Part 14: Malam pertama pendakian

73 2 4
                                    

Jam lapan malam aku duduk di luar hostel satu-satunya tempat penginapan yang berada di ketinggian itu, perhentian sebentar sebelum para pendaki naik ke puncak seawal subuh ke esokannya. Walaupun aku sudah mengenakan baju tebal dan menyarung jaket lagi di luar kesejukannya betul-betul menusuk ke tulang. Bukan saja badan, malah kepala, telingaku ku juga naik sejuk di buatnya. Sarung tangan yang ku pakai tidak langsung membantu menghangatkan tapak tanganku, atau.. yang memangnya hati ku yang sebenarnya sudah terasa sejuk dengan pelbagai khaylan dan buah fikiran yang jahat datang silih berganti.

Sudah beberapa jam aku duduk di situ bersama beberapa orang dari kumpulan ekspedisi sekolahku, masing-masing menyembunyikan kerisauan dengan apa yang telah terjadi. Sebaik saja guru-guru pengiring kami memastikan kehilangan Zul dan Cikgu Ezra yang tidak dapat di hubungi langsung, bermulalah misi pencarian mereka di jalankan. Sudah hampir dua jam berlalu tetapi kami masih belum mendengar apa-apa berita.

Guruh dan petir sudah pun bermain di langit memberi amaran hujan kuat akan turun, doa ku juga sudah tidak jelas sekejap memohon langit menunda hujan yang bakal mencurah dan sekejap lagi berharap seseorang mengabarkan berita baik akan cikgu Ezra dan Zul.

"Kenapa kau di sini? Sejuk di luar ni." Johan duduk di sebelahku dan menarik naik zip hadapan jaket ku.
"Kau rasa apa yang terjadi sebenarnya?"
"Entahlah, aku sendiri bingung, macam tidak percaya saja benda begini ni. Kita begitu pasti Zul sudah berjalan jauh di hadapan, mustahil dia sesat.. sedangkan setiap meter ada penunjuk jalan. Dia bergerak begitu pantas, semestinya dia sudah sampai dulu dari kita."
"Habis tu dia pegi mana? Hanya beg gunung dia saja yang sampai di sini bersama dengan beg-beg kita semua. Kalau betul dia ada di sini.. dan kita terlepas pandag mustahil sampai sekarang dia tidak menuntut beg nya itu. Cikgu Sidik sudah pun periksa memang tidak berusik langsung!"
"Agak susah nak cari dalam keadaan gelap begini. Jalan-jalan di sepanjang gunung tu bukannya ada lampu. Lagi-lagi dah nak hujan, aku cuma takut dia tak dapat bertahan dengan sejuk begini."
"Cikgu Ezra bagaimana pula?" Kali ini aku memandang Johan, berharap jawapan yang positif darinya untuk memujuk hatiku.
"Hmm.., cikgu Vicky dah cari seluruh kawasan di bawah tu tapi tak jumpa dia, malim gunung yang sambut Jun di pertengahan jalan katanya cikgu Ezra berkeras juga naik mengejar kita. Kita yang mengambil masa lebih dari masa sepatutnya untuk sampai di sini pun kita tak nampak dia di pertengahan jalan tu. Aku tak fikir dia boleh sesat."
"Habis tu..mereka di mana?" Keluar juga tangisku yang ku tahan-tahan tadi.
"Sabarlah, kita doa je supaya mereka selamat."

"Aku nak turun lah cari mereka." AKu segera berdiri tetapi tanganku duluan di tangkap Johan.
"Kau ni, rasional sikit. Bukan dua orang yang nak di cari bertambah jadi tiga pula. Kau tak ingat pesan cikgu Sidek tu? Dia mahu kita duduk dalam kumpulan jangan bercerai berai. Plan tetap berjalan seperti yang sudah di tetapkan, lagipun perkara ni sudah di serahkan kepada pihak yang lebih profesional. Persatuan malim gunung juga sudah berpecah mencari mereka, anggota Rela sudah dalam perjalanan ke sini begitu juga dengan pihak polis. Apa yang kita boleh buat sangat? Kita hanya akan menyusahkan mereka saja." Kali ini dia betul-betul memegangag lenganku dengan erat, sememangnya ada betul apa yang di katakan oleh Johan, tetapi hatiku sudah tidak mahu menerima pendapat lain, sudah tidak mahu di pujuk oleh sesiapa pun.

