SPECIAL CHAPTER❤ (Part 1)

140 13 7
                                        

NAM JOON POV

7.30a.m.

Pagi-pagi lah aku sudah bangun untuk mengejutkan 2 puteri ku ini. Selepas aku mengemas katil, aku pergi ke bilik anak sulungku Haifa.

Aku melihat Haifa masih bergulung di dalam selimut itu. Aigoo~ sebijik macam aku dulu sebelum aku kahwin 😂. "Haifa bangun jangan tidur lama-lama nanti rezeki tak masuk" aku mengoncang perlahan tubuh anakku itu.

"Urmm kejap" Haifa mengeliat kecil. "Appa nak kejutkan adik kamu jangan kamu tidur balik pula" Dia mengangguk perlahan. Aku pergi pula ke bilik... Urmm ni lah anak puteri ku urmm bukan puteri ni kalau nak kejutkan dia paling payah sekali nak bangun 😂.kejut 10X pun tak nak bangun.

Aku membuka pintu bilik anakku Adifa. "Aik ke mana pula dia pergi? " Aku menggaru kepala ku yang tidak gatal. Mana tak peliknya tiba-tiba lesap macam itu sahaja.

"Appa!! " Tiba-tiba sahaja Adifa melompat atas badanku. "Allah sakitlah badan Appa ni! " Aku menggeletek badannya. "Argh! Appa geli lah " Dia bergolek-golek apabila aku mengeleteknya.

"Ni mimpi apa bangun awal? Selalu Appa belum masuk lagi kamu masih bergulung dalam selimut Pikachu tu" Dia menjelir lidah padaku apabila aku mention selimut Pikachu dia tu 😂.

"Mimpi Omma Appa" Adifa menunduk memandang lantai. Aku tersetak seketika. Adifa mimpi Arlyna?. Ya aku memang masih sedih apabila mengenangkan Arlyna. Isteri yang sudah meninggalkan aku hampir 4 tahun. Rindu di dalam hati aku ini tetap tidak akan pudar.

"Meh sini" Aku menarik Adifa ke dalam dakapan aku. "Berdoa kepada Allah semoga Omma di sana sihat dan tenang di sana" Adifa mengangguk perlahan. "Dah pergi mandi Appa nak sediakan makanan" Adifa mengangguk laju.

Aku turun pergi ke arah dapur. Sejak Arlyna pergi meninggalkan aku. Aku belajar menggunakan dapur. Yelah Isteri dah tak ada takkan aku nak beli makanan 24Jam untuk anak aku selama bertahun-tahun nanti? 😂.Lingkup duit aku woii. Sekarang aku sudah mahir menggunakan dapur. Tak macam masa first time aku guna. Ya Allah hampir terbakar dapur aku kerjakan 😂.Nasib si Jin ada walaupun selepas tu dia membebel tapi dia suka lihat aku berusaha untuk belajar menggunakan dapur ini.

"Appa" Adifa dan Haifa sudah berada di belakangku. "Ye sayang? " Aku memandang mereka berdua. Entah kenapa mereka berdua jadi bisu pula. "Kenapa ada masalah ke? Tak nak share dengan Appa? " Aku memandang mereka berdua bersilih ganti. "Ni emmm... Adifa nak tengok muka Omma Appa"

Uhuks uhuks hampir tersedak susu yang aku minum ni. "Nak tengok muka Omma Adifa? " Dia mengangguk laju. "Nak tengok muka Omma mesti omma cantikkan Appa? " Dia buat gaya manjanya. Aku berfikir seketika. 'Nak tunjuk ke? Tak tunjuk sampai mati Adifa tak tau muka Omma dia'.

"Ok sekejap je sayang" Aku menaiki anak tangga untuk mengambil laptopku. "Appa nak buat apa dengan laptop? " Aku memandang Adifa. "Nak tunjuk muka Omma kamu lah" Muka Adifa terus bersinar-sinar. Ya Allah ni perangai ikut sapa hah? 😂.

