AIW 47

92 10 0
                                        

"Le't Fight Nam Joon"

Nampaknya lelaki di hadapan dia ini sedang mencabar kesabarannya. "Jangan kau cabar aku Xiumin!! " Ya aku tidak mahu bergaduh dengan Xiumin akibat berebut Arlyna

"Why not lagipun Arlyna aku punya kau tu yang perampas!  Yang kategori perampas ni patut dihapuskan di muka bumi ini! " Xiumin tersenyum sinis pada aku.

"Huh aku perampas? Ouh perampas ni ya rampas awek kau secara kasar?  Merampas awek kau secara pukul-pukul?  Merampas awek secara menculik dan memaksa kahwin seperti drama di televisyen!  Typical drama Melayu!  Macam kau lah kan? " muka Xiumin berubah menjadi merah kemerahan akibat menahan marah dari sindiran aku.

Ade aku kesah?  Sape suruh sindir aku dulu!

"Kau memang melampau Nam Joon!!!! " Xiumin terus membaling pisau yang berada di tangannya.

Mujur aku sempat mengelak dari terkena pisau itu.

Aku menumbuk wajah Xiumin. Kesan darah terpalit di wajahnya.

Dia meludahkan air liurnya di tepi akan kesan tumbukan aku.

"Kau memang tak guna Nam Joon" Xiumin terus menumbuk di muka aku sehingga aku jatuh tersungkur di tanah.

Dia naik ke atas aku dan menumbuk wajah aku berkali-kali.

Aku menggunakan segela kekuatan aku untuk menolaknya.

Huh kau memang bodoh Xiumin

Aku terus menumbuknga di bahagian perutnya.

Dia jatuh terduduk.

Cecair berwarna merah pekat mengalir di bibirnya.

Dia terbaring di atas tanah itu.

Aku bangun dan pergi ke arah Arlyna.

"Let's go Arlyna" aku membantunya bangun dari pembaringannya.

Selepas membantu Arlyna, aku membantu membawanya pergi ke arah Van polis.

Sedang kami berjalan aku tidak sedar yang Xiumin sudah bangun dari pembaringannya.

Tanpa berlengah dia mengambil pisau yang terlekat di dinding.

Dia berlari ke arah kami berdua.

"Joon!  Hati-hati Xiumin nak tikam kau! " aku menoleh ke arah belakang.

Ya tuhan aku tak sempat mengelak kalini.

Belum sempat aku nak menarik Arlyna.

Arlyna yang terlebih dahulu melindungi aku.

Xiumin tikam tepat terkena di bahagian perutnya.

Arlyna jatuh di hadapanku.

"Chagi! " Aku meluru ke arahnya..

Kenapa mesti mimpi yang aku telah alami terjadi pada sekarang ini?!

Xiumin terus terduduk apabila melihat dia yang menikam Arlyna.

"Oh no!  Bukan aku!  Aku tak bunuh bakal isteri aku!  Argh bukan!  Maafkan aku Arlyna!! " Xiumin menangis di situ.

Pihak polis segera menangkapnya.

Aku memegang kepalanya.

"Arlyna.... Wake up! "

Matanya terbuka sedikit.  Dengan lemah dia cuba bersuara

"Jika saya pergi dahulu maafkan saya ya Nam Joon,

Maafkan saya atas segala kesalahan saya pada awak,

Maafkan saya jika saya pernah sakiti awak,

Maafkan saya...

Jika say... Sa.. Saya tidak sempat bahagiakan awak walau pun seketika...

Ma... Ma.. Maafkan sa.. Saya... Nam.. Nam.. Joon"

Dia sempat tersenyum manis padaku. Engkau masih tersenyum manis pada aku Arlyna...

Dia menutup kembali matanya

"No! You must strong Arlyna! " aku bangun dan mencempung Arlyna.

"Abang tolong saya!  Saya kena hantar nye ke hospital sekarang juga!!!! " aku masuk ke dalam kereta polis itu.

"Kau mesti kuat Arlyna...

Sebab kau adalah sumber kekuatan aku

I need you girl"

[C] Am I Wrong?✨|| 내가 잘못?  ✅Where stories live. Discover now