SC 4

24 6 2
                                    

11-5-2017 (diari)

Dah dekat sebulan aku cuba buang perasan aku dari Dokyeom.Yup,aku dah berjaya!

Eunwoo menutup diarinya.Dia tersenyum seorang diri.Akhirnya,dia dah berjaya buang perasaan dari mamat sengeh tu.

Tiba-tiba diarinya jatuh kelantai.Baru sahaja Eunwoo ingin mengambil diarinya itu,satu tangan telah mengambil diari itu dahulu.

"Thanks." Eunwoo berkata lelaki tersebut.Lelaki tersebut terus berlalu pergi.Eunwoo memandang belakang lelaki itu.

Ohh,itu Wonwoo. Well,dah dekat sebulan Wonwoo berpindah kelas 3-1.Eunwoo kurang kenal si Wonwoo ni,sebab dia jenis pendiam dan bukanlah jenis yang suka cakap dengan  perempuan.

Lagipun,Wonwoo juga bukanlah seperti budak lelaki yang lain yang suka meminjam kerja sekolah daripada Eunwoo.

Sabo jelah.

"Kau kenapa Eunwoo? Duk usha si Wonwoo tu.Dah macam ada lubang kat badan Wonwoo tu sebab kau duk usha dia." Kyulkyung menampar bahu Eunwoo.Eunwoo terlompat kebelakang sedikit kerana terkejut.

"Tak.Tadi,buku aku jatuh.Dia tolong ambilkan.Mula-mula aku ingat siapa,rupanya Wonwoo." Eunwoo memberikan penerangan.

"Ohh.Eunwoo,balik sekejap lagi boleh tak kita bersembilan pergi buat study group dekat rumah kau?" Minkyeong berkata sambil melihat Eunwoo.Mereka yang lain (ahli pristin yg lain.) turut melihat Eunwoo bagaikan meminta belas kasihan.

"Boleh.Tapi,aku takut adik aku angkat geng dia pastu diorang bising kat rumah aku harini." Eunwoo menjawab acuh tak acuh.

"Takpa.Diorang ada tujuh.Kita ada sepuluh,jangan risau!" Siyeon berkata sambil mengemgam penumbuknya.

"Ok,set umah aku!"

"Ok!"


Eunwoo masih tidak boleh melarikan pandangannya dari lelaki yang bernama Wonwoo.Lelaki itu mencuri pandangannya  sejak tadi.

Kenapalah aku rasa yang Wonwoo ni seorang yang pelik?

Perkataan itulah yang bermain-main dibenak fikiran Eunwoo sejak peristiwa tadi berlaku.

"LEE EUNWOO!" Eunwoo berdiri tegak seperti sedang menyanyikan lagu kebangsaan pada setiap hari isnin.

"Jawab soalan no.7 sekarang!" Kata En.Ahn tegas.Eunwoo melihat soalan tersebut.Dia menelan air liurnya.

"Tak boleh jawab?! Pergi berdiri dekat luar!" Eunwoo terus pergi keluar kelas  lalu mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Terpaksa lah dia berbuat sebegitu selama 30 minit lagi.
X﹏X


"Eunwoo dah balik!" Eunwoo melangkah masuk kedalam rumahnya diikuti dengan mereka bersembilan.

"Eunwoo bawa tetamu!" Tiada sahutan.Mungkin,mereka belum balik dari Kolej.

"Korang duduklah dulu.Aku nak buat air." Eunwoo menjemput rakan-rakannya duduk.

"Lahh,rajinnya Eunwoo~~" Sungyeon mengusik Eunwoo.Mereka yang lain hanya ketawa melihat muka Eunwoo yang pelik.

Eunwoo terus menjejakkan kaki kedalam dapur.Dia membuat air oren.Siap nyanyi lagu Fly lagi.


"Eunwoo,sedapnya nyanyi~~" Eunwoo melangkah keluar dari dapur sambil menatang sedulang yang berisi sejag air.

"Eunwoo,kau tahu tak kalau kau nyanyi dekat dapur nanti dapat laki tua." Kyungwon bersuara membuatkan Eunwoo memakai semula muka peliknya yang femes.

"Tapi,kalau laki tu tua sehari dari aku kira tua jugakan?" Mereka yang lain ketawa mendengar kenyataan Eunwoo.

"Fuhhh,akhirnya siap jugak!" Yewon berkata seorang diri setelah menghabiskan latihan matematik.

"Seronok lah tu?" Minkyeong tergelak kecil melihat gelagat Yewon.

"Korang aku nak tanya sesuatu." Eunwoo bersuara setelah habis menuang air kedalam gelas.

"Apa?" Jawab mereka bersembilan serentak .

"Wonwoo tu perangai dia macam mana?" Serentak dengan itu mereka bersembilan memandang Eunwoo.

" Entah,aku tak pernah dengar dia cakap.Nak pandang muka pun lagi lah tak." Yebin berkata sambil menyuap keropok kedalam mulutnya.

"Sungyeon?" Eunwoo berpaling kearah Sungyeon yang sedang sibuk menyimpan barang-barangnya.

"Aku pernah dengar khabar angin yang mengatakan bahawa Wonwoo tu pernah bercinta dengan si Sejeong aka budak kelas kita punya Queenka."

"Kau tipu,takkanlah orang yang pendiam macam Wonwoo tu boleh bercinta dengan si Sejeong tu." Bidas Siyeon dengan nada curiga.

"Wonwoo ada rupa,jadi tak mustahil dia boleh bercinta dengan Sejeong." Minkyeong berkata sambil melihat mereka bersembilan.

"Well,Wonwoo nampak macam nerd.Lagi-lagi bila pakai spek bulat dia tu." Kyungwon membuka mulut.

"Tapi hensem~~" Sungyeon memegang pipinya.Ceh,tengah berangan lah tu.

"Macam-macam korang ni." Eunwoo menggelengkan kepalanya melihat kelakuan kawan-kawannya itu.

"Noona~~" Jisung datang kearah Eunwoo dengan senyuman.Eunwoo melihat adiknya itu dengan pandangan peliknya.Pehal budak ni?

"Jisung nak pergi keluar kejap,boleh tak?" Jisung mengurut-mengurut bahu Eunwoo.Plan Bodeknya sudah dimulakan.

" Pergilah , jangan balik lambat sangat." Eunwoo menggosok rambut adiknya.

"Kamu nak pergi keluar dengan Chenle ke?" Siyeon bertanya sambil melihat Jisung yang sedang menampar bahu Eunwoo.Eunwoo pula sedang ketawa.

"Haah,sekali dengan Haechan,Minhyung,Jeno,Jaemin dan ,Renjun.Takpalah saya pergi dulu,Bye!" Jisung berlari keluar dari rumahnya.

~~~~~

"Eunwoo,kitorang balik dulu!" Eunwoo melambai kepada mereka bersembilan.Setelah beberapa minit,Eunwoo masuk kembali kedalam rumahnya.

Dia pergi kebilik nya lalu duduk dimeja belajar.Eunwoo menongkat dagunya sambil menulis sesuatu didalam diarinya.

Wonwoo,aku akan siasat pasal kau!

Chap 4 done !

Slight CrushWhere stories live. Discover now