Bab 10

496 11 0
                                    

MALAM itu sengaja Fina ajak Zaraa lepak di salah sebuah kelab malam. Sambil berbual dan bergosip, mata Fina mencari-cari seorang lelaki di sekitar kelab malam.

"Aku fikir-fikir balik, aku rasa Si Zita tu memang tengah try Aiman. Aku tahu kita memang dah janji, tapi demi Mr. Delicious, potong jarilah kalau Si Zita tu tak sanggup mungkir janji. Eh Fina, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Zaraa bercakap dengan laju namun langsung tidak diendahkan.

Fina nampak seseorang yang menyerupai lelaki yang dia cari baru saja melintas. Spontan, dia mencapai tangan lelaki itu. Lelaki itu menoleh. Bukan lelaki yang dia cari.

"Maaf," pohon Fina kerana dia tersalah orang.

"Patutlah ajak aku datang sini. Itulah, jual terlebih mahal sangat hari tu. Kan hari ni dah tercari-cari." Zaraa tidak menyangka tujuan Fina mengajak dia lepak di kelab malam hanya semata-mata untuk mencari lelaki yang mereka jumpa beberapa malam yang lepas. Malam tu bukan main lagi Fina jual mahal. Hari ni tercari-cari pula.

Fina tak layan. Dalam dia tercari-cari, Zita muncul. Zaraa terkejut, terus mencebik ke tepi.

"Zaraa, sebenarnya aku ajak kau datang sini pasal inilah. Sampai bila kau nak bermasam muka dengan Zita?" jelas Fina. Dia hanya melihat sahabat baiknya silih berganti.

"Macam budak-budak!" katanya lagi.

"Okey. Fine. Aku boleh maafkan dia kalau dia mengaku yang dia tengah try Aiman di belakang kita." Zaraa sengaja kenakan Zita.

Zita malas nak bertekak. Suka hatilah. Bukan dia tak kenal Zaraa. Lawan pun tak guna. Buat penat mulut bercakap.

Dalam keriuhan kelab malam, muncul pemuda yang mereka temui beberapa malam lepas.

"Eh, Ali? Macam mana kau boleh ada dekat sini? Kata dah tak nak datang lagi club macam ni..." Fina menyoal dengan rasa tidak percaya.

"Saya datang sebab temankan girlfriend." Selamba saja Ali menjawab.

"Mana girlfriend kau?" soal Zaraa, ingin tahu.

Ali memeluk sebelah tangan Zita tanpa segan silu membuatkan Zaraa dan Fina terkejut besar. Benar-benar mereka berdua tidak percaya.

"Sayang, I nak menari dulu, boleh?" bisik Ali perlahan. Fina dan Zaraa buat gaya hendak muntah.

"Sayang?" soal Fina pula. Zita senyum tak sudah.

Zita, Zaraa dan Fina terus bersembang sambil memandang ke arah Ali. Ali sedang menari seorang diri di tempat menari. Ali buat banyak gaya breakdance yang agak ketinggalan zaman.

"Aku tak boleh nak percayalah. Spesies macam ni pun kau boleh bagi peluang?" Zaraa tergeleng. Tidak sangka betul. Dia baru nak syak Zita ada apa-apa dengan Aiman.

"Spesies macam kau pun ada hati nak kutuk orang? Sekurang-kurangnya, Ali practice menari ni sebab dia kata, dia nak biasakan diri datang ke kelab sebab kita semua suka datang lepak di sini," balas Zita.

"Baik betul niat dia," balas Fina.

"Alah, kau pun jangan ingat aku tak tahu niat kau. Bodek-bodek Ali, lepas tu nak suruh Ali bawa Ean kat sini," tempelak Zaraa.

"Eh, pleaselah." Fina mencebik.

"Tapi, Ali memang ada beritahu aku tentang Si Ean tu. Dia kata Ean tu playboy. Bukan senang dia nak minat betul-betul pada seorang perempuan." Zaraa pula pecah rahsia.

"Itu sebab dia belum jumpa aku lagi." Angkuh saja Fina berkata-kata.

"Okey, Fina. Aku cabar kau. Kalau kau mengurat dia sampai dia sanggup ucapkan I love you di depan kita orang semua. Aku akan botakkan kepala aku." Zaraa tawar diri.

"Tak payahlah. Ada rambut pun, aku dah tak kuasa nak layani. Dah botak nanti, entah saka toyol apa pula yang akan keluar dari perangai kau."

Zita ketawa dengan kuat.

"Okey. Fine. Aku akan kemaskan katil kau sebulan." Zaraa pula menambah.

"Deal! Kau pula Zita?" Fina pandang Zita.

"Aku akan cuci laundry kau untuk sebulan."

