Part 7

83 3 1
                                    

Neta sudah seminggu tidak ke sekolah kerana kakinya masih belum pulih sedia kala, dia juga memberitahu yang doktor tidak membenarkan dia mengikuti ekspedisi ke gunung kinabalu bersama kami. Beberapa orang juga sudah menarik diri di sebab-sebakan alasan yang tertentu, tinggalah kami seramai 20 orang sahaja bersama 5 orang guru yang akan menjadi pengiring.
Tinggal dua minggu lagi cuti semester penggal ketiga bermula, tetapi aku belum dapat merasa seronoknya untuk bercuti kerana minggu depan kami akan menduduki ujian percubaan SPM di sekolah, sebelum dapat bertolak ke sabah. Aku sedaya upayanya membanting keringat dan mengorbankan waktu tidur untuk mengulangkaji di saat-saat yang terakhir. Beberapa bulan ini telah ku sia-siakan begitu saja, inilah pertama kalinya usaha dan kesedaran 'last minute' ku di uji, sejauh manakah aku betul-betul sudah berubah.

"Jadi, kau sudah bersedia?" Tanya Johan kepadaku ketika kami berjalan menuju kelas masing-masing apabila loceng sekolah waktu tamat rehat berbunyi nyaring.
"Bersedia tu belum, tapi aku mahu mencuba kali ini. Cuba sedaya upayaku."
"Kau mesti boleh tu, oh ya...simpan semua kertas-kertas soalan tu untuk aku ya, boleh aku guna untuk tahun depan."
"Aku rasakan, kau ni berkawan dengan aku ada maksud lain lah."
"Maksud apa?"
"Iyalah, nak kerja senang.. semua kau nak waris dari aku, usaha aku."
"Eh, manada. Lagipun kau bukan tau kalau tahun depan soalan yang sama keluar. Tapi, itulah bonusnya berkawan dengan kakak senior ni." Johan mengenyitkan matanya dan tersengih.
"Kakak senior konon." Aku menjeling padanya,
"Saaaaayang..kakak senior saya ni. Bye." Dia terus belok ke kiri untuk mengambil anak tangga lain menuju ke bilik darjahnya, dengan anak mataku mengekori langkahnya. Sedangkan aku perlu naik ke tingkat dua lagi.

Di kelas kelihatan Zul bermain dengan kamera barunya bersama kawan-kawan yang lain. Dia begitu bangga menunjuk-nunjukan kamera yang baru dimilikinya itu, maklumlah zaman ini sebuah kamera sangat mahal harganya, apatah lagi hendak membeli dua biji bateri dan segulung filem. Tidak habis di situ, selepas filem itu penuh di guna pakai, hendaklah di hantar ke kedai gambar kerana hanya di sana yang boleh mencuci filem itu tidak kira gambar yang di ambil itu elok atau pun hangus, hanya selepas di cuci barulah dapat melihat hasilnya. Memang padanlah dengan harganya yang mahal.

"Lia, kau nampak kamera baru aku ni? Bapa aku belikan kemarin untuk ke ekspedisi itu nanti. Hebat kan? Nanti aku beli filem banyak-banyak baru kita guna di sana ya." Beritahunya padaku.
"Untunglah kau, kau dah siap-siap kemas barang?"
"Sudah, aku takut ada yang tertinggal kalau buat 'last minute'. Aku dah tak sabar-sabar lah nak berada di puncak gunung tu, kemudian ambik gambar masa matahari terbit."
"Iya aku dengar cantik puncak tu bila ada matahari terbit. Cuma, takut-takut kalau hujan saja masa tu. Sayanglah tak nampak apa-apa."
"Tak lah, sekarang ni bukan musim hujan pun. Aku selalu tengok cuaca kat sana tu, paling-paling pun mendung lah. Tapi tak akan hujan punya. Kau percayalah cakap aku."
"Hmm.. harap-haraplah."

Sedang aku dalam perjalanan turun dari bangunan tiga tingkat itu, aku melihat tangan cikgu Ezra penuh dengan buku-buku tebal menuju ke kereta kancil putihnya. Cepat-cepat aku berlari untuk menolong dia,

