Part 1

312 12 1
                                    

To my childhood friends:

- JILL MONA & TRACY CAROLINE -

"We didn't realize we making memories, we just knew we were having fun"



Part 1:

"Uiiii..cikgu baru tu lah..cepat..cepat." Perlahan suara Nadia memberitahu pelajar-pelajar di kelastingkatan 5 Orkid pada masa itu. Semuanya bertempiaran duduk di tempatmasing-masing, aku sempat menarik kerusi kayu yang sudah patah satu kakinya danmenggantikan kerusi pada meja guru di hadapan itu.
"Semua bangun," Zul selaku ketua kelas memberi arahan.
"Selamat pagi cikgu!" Ucap semua murid dengan serentak.
"Baik..sila duduk. Hmmmh.. Saya cikgu baru di sekolah ini, nama saya EzraKilau." Mendengarkan nama cikgu baru itu semua pelajar-pelajar itu ketawaterbahak-bahak.
"Mat Kilau?! Ahaaaha..haaa.. Sedapnya nama." Neta bersuara lantang daribelakang.
"Tidak apa cikgu bagi chance kamu ketawa dulu." Pasrah cikgu Ezra melihatanak-anak muridnya yang masih mentertawakan dia, begitulah yang selalu dihadapinya setiap kali memasuki mana-mana kelas buat pertama kali.Perlahan-lahan dia mengambil tempat duduk di bangku guru di sebalik meja dihadapan papan hijau itu. Belum sempat dia membuatkan dirinya selesa di bangkuitu.. kebakkkkk!!! Bunyi nangka jatuh, semua pelajar-pelajar di kelas ituterdiam seketika dan menunggu reaksi dari cikgu Ezra yang sudah pun terbaringdi lantai akibat jatuh dari kerusi kayu itu.
"Jangan risau.. cikgu tiada apa-apa," Katanya dan mula berdiri danmenepuk-nepuk seluarnya.
"Hahahaha..hahaha..hahaha.. Cikgu makan apa juga tadi pagi sampai kerusi bolehpatah ni." Kataku serta merta di ikuti sorakan dan ejekan dari kawan-kawan yanglain. Kesian juga bila di lihat muka cikgu Ezra, merah padam kerana malu.Itulah mungkin perkara yang paling buruk pernah berlaku dalam hidupanya dihadapan murid-muridnya. Dia tidak tahu yang dia telah di kenakan oleh aku dankawan-kawanku yang lain.
"Baiklah semua diam. Sesi perkenalan sudah pun tamat, sekarang sila keluarkanbuku teks kamu." Katanya dengan suara yang sudah pun kembali tenang.


Namaku Arlia, orang biasa panggil Liasaja, nama pajang? Arlianasharianastiti binti Pee. Memang panjang pun, sudahnamanya nama panjang, ibu bapa ku pun apa lagi sesedap rasa mereka meletak namasesuka hati mereka. Aku pelajar tingkatan 5 di sekolah Menengah KebangsaanMelawati di Ibu kota, Kuala Lumpur ini. Ibu bekerja sebagai setiasusaha dipusat penyelidakan entah apa-apa lah namanya, yang aku tak ambil kisah sangatpun. Bapaku pula seorang tentera yang bertugas di Bosnia sejak aku berumur 12tahun lagi. Aku cuma berpeluang berjumpa dengannya setahun sekali saja semasadia balik bercuti. Aku anak tunggal mereka yang di manjakan dan di tatang bagaiminyak yang penuh, aku lebih banyak menghabiskan masa dengan orang gaji ku dirumah yang berasal dari indonesia itu, dialah mak ayah yang aku kenal, sebabdialah yang membesarkan aku sehingga hari ini.


Ibu bapa ku sangat berjaya di dalamhidup mereka, dengan itu mereka mahukan aku lebih berjaya dari mereka. Itulahmoto hidup mereka terhadap aku sebenarnya, tetapi mereka tidak tahu aku adalahyang sebaliknya. Aku bersama dengan dua rakan baik ku Neta dan Jun adalahpelajar yang popular di sekolah, tentulah dengan keayuan kami, siapa tidakkenal gadis yang selalu mendapat perhatian ramai dan juga peminat dari kalanganpelajar lelaki. Dan.., tidak kurang jugala kenakalan kami yang memang tidak disukai oleh guru-guru di sekolah itu. Sudah dua kali aku hampir di buang keranakedapatan merokok di dalam tandas pelajar dan juga ponteng sekolah selama 3minggu berturut-turut. Memandangkan ibu bapaku salah seorang ahli alumni disekolah ini, agaknya pengetua sekolah memberikan aku muka kerana latarbelakangku.


