CH : 10

316 63 6
                                    

K I M ' S

"IT'S NOT A DATE, I JUST WANT TO WAKE HIM UP FROM HIS SLEEP"

+++

"Dah,kau tak payah nak hormat bagai. Cepat buat sebelum aku malas nak tolong kau"

Kata Taehyung duduk dikerusi. Menunggu barang yang ingin Jihyo ambil.

"Gomawoyo Tae oppa ⊙▽⊙"

Jihyo terjerit suka lalu cepat-cepat ditekup mulutnya kemas. Tiba-tiba terasa malu pulak dengan Taehyung.

Taehyung mengerling ke Jihyo lalu menggelengkan kepalanya. Teruja betul gadis itu sampaikan nama gelaran Taehyung disebut oppa.

Tapi memang patut pun (ー_ー゛) kau kan lagi tua dari dia dalam cerita ni Taehyung.

"Urm Tae sunbae.. Tolong Hyo ambilkan telur dan butter dekat peti sejuk tu nae"

Belakang tengkuknya diusap. Wajah Taehyung juga dilihat malu-malu. Kenapalah dia teruja sangat tadi. Tak pasal-pasal dia dah terlepas cakap.

Taehyung menganggukkan kepalanya perlahan.

"Yelah aku ambilkan dan kau ingat ye Jihyo, jangan sesekali kau panggil aku oppa. Aku rimas"

Taehyung terus melulu ke peti sejuk untuk mengambil barang yang diminta oleh Jihyo. Jihyo pula tertunduk. Bukan dia sengaja panggil lelaki itu oppa tadi.

"Saya terlepas cakaplah sunbae. Saya cuma rindu Joongki oppa je hmm"

Hujung bajunya dipintal-pintal. Kenapalah Taehyung ni dingin sangat dengan dia?

Taehyung yang membelakangi gadis itu tersenyum kecil. Siapa sangka sifat gadis itu telah membuatkan dia kembali tersenyum. Sangat berbeza dengan sifatnya yang sebelum ini.

"Kau rindu oppa kau atau kau sengaja nak panggil aku oppa?"

Taehyung berpusing menghadap Jihyo. Telur dan butter yang diambil dari peti sejuk diletakkan diatas meja.

Wajah poker face dilemparkan ke Jihyo. Semakin gugup Jihyo dibuatnya.

"Anio... Sunbae ni merepek je"

Jihyo memusingkan badan menghadap almari dan mengambil perkakas dan bahan untuk membuat biskut coklat.

Dengusan Taehyung didengari. Jihyo pura-pura tidak mendengarnya. Lelaki itu betul-betul tidak boleh diajak bergurau. Bengis sepanjang masa.

"Ok sunbae, Jom kita buat"

Barang yang diambil diletakkan diatas meja. Lalu dia memulakan proses membuat biskut coklat.

Jihyo memasukkan butter,telur,sedikit yis dan sedikit esen vanilla lalu digaul adunan itu. Taehyung pula hanya memandangnya kosong.

Separuh dari tepung dan tidak lupa juga coklat cip yang dihancurkan dimasukkan dalam adunan lalu dia menggaul lagi sehingga semuanya sebati.

Taehyung? Dia tengok jelah. Lagipun bukan dia tahu nak buat cookies ni. Sibuk sangat dengar lagu dari headphonenya sampai sikit pun takde rasa nak tolong Jihyo.

Adunan yang digaul sudah sebati. Tinggal mencetak dan membakarnya sahaja yang tinggal.

"Tae sunbae. Boleh tolong cetakkan biskut ni?"

Jihyo melihat Taehyung yang sedang leka mendengar lagu. Headphone lelaki itu ditarik perlahan. Nampak biadap perbuatannya tetapi dia terpaksa.

Lantaklah Taehyung nak marah dia ke apa. Bukan dia tak selalu kena marah dengan Taehyung.

COLD HEART S1+S2 | 김태형 Where stories live. Discover now