"Kau rasa kalau Zul menjerit mesti kedengaran kan? Tentu lebih mudah di kesan di mana dia berada. Jangan-jangan dia cedera teruk tak?" Cepat-cepat aku menutup mulutku dengan tangan yang satu lagi,
"Kau ni jangan fikir bukan-bukan. Selagi kita belum dengar apa-apa berita, itu tandanya kita masih masih ada harapan."
"Oh, cikgu Ezra... mana cikgu ni? Kalau aku tau macam ni.. aku ikut saja dia turun ke bawah menghantar Jun." Perlahan-lahan Johan memeluk aku di dalam kesamar-samaran cahaya lampu.
"Jom. Pergi tidur. Hanya tinggal beberapa jam lagi untuk kita bangung semula dan berdepan dengan cabaran yang lagi hebat esok."
"Aku tak mahu naik lah. Aku tinggal saja di sini."
"Tak boleh. Kau tak boleh tinggal sendiri di sini. Kalau kau tak naik, aku pun tak akan naik. Kau pilih?"
"Apa kau cakap ni? Kau kena teruskan juga.. inikan impian kau untuk menawan gunung ini. Takan lah kau nak lepaskan begitu saja untuk menemani aku di sini."
"Dari garisan awal kita bersama, jadi kenapa kita tak boleh sampai di garisan penamat bersama-sama?"
"Aku risau, macam-macam di dalam kepala otak aku ni. Aku berdoa sangat-sangat tiada apa yang berlaku dengan mereka. Cikgu Sidik pun belum pulang-pulang lagi.." Aku memanjangkan leher melihat ke arah jalan di hadapanku kalau-kalau ada bayang cikgu Sidik membawa perkahbaran.

Susah untuk aku lelapkan mata walaupun seluruh badanku terasa sakit. Kakiku juga betul-betul tidak boleh di sentuh langsung, sakitnya sepeti di cucuk-cucuk jarum dari hujung jari kaki seginggalah ke pangkal paha. Namun tidaklah boleh di bandingkan dengan kegelisahan hatiku sekarang ini. Dengan selimut tebal yang di sediakan di tempat penginapan yang cukup ringkas ini aku masih terasa sejuknya, ini yang ketiga kali aku terasa hendak membuang air kecil pada malam-malam buta begini. Keadaan di luar senyap saja, semuanya berada di bilik masing-masing untuk merehatkan diri sebelum berdepan dengan emosi dan cabaran yang baru esok.
Perlahan-lahan aku menyarungkan kasut sukan ku dan mengambil lampu picit di tepi bantalku untuk ke tandas. Di dalam bilik itu agak gelap kerana bukan aku seorang saja di situ, ada tiga katil lagi. Oleh kerana tidak mahu menganggu Fatimah, Isla, dan Mei Ling yang berkongsi sebilik denganku.

Di tandas yang berkonsepkan 'kongsi bersama' itu terdapat beberapa bilik-bilik mandi kecil yang mempunyai pancuran paip air setiap bilik. Kemudahan untuk para pendaki membersihkan diri mereka. Air panas yang mengalir terus dari paip juga di sediakan, begitu juga dengan air minum yang boleh di ambil sesiapa pun di bahagian ruang tamu. Keadaan tempat rehat itu sangatlah ringkas semacam rumah panjang orang Sarawak saja fikirku. Lampu di situ terang benderang betul, baru saja aku duduk di mangkuk tandas untuk membuang air kecil.

Aku melihat sesorang jalan berkaki ayam tanpa bunyi di luar dari arah bawah pintu, begitu jelas kelihatan. Dan sepertinya tidak berseluar panjang, kerana aku dapat melihat jelas pergelangan kakinya. Hatiku terus saja bercakap 'dia tak sejuk kah pijak lantai yang macam ais batu ni.' Selesai aku berkata begitu aku terdengar air pancuran di buka seperti seseorang yang sedang mandi, aku menarik seluarku, keluar dan melihat di setiap bilik mandi di situ, tetapi semua pintunya terbuka luas. Ke manakah agaknya kaki itu pergi. Dan bunyi air pancuran dari paip juga sudah tidak ada, tandas ini hanya mempunyai satu saja pintu keluar, takanlah dia tembus ke dinding pula. Baru saja aku membuka paip untuk mencuci tanganku, seperti ada angin kecil bertiup di belakang rambutku, membuatkan aku rasa geli dan dingin.

Cepat-cepat aku menoleh ke belakang tetapi tidak ada sesiapa pun di situ, apa lagi belum pun tangan ku basah, aku menutup paip air tadi dan berlari ke bilik tidurku yang selang 3 bilik lagi dari tandas itu. Besar langkahku dengan laju aku berjalan, cepat-cepat aku naik ke katil dan masuk ke dalam selimut. Seram sejuk aku di buatnya, dadaku juga berdebar-debar ketakutan. Kali ini Jun tidak berada bersama ku, di katil kecil ini yg cukup untuk seorang ku rasakan terlalu besar bagiku di saat itu. Aku betul-betul berharap apa jua yang berada di tandas ketika itu tidak akan mengejar aku sehingga ke bilik ini.

Tepat jam 1 malam aku terlena di dalam kepenatanku yang satu hari mengerah tenaga dan keringat untuk sampai di sini. Aku belum membuat keputusan lagi sama ada aku akan teruskan pendakian itu esok atau duduk saja di rumah penginapan ini sementara menunggu kawa-kawan yang lain turun dari puncak.


Gunung KinabaluNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