Part 1

312 52 7
                                    

Dance Room

Bunyi rentak muzik lagu 'Fiction ' bergema. Kelihatan ada dua figura lelaki dan perempuan didalam bilik tersebut.

Si lelaki menutup muzik, pantas dia bergerak ke arah perempuan itu. "Yahh, jihyo -ahh... Salah tu, kaki tu kena .........." kata lelaki tersebut. Dia menerangkan langkah langkah tarian 'Fiction' pada Jihyo.

"Yah, doo joon pabo! Dah berapa kali dah kau bebel kat aku. Bingit tahu? " kata jihyo, tidak lupa tangannya untuk mendarat dikepala Doo Joon. Geramnya tidak terkata!Mulut lelaki itu, tidak habis habis membising, naik bernanah telinga Jihyo dibuatnya.

"Kau ni lembab Ah! Sini, biar aku menari sekali ngan kau! Jgn lupa, tengok langkah aku menari camne. " marah Doo Joon. Tetapi suara itu seperti tidak marah. Jihyo tersengih.

Doo Joon menggeleng, dia bergerak kearah radio yg disediakan dalam bilik menari tersebut.

Mereka mula menari, akhirnya langkah jihyo mulai betul. Doo Joon dan Jihyo terus menari. Dalam hati jihyo, mulai menjerit keriangan. Doo Joon tersenyum.

Habis saja menari, Jihyo segera mengelap peluhnya yg mula bermanik didahi. Dia segera duduk dibangku yg disediakan. Doo joon yang baru saja selesai menutup radio, segera ke begnya. Dia mengambil dua buah botol plastik yg berisi air. Memang dah stand by awal awal dah.

Terkejut Jihyo apabila ada botol air diacu kearah nya. Dia memandang Doo joon, tetapi tangannya mencapai juga botol air tersebut. "Thanks! "Doo Joon tersenyum. Dia mengambil tempat disebelah Jihyo.

"Bagus Ah kau tadi.. Tapikan,.. " jihyo yg mula mula kembang tadi, terus kecut sambil memandang Doo Joon. "Tapi apa? " mata dibesarkan. "Tapi.. Kau ni manja doh! " Doo Joon mengeluh.

"Yahh! Pabo lah kau. Apa yg manja nya?" Jihyo mengetap bibir. "Yelah, asyik nak aku je suapkan. "Doo Joon tersenyum. Jatuh terus rahang bawah Jihyo dibuatnya. Manja? "Yahh.. Tutup laa mulut tu, lalat masuk nanti." doo joon menjeling.

"Manja apa kau? " kini giliran Jihyo pula menjeling. Doo joon masih kekal tersenyum. "Yelaa.. Kalau kau menari sendiri, asyik asyik salah step. See? Aku menari ngan kau.. Terus perfect step kau!" Jihyo menggigit bibir. Geram pula dia rasa sekarang ni.

Cubitan demi cubitan hinggap di badan Doo Joon. Menjerit kecil lelaki itu dibuatnya. "Yah yah stop la! Sakit doh. Kau tu dah lah cubit cam ketam." rengek Doo Joon. Jihyo berhenti, kesian pulak dia pada lelaki itu.

"Jihyo ahhh.. Aku ada benda nak bagitahu kau ni. Aku harap kau boleh hadam apa yang aku cakap." Doo Joon mulai serius. Tak tahu kenapa, hati jihyo berasa tidak sedap hati. Walaupun Doo Joon tidak mengutarakan lagi percakapannya.

"Jihyo ahhh.. Aku.." Doo Joon menunduk. Sukar untuk dia bagitahu pada Jihyo kebenaran yang mungkin melukakan hati gadis itu. Gadis yang pernah menawan hatinya! Gadis yang pernah dia cintai! 

"Aku???" Jihyo memberanikan dirinya untuk memandang mata Doo Joon. Demi mendapatkan kepastian yang membuat hatinya tak sedap.

"Aku... " Doo Joon menelan air liur. Jihyo mengetap bibir. "Kau ni kan! Aku apa?! Hesy.. Ni yang aku pantang ni, cakap tak pernah nak lengkap!" marah Jihyo.

"Jihyo ahhh.. Mungkin hari ini, saat ni.. Kali terakhir kita jumpa." Jihyo terkelu. Kenyataan apa kah ini? Amat memeritkan. Matanya mulai berkaca. Kelihatan,  Doo Joon pun begitu juga. Tapi dia gagahkan diri untuk kuat dihadapan Jihyo. Tak macho lah, nangis depan crush!

"A.. Apa.. Kau cakap ni!" suara jihyo naik satu oktaf. Mungkin hidungnya saat ini memerah! "Aku akan pergi ke Australia, Jihyo." Doo Joon menatap mata jihyo. Namun, segera jihyo berpaling.

"Bila? " Jihyo berkata tanpa menatap wajah Doo Joon. Saat itu, hanya tuhan saja yang tahu. Betapa kejam nya dunia! Betapa seksanya hati ini untuk menghadam kata kata yang melukai hati.

"Esok hyo." Jihyo menggigit bibir. "Aku balik dulu lah, ada hal nak kena settle." Doo Joon menyambung kata katanya. Jihyo tak berkata apa apa. Masih lagi terkedu.

Sesampai saja doo Joon dihadapan pintu, Jihyo memberanikan diri untuk bersuara. "Esok! 8 pagi jumpa aku, kat tasik. Sharp." Doo Joon segera memulas daun pintu selepas sahaja mendengar kata kata Jihyo.

Jihyo jatuh terduduk. Dia memeluk lutut, tersedu sedan Jihyo menangis. Ya, dia ada perasaan pada lelaki itu. Lelaki itu la kawannya, rakannya dan sahabat nya. Yang selalu ada disisi nya saat susah dan senang. Esok, dia pasti akan kehilangan lelaki itu. Lelaki yang baginya 'satu dalam sejuta!'

Selepas puas, dia bangun dan mengambil beg sandang nya dan bergerak keluar dari bilik menari. Bilik yang penuh kenangan nya bersama lelaki itu. Lelaki yang mengambil jurusan muzik itu.

____

Rambut yang panjang mengurai itu dibiarkan. Sisa air mata yang tersisa itu ditepis kasar. Dia berjalan tanpa melihat kiri dan kanan, membuatkan Jihyo akan menerima padah.

Pinnnnnnnnnn

Jihyo tersentak. Dia melihat kanan jalannya, terdapat kereta pandu laju yang hampir mendekati nya. Terasa seakan kaki nya dipaku. Mata ditutup, mungkin kah ini petanda yang nyawanya akan melayang? Jika ya, aku pasrah!

Jihyo hanya sempat mendengar suara lantang yang menjerit ke arah nya saja
"Weiiiiiii.. Jaga jagaaa! "

sebelum kereta itu......

----------

Pheww! Agaknya, apa yang akan jadi kat Jihyo eh? Dan suara siapa yang menjerit kat Jihyo tadi? Hurmmmm...  Kena laa tunggu part 2 nanti.

Harap part ni memuaskan. Sorry tau, kalau kalau part ni membosankan korang, tak tahu nak wat ayat dramatis ni 😂😂 tapi takpe. Aiii akan perbaiki.. Hehe

Jangan lupa vote and comment tau.

Yah, Ahjussi.. Nado Saranghae! (Slow Update)Where stories live. Discover now