Bab 5

680 17 0
                                    

Las Vegas hari ini.

Hari itu, mereka bertiga mengambil keputusan untuk keluar membeli-belah di salah sebuah butik yang terkemuka di Las Vegas.

Zita sedang memilih sehelai pakaian yang menarik perhatiannya. Ketika dia sedang leka membelek pakaian, dia merasakan ada sesorang di situ. Seseorang yang dia kenal. Dia menoleh. Namun tiada. Ah! Perasaan dia sahaja. Zita terus membelek pakaian semula. Tiba-tiba dia menoleh ke belakang untuk melihat sama ada orang yang sedang dia fikirkan betul-betul ada di situ.

Tiada siapa-siapa melainkan mereka bertiga.

"Tak mungkin dia," kata Zita perlahan. Kembali memilih pakaian.

"Penatlah. Aku rasa aku dah nak balik KL la esok. Aku nak tukar flight," keluh Fina tiba-tiba. Sebenarnya dia benar-benar kebosanan sekarang ini. Las Vegas sudah tidak menarik lagi baginya.

"Eh, kata dah tak fikir pasal boyfriend tak guna kau tu?" Zita meneka.

"Bukan pasal dialah, tapi semakin lama, semakin boringlah tempat ni," balas Fina bersama keluhan yang menampakkan betapa bosannya dia.

"Aku pun rasa macam tu. Tempat ni macam kurang sesuatu." Zaraa juga mengeluh.

"Kurang sebab Aiman tak ada, kan?" Fina pandang wajah kedua sahabat baiknya itu. Kenapa dia juga rasa perkara yang sama?

"Mungkinlah. Aku rasa sebab dia tak ada bersama kut. Tu yang rasa bosan sangat."

"Kalaulah dia ada, kan..." Zaraa mengeluh perlahan.

"Aku nak balik hotel la. Nak rehat. Kepala dah sakit." Akhirnya Fina membuat keputusan.

"Suka hatilah. Kita orang nak shopping dulu," jawab Zita.

Fina berjalan sendirian. Mahu kembali ke hotel. Waktu itu dia benar-benar kebosanan. Tiba-tiba Riki muncul dan berdiri di hadapannya. Fina memandangnya dengan penuh terkejut. Fina ingin beredar tapi Riki menghalang sambil mencapai sebelah tangannya.

"Tunggu dulu, Fina. Please..." 


ZARAA dan Zita balik dan berjalan ke arah bilik hotel. Zaraa sedang menari dirty dancing ala-ala stripper ke arah Zita. Zita buat derk aje dan terus masuk ke dalam bilik hotel. Malas nak layan orang tak berapa cukup tu.

"Fina? Eh, mana mak hayam tu pergi?" Sebaik sahaja sampai, Zita tercari-cari Fina.

"Mungkin dia keluar makan, kut."

"Tak mungkinlah. Dia kata sakit kepala tadi. Tengok katil ni. Kemas aje. Serupa tak disentuh langsung." Zita mula cemas. Dia keluarkan telefon bimbit dan membuat panggilan. Namun panggilannya tidak berjawab.

"Dia tak jawablah." Cemas Zita semakin menjadi.

"Mana tau dia pergi tempat lain ke?"

"Cuba beritahu aku dia pergi mana? Dah la muka dia tadi serupa orang tak cukup oksigen. Memang dia tak pergi manalah. Mesti dia nak balik hotel." Keras suara Zita membuatkan Zaraa terfikir sama.

"Aku dah pesan banyak kali, jangan merayap sorang-sorang. Kalau jadi apa-apa, siapa yang susah?" Zita semakin resah.

Zaraa terdiam. Turut sama rasa cemas.

"Jom kita pergi cari dia." Zita tarik tangan Zaraa.

"Kita nak cari dia kat mana?"

"Kita cari ajelah."

Kedua-dua mereka beredar tinggalkan bilik. Mereka mencari Fina di tempat mereka berpisah tadi namun ternyata mereka gagal menemui Fina. Zita pula terus membuat panggilan kepada Fina tapi tak terjawab.

MR. DELICIOUS (ADAPTASI DARIPADA DRAMA)Where stories live. Discover now