+26

268 45 6
                                    

K I M ' S

"I HATE TO SAY IT BUT.. PROBABLY THIS IS THE RIGHT TIME FOR ME TO LEAVE.. I'M SORRY"

+++

Song Jihyo pov


Masa betul-betul berlalu dengan pantas. Aku harap semua ni hanya mimpi tapi...Tak sangka ia memang realiti.

Aku perlu pergi lepas ni, tinggalkan semua kenangan manis dekat sini.. Kim Taehyung,Park Jimin dan Kim Jisoo dan semuanya.

Aku..

Hanya mampu menulis sekeping surat bagi menyatakan perasaan aku pada mereka semua.. Harap mereka tak membenci aku lepas ni :')

[안녕 친구야...]

Terima kasih kerana sentiasa ada disisi aku, dengar tangisan aku,Semuanya...

"Oi Dongsaeng yang tersayang!
Jom gerak"

Laung Joongki menghentikan lamunan aku..

Aku memandang surat ini buat kali yang terakhir..

Sayu,kecewa,semuanya bercampur baur..

Untuk kali yang terakhir...

Selamat tinggal kawan...

🥞🥞🥞

Kereta yang sudah bergerak membahagi jalan mengatur ke suatu destinasi. Sempat lagi mereka singgah ke kafe dimana permulaan perkenalan diantara Jihyo dengan dua orang senior itu.

Jihyo tersenyum kecil melihat sekeliling kafe, terlintas suasana dimana berlakunya pertemuan pertama diantara dia dan mereka.

"Ya,boleh saya bantu?"

Tanya pemilik kafe tersebut, pelik melihat gadis itu tersenyum sendiri.

"Saya nak minta tolong ajumma sampaikan surat ini kepada Kim Taehyung kalau dia ada datang kesini. Maafkan saya kalau menyusahkan ajumma"

Tutur Jihyo sopan membuatkan wanita tua itu tersenyum. Dia memang kenal masak nama lelaki yang disebut oleh Jihyo itu.

Surat bertukar tangan.

"Baiklah.. Nanti ajumma sampaikan pada dia"

"Ahh kamsahamnida ajumma"

Jihyo tersenyum menampakkan gigi putihnya.

"Takpe lah sayang bukan susah pun"

"Kalau macam tu saya pergi dulu ye ajumma.. Gomawo sekali lagi"

"Nae,hati-hati"

Jihyo beransur keluar dari kafe dan memasuki kereta Joongki. Kereta lelaki itu kemudiannya meluncur laju meninggalkan kawasan tersebut.

COLD HEART S1+S2 | 김태형 Where stories live. Discover now