Prolougue;

52 7 6
                                    

Eunwoo.Lee Eunwoo .Korang mesti akan fikir nama ini kepunyaan seorang budak lelaki belasan tahun,tapi tak.

Korang salah.Lee Eunwoo ialah seorang budak perempuan belasan tahun yang dibesarkan seperti lelaki dan memang dah terbiasa dengan budak lelaki yang selalu layan dia macam lelaki.Well,Eunwoo tak kisah sebab dia dah memang terbiasa.

"Eunwoo,bangun adik oitt.Kau kena pergi sekolah!" Johnny mengetuk pintu bilik Eunwoo.Dah pukul 6.30,tapi rupa si Eunwoo masih tidak kelihatan.

Disebabkan tangan Johnny dah naik kebas sebab duk ketuk pintu bilik Eunwoo dah dekat 5minit dia pun naik geram.Johnny akhirnya membuka pintu bilik Eunwoo.

Kelihatan seorang gadis sedang tidur dengan position yang anda semua sila jangan ikut apa yang Eunwoo buat.Eunwoo tidur berbaring sambil mulutnya terbuka luas sehingga pecah empangan (korang paham kan apa benda yang mengalir tu?)

Johnny hanya menggelengkan kepalanya sambil mendekati adiknya itu.

"Eunwoo bangunlah.Dah pukul 6.40 dah ni!" Johnny menepuk bahu Eunwoo.Eunwoo bergerak sedikit dan membuka matanya.Dia mengelap air liur yang terdapat dipipinya.

"Pukul berapa dah ni?" Eunwoo menarik hoodienya naik keatas kepala sambil menggaru perutnya.Sungguh tidak senonoh perangai si Eunwoo ni.

"Dah lambat kamu tahu tak? Cepat pergi bersiap then turun sarapan.Si TY dah tak larat nak tunggu kamu." Johnny berkata sambil melihat adiknya sekilas.Dah 17 tahun dia tengok adiknya ini,tapi dari kecik sampai sekarang sama saja.

"Good Morning,TY!" Eunwoo turun dari tangga dan menuju ke dapur.Taeyong berpaling dan melihat adik perempuannya itu.

"Cepat makan breakfast then pergi sekolah .Dah lambat." Taeyong memberikan sepinggan omelet yang dimasak sebentar tadi.

"Jisung mana?" Eunwoo menyuap satu sudu omelet didalam mulutnya.Taeyong mengambil tempat duduk disebelahnya.

"Dah pergi sekolah tadi . Kamu yang lambat ." Kata Taeyong dalam nada memerli .Eunwoo tersedak lalu terus mengambil secawan air kosong lalu meneguk air tersebut.

Taeyong hanya menahan ketawa dengan eksiden tadi.Eunwoo menepuk-nepuk dadanya.Kesian Eunwoo.

"Yo,Eunwoo!" S.coups mengangkat tangannya kearah Eunwoo yang baru masuk kedalam kelas 3-1.Dia hanya menggangukkan kepalanya dan terus ketempat duduknya.

"Eunwoo,nah buku kau.Aku nak buku sejarah pulak." Hoshi memberikan buku math Eunwoo kembali.

"Nah,kau jangan tiru sebijik pulak jawapan no.3 tu!" Kata Eunwoo dengan nada tegas. Hoshi hanya menjawab acuh-tak-acuh.

"Kenapalah kau bagi si Hoshi pinjam buku kau?" Yebin menyelak buku komik itu kemuka surat seterusnya .

"Kau tahu,tolong menolong tu amalan yang baik." Eunwoo menepuk bahu Yebin.Yebin hanya menjawab 'Yelah' lalu menyambung membaca komik itu semula.

Jadi begitulah rutin harian Eunwoo apabila pergi kesekolah.(Lebih kurang...)Well,dia tak macam perempuan sangat pun.Dia lebih selesa dengan kehidupan sekarang,tapi mungkin rutin hariannya akan berubah?

mungkin?


Prolougue~~~

Slight CrushWhere stories live. Discover now