Bab 1

3.7K 42 1
                                    

ZITA berjalan ala-ala catwalk dengan penuh yakin. Cara berpakaiannya over the top. Dengan topi besarnya, fashionistalah kononnya. Tapi hampeh, nampak out of date.

Orang ramai yang lalu-lalang terus memandang Zita, namun Zita buat tidak tahu saja. Lantaklah. Nak pandang ke, nak apa ke tu mereka punya pasal. Zita tak mahu tahu tentang tu.

"Tahu tak, apa tiga perkara yang paling aku benci sekali dalam hidup aku?" Zita mula bercakap sendirian.

"Aku paling rimas bila terlalu mendapat perhatian orang ramai..." Zita senyum sendirian. Perasan sendiri.

Zita terus melangkah. Kemudian dia membelok ke satu simpang jalan dengan penuh vogue sambil mengeluarkan kipas lipat dari beg tangannya dan mengipas-ngipas dirinya.

"Kedua, perkara paling aku tak suka. Tak suka tahap maskara tak water proof ialah, panas. Aku memang tak tahan panas!" Zita separuh menjerit.

"Dan ketiga, perkara aku paling tak suka dalam hidup aku ialah yang ada kena-mengena dengan nombor dua, ialah... Lasss Vegas." Zita pun sendiri tidak tahu macam mana dia boleh setuju untuk bercuti ke Las Vegas. Sedangkan dia paling tak suka Las Vegas. Banyak cerita sedih tentang Las Vegas. Antaranya, cinta yang tidak kesampaian.

"Woi, dugong! Nak menipu pun, tengok timelah. Dah pukul berapa sekarang?" Fina yang muncul tiba-tiba menjerit. Geram betul dia melihat gelagat Zita dari tadi.

"Woi, firaun nista! Kacau daun betullah. Aku baru nak feeling-feeling. Yang kau mencelah dari planet Pluto ni apa hal, bhai?" Zita menjawab. Geram betul bila ada saja yang mengganggu ketika dia baru saja mahu melayan perasaan.

"Cuba kau tengok handset Silent mod kau tu. Dah berjuta-juta WhatsApp orang hantar, boleh lagi kau dugongwalk kat sini. Kita orang dah tak larat nak layan jejantan kat sini yang dah penuh kelaparan!" marah Fina.

Dengan tergesa-gesa, Zita kalut mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangannya. Dia terus melihat WhatsApp. Fuh! Terkejut gila dia melihat WhatsApp.

"Sorry, sorry." Kelam-kabut dia menyimpan semula telefon bimbitnya. Dia terus bergegas berlari untuk ke tempat seorang lagi rakannya yang sedang menemuduga lelaki-lelaki yang kononnya mahu dijadikan kekasih sementara mereka.

Dengan tidak semena-mena Zita jatuh tertiarap. Fina gagal mengawal perasaannya. Benar-benar seperti melihat dugong sedang jatuh tertiarap.

"Ladies and gentleman. Ini ada satu pengumuman daripada 'Majlis Perbandaran Las Vegas.' Seekor tenuk Malaysia telah bebas dari Zoo Las Vegas dan kini sedang mengganas di Las Vegas Boulevard." Fina mengajuk cakap mat salih berbahasa Melayu.

Zita menjeling tajam.

"Kejap dugong, kejap tenuk. Tak konsisten langsung! Itu pun ada hati nak kutuk orang." Zita membalas. Nak marah pun tak jadi.

Kedua-duanya menghampiri meja di mana Zaraa sedang duduk. Seorang lagi sahabat baik mereka.

"Apakah tiga perkara yang paling aku benci dalam dunia ni? Oh, tidak... Aku tidak ada apa-apa kebencian kerana setiap yang hadir dalam hidup aku, semuanya itu aku anggap anugerah." Tenang saja Zaraa berkata-kata.

"Tapi ada tiga perkara yang paling aku enjoy dalam hidup aku. Pertama, aku suka menjadi diri aku sendiri yang sebenar-benarnya."

Zaraa mula terbayangkan kalau dirinya sudah menjadi supermodel yang terkenal.

"Perkara kedua yang paling aku suka dalam hidup aku, kerjaya aku. You know, my career as a supermodel and superstar..." Ah! Seronoknya Zaraa berangan. Berangan tak kena bayar satu sen. Beranganlah nak jadi apa pun, tak ada siapa yang larang selagi tak kacau orang.

MR. DELICIOUS (ADAPTASI DARIPADA DRAMA)Where stories live. Discover now