"Deal." Fina membalas dengan angkuh.

"Jangan setakat deal mulut aje. Kau dah kena mulakan kerja kau sekarang. Lelaki pujaan kau tu dah sampai." Zita tunjuk ke arah lelaki yang baru sampai.

Fina menoleh. Memang itulah lelaki yang seringkali mengganggu fikirannya sejak dua tiga hari ini. Lelaki berkulit putih melepak dan tinggi lampai itu nampak sangat segak.

"Woman, show us what you got babe," Fina bangun dan berjalan dengan yakin mendekati Ean.

"Hai," sapa Ean sebaik sahaja Fina menghampirinya.

"Hai. I seorang yang straight to the point. Betul you sukakan I?" Terus Fina bertanya.

Ean angguk.

"Apa yang membuatkan you sukakan I?"

"I got no asnwer for that. Tapi, you know what. Demi you, I sanggup risikokan semuanya, termasuk perkahwinan I," balas Ean selamba.

"I bukan budak belasan tahunlah, Ean. Tak payah kut nak main-main." Seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Sebelum ini dia berkawan dengan suami orang dan sekarang juga?

Seorang gadis berpakaian seksi berjalan menghampiri mereka berdua. Dia peluk sebelah tangan Ean dengan erat. Di belakang, Zaraa dan Zita turut terkejut, dan masing-masing ingin tahu siapa perempuan itu.

"Reen, Fina. Fina, Reen." Selamba saja Ean memperkenalkan antara satu sama lain.

Fina rasa gementar. Namun dia hulurkan juga tangan. Reen memandang ke arah Fina dengan penuh syak.

"Fina tahu ke kita akan kahwin hujung tahun ni?" Manja saja suara Reen. Tangan Ean masih dia pegang dengan erat.

Perasaan Fina tercalar. Sia-sia dia menaruh harapan. Benar-benar dia kecewa dengan apa yang berlaku. Malam tu, bukan main Ean menggodanya. Ah! Dasar lelaki. Semuanya sama saja!

"I baru aje beritahu dia tadi. Tak gitu, Fina?" Ean tersenyum puas. Langsung tidak menunjukkan reaksi apa-apa.

Fina pula nampak terkejut tapi dia angguk juga. Cuba untuk tidak menunjukkan sebarang reaksi yang boleh mengundang curiga buat Ean.

"Okeylah. Korang enjoy. I nak join member I semula." Fina terus saja tinggalkan kedua-duanya dan bergerak semula ke meja Zaraa dan Zita.

"Apa kes?" Zaraa masih tak lepas melihat gadis yang sedang menari dengan Ean. Meluat dia tengok. Gedik sungguh.

"Bakal isteri Ean."

"Hah?" Terkejut Zaraa dan Zita.

"Haah. Dah nak kahwin tak lama lagi." Wajah Fina menampakkan yang dia terlalu kecewa.

"Apalah nasib kau ni Fina. Tak mati, laki orang pula." Zita juga tergeleng. Memang Fina nampaknya tidak bernasib baik dengan lelaki. Ada saja masalahnya.

"Dah nasib aku nak buat macam mana, kan..."

"Tak apa, kau masih muda. Enjoylah dulu. Jangan terdesak sangat fikir pasal lelaki." Zita tepuk perlahan bahu Fina.

"Tapi, kan. Aku macam curiga saja dengan lelaki ni. Selalunya mana ada lelaki yang mahu berterus terang macam tu sekali. Siap bawa bakal tunang lagi. Entah-entah..." Zaraa perhatikan saja lagak Ean. Sangat mencurigakan. Lebih-lebih lagi bila melihat Ean asyik menjeling ke arah mereka. Seolah-olah ada yang tidak kena.

"Ah! Lantaklah. Aku tak mahu ambil tahu. Jom kita balik," ajak Fina.

"Jomlah sebelum mamat tu sedar. Aku pun malas nak layan sangat." Zita pandang Ali yang masih lagi ligat menari.

"Dah macam bomoh menurun pun ya aku tengok Si Ali ni. Macam-macam betul. Punya nak ambil hati kau sanggup buat macam tu." Zaraa ketawa. Dia turut sama perhatikan Ali.

"Dia dengan Nayan memang padan." Fina yang rasa kecewa gagal juga menahan ketawa melihat gelagat Ali menari.

"Jom cepat, sebelum dia nampak kita." Zita cepat-cepat atur langkah. Zaraa dan Fina ikut dari belakang. Tapi sempat juga Fina menoleh ke arah Ean yang masih menari bersama Reen. Sakit betul hati Fina. 

MR. DELICIOUS (ADAPTASI DARIPADA DRAMA)Where stories live. Discover now