tu, mana pernah nak sebelum ni." Ain tertawa kecil.
"Lepas tau aku mengandung ni, lagi special la kau kena layan aku." Serentak mereka ketawa.
Sebulan lagi telah pun berlalu, Zarriq hanya berhubung dengan mereka menggunakan telefon. Dia tidak pernah bertanya hal Ain, tapi tetap akan diceritakan oleh Zulin atau Maria. Sementara hubungan Zarriq dan ayahnya menjadi dingin kembali.
"Lis, jom gi usha barang-barang baby hari ni nak tak?" Teruja suara Ain kedengaran. Lisa menjeling Ain.
"Puan Ain, kau tu baru dua bulan mengandung dah nak usya barang-barang baby. Orang mengandung lima bulan rileks je, takde nak tengok baju baby ke, mainan baby ke." Ain memuncungkan mulutnya.
"Alah kau ni. Aku ajak usya je, bukan nak beli. Comel sangat barang-barang dia, kecik-kecik je." Lisa mendengus lagi.
"Kau ni, dah nama barang baby mesti la kecik-kecik. Kalau besar bukan baby namanya. Tu nak merajuk la tu. Kau sensitif betul sejak-sejak mengandung ni. Pipi tu, aku rasa dah boleh muat macam-macam tau. Ei, geramnya aku tengok. Meh, nak cubit sikit." Ain berteriak apabila Lisa menarik kedua belah pipinya. Dia menggosok pipi yang jelas kemerahan.
"Kau ni!! Nanti makin pau la pipi aku ni. Dah nasib aku pipi pau, nak buat macam mana? Mama kat rumah dengan Mak Mah masak sedap sangat, sape suruh." Lisa tersenyum melihat Ain membebel.
"Ha, elok la tu. Mama berlembut sangat dengan kau. Apa je kau mengidam dia buat, elok la tu. Lepas bersalin bukan pipi je yang pau, semua badan sekali." Ain menjelir lidah manja kepada Lisa.
Dia berasa sangat bahagia dengan kehidupan sekarang. Ada bff dan mama serta papa yang sentiasa manjakan dia. Ada adik perempuan comel tempat dia bercerita macam Zulin. Zarriq telah memberinya satu keluarga yang dia tidak pernah ada sebelum ini.
Pasal Zarriq, dia diam seketika. Hidupnya tidak sempurna tanpa Zarriq. Dia juga telah berhenti menghubungi suaminya itu, bimbang terlepas cakap. Dia mendengar khabar Zarriq daripada mama atau Zulin sahaja sekarang. Walaupun mereka tidak tinggal sebumbung, djit tetap dimasukkan ke akaunnya setiap bulan. Dia tidak mengerti apa tujuannya tapi masih digunakan berharap Zarriq ingin meneruskan hubungan ini.
YOU ARE READING
Isteri Tanpa Cinta (Complete)
RomanceAin Munirah terpaksa mengahwini anak boss, Zarriq Rayqal di atas suatu insiden yg memalukan. Walaupun dibenci sepenuh hati oleh suaminya, Ain rela kerana yakin dia akan dapat melembutkan hati suaminya. Zarriq Rayqal tidak dapat menerima kenyataan y...