Aku buka laptop ku. Aku membuka video yang Arlyna bermain piano di studio aku. Ya lagu yang aku cipta dia yang menyanyikannya.

Tak tahu kenapa airmataku mengalir perlahan apabila mendengar baik lirik itu.

I know, I knew
I just didn't want to believe that your heart had gone cold
It hurts, it hurt
It was too painful to acknowledge it

Save me save me
It was good, we were happy
Hold my trembling hand
I'm having a hard time and you used to love me

You're not answering, Don't leave me

So baby, Don't say goodbye
Don't say it so easily
Don't say goodbye
Don't, come back, love again
I can't believe it, love again

"Appa" Haifa dan Adifa datang mendekati aku. "Jangan Nangis Appa kami kan ada" mereka berdua memelukku. Bertuahnya aku dapat 2 orang puteri yang menyayangi Ayahnya.

"Ok Appa kuat!! " Aku mengacah-acah tunjuk abs aku. "Eii Adifa Appa kita perasan lah dia ada Abs macam Uncle Chimchim" Haifa membuat muka gelinya di hadapan ku.

"Eii Haifa nak kena ni!! "

"Hehehe"

Malam itu. Semua anak-anak aku sudah masuk tidur. Sementara Aku belum nak tidur aku nak tulis Lirik lagu. "Aish! Mana earphone ni? Mesti Si Adifa yang Sorok ni" Aku mengomel seketika.

Masa nak mengambilnya. Entah macam mana aku nak mengambil earphone tiba-tiba terjatuh 1 sampul surat berwarna biru.

"Surat apa ni? "

Aku melihat nama di hadapan surat itu

Dari Arlyna Maisarah
Kepada: Suami yang tercinta 🐻

Kenapa baru sekarang ini aku terjumpa surat ni?

Aku membaca isi kandungannya. Berderau darah aku seketika.

Buat suamiku Muhammad Naufal Harris Jagalah 2orang puteri kita ini elok-elok. Tolong didik mereka menjadi perempuan solehah. Saya taknak mereka hanyut dengan dunia sosial sekarang ini. Dan buat Oppa... Maafkan Arlyna jika Arlyna tulis surat ini dan menyorok kannya dari Oppa. Arlyna tidak mahu Oppa sedih jika Arlyna pergi sekali lagi. Maafkan Arlyna jika Arlyna tidak memberitahu Oppa bahawa Arlyna menghidap penyakit Barah di bahagian perut. Ya Doktor ada menyatakan peluang untuk Arlyna melahirkan Anak adalah tipis. Dan doktor juga ada beri 2 pilihan sama ada selamat kan bayi atau Arlyna. Tapi Arlyna dah buat keputusan yang Arlyana memilih bayi. Arlyna percaya yang Oppa boleh jaga anak kita elok-elok. Maafkan Arlyna jika Arlyna membohongi oppa dan menyorokkan status diri Arlyna. Ampun segala dosa Arlyna Ya Oppa. Maafkan Arlyna jika Arlyna pergi kalini pergi meninggalkan Oppa dan Anak-anak selama-lamanya.

Maafkan saya ya Oppa.

Aku menggelap airmataku.

Sampai hati Arlyna. Engkau rahsiakan penyakit sayang dari Oppa.

"YA ALLAH.. kau tempatkanlah isteri ku di kalangan orang beriman dan ya allah aku ampuni segala dosanya isteriku sesungguhnya ini lah pergorbanan besar yang telah dia lakukan."

Aku meng Aaminn kan doa itu. Aku baring di atas katil. Niat nak menulis lirik lagu terhenti selepas membaca surat itu.

Semasa aku sedang tidur ,aku tersentak apabila aku melihat ada kain putih duduk di birai katilku ini.

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku terus bangun dari pembaringanku apabila melihat orang yang aku sayangi.

"Arlyna?! "

Special tag: Naliahusin
RapMonsterOppa

[C] Am I Wrong?✨|| 내가 잘못?  ✅Where stories live. Discover now