"meh sini saya tolong cikgu," Mendengarkan aku berkata begitu dia memberikan beberapa buah buku kepadaku.
"Cikgu, siapa yang sediakan kertas soalan kali ni?"
"Cikgu Norlaila dengan Cikgu Sabri. Kenapa?"
"Tak adalah, saja tanya. Manalah tau boleh sogok cikgu bagi soalan bocor."
"Hahahaha.. jangan haraplah."
"Cikgu buat apa dengan buku-buku ni? Macam nak pindah sekolah saja."
"Cikgu nampak bawah meja cikgu semak betul, jadi sebelum cuti sekolah ni cikgu nak bagi bersih sikit. Supaya tikus-tikus tak ber-party masa cikgu tak ada nanti."
"Cikgu nak saya tolongkah?"
"Hmmm..tak payahlah, dah kosong pun. Kotak-kotak yang tak guna pun dah cikgu buangkan tadi pagi."
"Jadi, petang ni kelas terakhir kita kan sebelum ujian minggu depan?" Tanyaku meminta kepastian.
"Iya, seperti biasa, masa dan tempat seperti biasa ok. Bagitau yang lain kalau ada yang nak ikut saya buat di makmal sains kali ni, ada besar sikit ruangnya jadi banyak yang boleh ikut kalau mereka mahu." Dia bercakap sambil menutup keretanya,
"Ada juga Zul cakap cikgu, tapi banyak yang pergi tuition (kelas tambahan di luar) Zul sendiri pun tak dapat datang, sebab cikgu Vicky buat kelas tambahan Matematik, tak taulah kalau mereka sempat datang."
"Kamu tak ikut kelas tambahan cikgu Vicky ker?"
"Oh saya dah ikut sabtu lalu. Dia cuma buat ulangan apa yang dia dah bagi sabtu lalu tu. Sebab kami tak ramai sangat masa tu, ada 5 orang saja, tak ada yang nak datang kalau hari sabtu. Tu yang dia buat hari ni sekali lagi."
"Hari-hari kamu ikut kelas tambahan cikgu-cikgu di sini?"
"Apa nak buat cikgu, saya ni dah kebelakangan dari yang lain-lain. Mana yang sempat saya pergi saya ikut."
"Cikgu yakin kamu boleh berjaya, jangan takut dan jaga kesihatan diri. Tak guna kamu usaha kuat-kuat tapi akhir-akhir kamu sakit masa peperiksaan sebenar. Utamakan kesihatan diri tu dulu."
"Baik cikgu, saya ingat pesan cikgu." Aku menundukan kepala ku sebagai tanda hormat dan berlalu pergi.
"Hey, nak pergi mana tu?" Panggil Johan.
"Aku tolong cikgu Ezra angkat buku-buku dia ke kereta tadi, kenapa?"
"Eh, cikgu Ezra nak pindah kah?"
"Kenapa kau cakap macam tu?" Aku berkerut kening, hairan dengan soalan Johan yang tiba-tiba sahaja.
"Aku baru lepas jumpa cikgu Zaid di bilik guru tadi, aku nampak meja cikgu Ezra dah kosong tau. Atas meja dia pun dah tak ada barang-barang ni. Buku-buku dan kertas-kertas yang bertimbun tepi meja dia sebelum ni pun dah tak da. Tu yang aku tanya kalau dia pindah sekolah."
"Oh, betul lah apa dia cakap tadi. Tak ada lah. Dia saja nak kemas sebelum cuti bermula katanya. Malas nak tengok terlalu semak." Jelas ku mengulangi apa yang di katakan cikgu Ezra kepadaku.
"Kau nak aku tunggu kau tak.. pulang ni? Kau ada kelas tambahan dengan cikgu Ezra kan?"
"Ya, tapi kau tak penat kah..hari-hari tunggu aku pulang."
"Tak adalah, aku pun dapat siapkan kerja sekolah di pusat sumber nanti. Jom kita makan dulu, aku dah lapar ni." Dia menarik lengan baju kurungku ke arah kantin.

Di kantin aku melihat Jun sudah pun duduk di situ dengan adiknya Ina yang baru dalam tingkatan 3 itu, cepat-cepat aku duduk di sebelah mereka.

"Hi Ina," Sapa ku.
"Hi Lia." Jawabnya, manis budaknya Ina ini. Tidak seperti kakanya dia berkulit cerah sedikit, comel loteh bila di lihat.
"Eh, kakak lah. Ingat itu kawan hang ke?" Tegur Jun yang membetulkan panggilan Ina kepadaku.
"Maaf kak." Lembut dia menjawab.
"Tak apa lah, bukan salah pun. Kau tak ikut kelas tambahan cikgu Ezra kah petang ni?"
"Tak dapatlah, mak aku tak berapa sihat. Adik-adik di rumah tak ada orang yang tengok. Nanti aku pinjam nota kau sajalah esok."
"Oh, iyakah, sakit apa mak kau?"
"Darah tinggi dia tu, mungkin terlampau stress di kedai makan beberapa hari ni tu yang tekanan naik sikit. Dah beberapa hari dia rehat kat rumah."
"Sorrylah, aku tak tahu. Aku harap dia cepat sihat sebelum kita bertolak ke Sabah."
"Aku pun harap macam tu."

Nampaknya hanya aku saja yang pergi ke kelas cikgu Ezra petang ni, Neta masih tidak sihat, Jun pula ada masalah di rumah. Inilah peluangnya aku menyerap semua ilmu dari cikgu Ezra untuk ujian minggu hadapan,.

Gunung KinabaluWhere stories live. Discover now