part 4

186 43 2
                                    

Selepas saja makanan yang dipesan tiba, Jihyo tidak terus makan, tetapi hanya minum jus epal miliknya dahulu baru lah makan. Haus! Tambah lagi panas hati dengan pak cik ni. Tak habis habis nak menyindir!

Hyung sik hanya membiar kan saja perbuatan Jihyo itu. Waste my time. Lasagnia yang dipesan dihadamnya. Erm! Lazatnya tak terkata 😝

Terperasankan sesuatu yang tak kena, matanya terus tertancap pada Jihyo yang terkial kial mahu potong dada ayam 'chicken chop' itu. Kejap garfu jatuh, kejap sayuran yang menghiasi ditepi pinggan itu terkeluar dari pinggan.

Hyung Sik menggeleng. Lasagnia miliknya ditolak tepi sebelum mengambil pinggan milik Jihyo. Mahu tolong lah katakan. Kesian! Jihyo yang pada mulanya terkejut hanya membiarkan.

"Dah tahu diri tu tak mampu nak potong, lain kali jangan order! Tak pasal pasal menyusahkan orang. Tak feel betul aku nak menikmati syurga aku."

Jihyo mencebik. Tolong tak ikhlas baik tak payah! "Kalau dah tahu menyusahkan, kenapa tolong jugak?" pandangan sinis diberikan. Geram betul! 

Hyung Sik hanya diam. Baik diam dari terus balas, budak ni kalau dah cakap memang taknak kalah! Pinggan chicken chop yang dah siap dipotong diberikan balik pada Jihyo. Jihyo tersengih.

"Terima kasih."

Tiba tiba, mata Jihyo tertancap pada mushroom soup Hyung Sik. "Mushroom soup kat cafe ni sedap ke?" bibir dikemam menahan nafsu untuk makan.

"Sedap tak terkata. Bila makan tak cukup tau!" sengaja Hyung Sik menambah perisa dalam kata katanya itu. Tahu sangat gadis itu mahukan mushroom soup miliknya.

"Nak rasa." mata bundar Jihyo dibiarkan lagi bulat. Pipi dikembungkan. Sengaja mahu buat aegyo. Matanya dari tadi memandang mushroom soup itu. Kasihan! Itu yang Hyung Sik rasa. Dia mengeluh. Lahai..

"Rasalah sikit. Jangan sampai habiskan sudah." Baru saja hyung sik mahu mengambil lasagnia dia. Dia perasan bahawa ada mata memandang. Pandangan nya memandang kembali kearah Jihyo.

"Kau ni.. Ambil laa! Nape pandang aku pulak?" kening di kerutkan.

"Tangan kanan saya kan terseliuh.. Macam mana nak makan." hyung sik mengeluh. Soalan apakah ini?

"So? Gunalah tangan kiri, apa susah?" Jihyo mengetap bibir. Kekadang malu pula

"Kekok" hyung sik mengeluh lagi. Adoi Minah ni! Perlahan lahan, tangan nya mencapai sudu teh dan menyuakan mushroom soup itu pada Jihyo. Jihyo membuka mulut dan mula makan mushroom soup yang berada disudu itu.

"Emm.. Dap err! Nak lagi." dikelip kelip kan matanya berulangkali. Tindakan yang berani 👍. "Last eh?!" nak tak nak, terpaksa lah hyung sik suapkan Jihyo mushroom soup buat kali kedua.

Baru saja Jihyo mahu membalas, hyung sik terlebih dahulu mencelah. "Makan makanan kau, then kita balik." Jihyo mencebik. Kedekut!

Mereka pun mula makan dengan tenang setenang tenangnya selepas adegan berani Jihyo berlangsung.

-----

Sesampai saja di tasik Jihyo segera duduk di bangku yang disediakan. Dia mengeluh perlahan. Peritnya hari ini dia rasakan. Persoalan nya.

Yah, Ahjussi.. Nado Saranghae! (Slow Update)Место, где живут истории. Откройте их для себя