Dikira-kira rupanya dah sebulan Rizwan dah jadi kawan dia. Kalau tak sebelum ni sekadar acquaintance je. "Woi Bakar, kau kira-kira hari ni macam budak pompuan baru nak kapel. " Bakar menegur dirinya. "Nanti bila laki tu tak tegur, kau merengek ala-ala pompuan putus cinta."
Sambil menunggu pelanggan, Bakar membuka fonnya. Penuh inbox whatsapp dia. Dia membuka group kawan sekolah menengah dia. Ramai send gambar berunsurkan jenaka untuk menyambut hari 'April Fools'.
Baru Bakar sedar hari ni 1 April. Dia ni bukan nak ingat sangat sambutan omputih, tapi mother's dan father's day boleh lagi dia hafal.
Dan ada jugak yang hantar video-video orang mengprankkan orang. Kesian betul. Yang paling dia tak suka, kalangan kawan-kawan yang hantar video nak prank orang. Seperti contoh, video cari perbezaan antara dua gambar. Lepastu, keluarlah animasi 'hantu' menjerit yang menyeramkan. Baru je tadi dia terkena, nak luluh jantung dibuatnya.
Tak sedar pulak time dia menjerit, ada budak-budak tengah berkumpul depan dia nak order burger. Diorang tersengih-sengih je.
Kerana dek malu, dia terpaksa cepat-cepat cover-line. "Hah, adik nak apa?" Bakar berkata dengan senyuman.
YOU ARE READING
PRANK - (Ejen Ali Fanfiction) [UNTUK PEMBACA MATANG]
FanfictionSiapa tak kenal ejen yang paling terbaik dan juga tak beremosi, - Ejen Rizwan? Sejak Bakar mula-mula mengenali Rizwan, dia juga tidak berapa nak berinteraksi dengan lelaki itu. Tetapi, Bakar faham yang lelaki tu jadi macam tu bukan tanpa sebab. Ak...