Aku bukanlah jahat sangat cumakadang-kala aku suka perhatian yang di berikan kepadaku tidak kiralah sesiapapun juga. Pencapaian aku tidaklah juga teruk sangat, peperiksaan yang lalu akumendapat tempat yang ke 46 dari 52 orang pelajar di kelas itu. Boleh tahan lahkan, dari yang paling terakhir, tapi ibu bapaku tidak pernah tahu sebab akusendiri yang meniru tandatangan mereka dalam kad laporan ku setiap tahun. Barujuga aku di gantung seminggu sekolah sebab mencalar kereta honda Cikgu Latifahsi hidung kerbau itu, hanya kerana aku lupa membawa buku teks subjek dia, terusdi hantarnya aku ke tandas perempuan untuk di cuci seorang diri. Seharian akuhabiskan masa di tandas itu, dan aku tahu dia berbuat begitu sebab bencikan akuyang selalu memberikan masalah kepadanya. Hari itu juga aku calarkan keretanyamenggunakan garfu dari kantin sekolah, dari hujung ke hujung kereta honda antikyang sudah pun memang buruk itu. Aku lupa tempat letak kereta guru mempunyaikamera tersembunyi, dari situ aku di tangkap dan di gantung sekolah oleh gurudisiplin.
"Siapa yang tiada bawa buku teks tu, kamu boleh tidur di meja kamu dan janganmembuat bising." Kata cikgu Ezra yang sudah perasan aku tidak membawa buku padahari itu. Tanpa membuang masa aku terus menundukan kepala ku di meja dan tidurmembuai mimpi.
Kesokan harinya awal-awal pagi lagijadual belajar pada hari itu di mulakan dengan subjek sejarah yang di ajar olehcikgu Ezra. Sebelum aku mengambil tempat duduk ku aku pura-pura tunduk mengikattali kasut dan melekatkan gula-gula getah yang ku kunyah semasa datang kesekolah tadi, pada kerusi guru di hadapan itu. Aku saja mahu tahu sampaimanakah tahap kesabaran cikgu baru ini, adakah senang di perbodohkan atausebaliknya.. kita tunggu dan lihat.


Pagi itu cikgu Ezra masuk 20 minitlewat dari masa yang sepatutnya, apabila dia masuk ke kelas dia mengangkattangan kepada Zul untuk melupakan saja ucap selamat untuknya supaya tidakmembuang masa lagi. Dia terus saja menulis beberapa nota di papan hijau dan memintakami membuka buku teks yang kami bawa. Melihatkan aku yang kali ini juga tanpabuku teks,
"Jangan segan-segan, kamu boleh tidur kalau mahu," sapa cikgu Ezra sambilmengetuk mejaku dengan jari kukunya sewaktu dia lalu berhampiran mejaku. Jundan Neta hari ini membawa buku seperti biasa, aku sempat melihat sekeliling danmendapati hanya aku yang tidak membawa buku hari ini. Belum sempat akumenundukan kepalaku,
"cikgu ada sesuatu di punggung seluar cikgu." Beritahu Zul ketua kelas kami yangbanyak mulut itu. Aku cepat-cepat melihat ke arah cikgu Ezra yang berkali-kalicuba untuk melihat di belakang seluarnya. Kemudian menarik gula-gula getah yangmelekat pada seluarnya yang berwarna kelabu asap pada hari itu.
"Aduiii.. siapalah yang bencikan cikgu sangat ni," keluh cikgu Ezra, sepertisuaranya di tahan-tahan amarahnya.
"Tidak pula kami nampak ada benda tu di situ cikgu."
"Iya cikgu mungkin budak sesi petang yang kemarin punya kerja." Demikianbeberapa pelajar memberi pendapat yang mungkin kasihankan cikgu Ezra. Tanpaberkata apa-apa dia meneruskan saja pengajarannya, walaupun dalam hati aku tahudia marah dan malu dengan kejadian itu, raut mukanya nampak tenang bersahaja.
Apabila loceng berbunyi menandakanwaktu rehat bermula, ada seorang budak lelaki menyerahkan aku sekeping kertasyang di lipat-lipat kecil. Aku mengambil lalu membukanya tanpa bertanyaapa-apa,
"Dari siapa?" Tanya Neta,

HAI, BOLEH BERKENALAN? NAMA SAYA JOHAN. SAYA TINGKATAN 4 MELUR, SAYA HARAP AWAKSUDI MENJADI SAHABAT SAYA.

"Johan." Jawabku serta merta selepas membaca kertas itu, dan memasukannya kedalam poket baju kurungku.
"Johan siapa?" Tanya Jun pula kali ini yang tidak puas hati.
"Entahlah anak siapa," jawabku.
"Nak berkenalanlah tu, yang budak bagi surat tu kah?"
"Entah, tapi itu tanda namanya bukan Johan, namanya tadi Kiflee."
"Budak Johan ni tingkatan 4 lah, mentah lagi," terangku.
"Lia, kau ada nampak tak iklan dekat papan pengumuman mengenai ekspedisi keGunung Kinabalu? Terbuka kepada semua pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja.Tarikhnya bulan September ni."
"Kenapa kau berminat kah? Jun, kau tau tak gunung tu di mana? Di Sarawak tau.Jauhlah dari sini."
"Kau ni Neta, apasal bodoh sangat ni. Kata top 20 dalam kelas, gunung Kinabalupun kau tak tau letak mana? Ni ada belajar Geografi ke tidak kau ni?! GunungKinabalu tu di sabah lah, bodoh!"
"Oh iya kah? Aku silap lah tu."
"Ala cakap sajalah kau tak tau."
"Di sabah pun di sabah lah, aku nak pergi lah. Marilah kita pergi sama-sama.Tak best kalau aku pergi seorang." Jun merungut, kemudian suara cikgu Ezramemangil aku dari luar bilik guru. Hairan boleh pula dia hafal namaku.
"Iya cikgu," tanyaku.
"Ikut saya masuk kejap." Dia melangkah masuk ke dalam bilik guru dan akumengekorinya dari belakang, beberapa mata dari cikgu-cikgu lain yang berada disitu melirik ke arahku. Mungkin di dalam hati mereka entah apa lagi kes budakni dengan guru baru.
"Ini.. ambil ni," kata cikgu Ezra.

Gunung KinabaluWhere stories live. Discover now