Chapter 6: Sampul Surat

102 3 0
                                    

Pada malam itu, dalam jam 12 tengah malam, aku duduk ruang rehat asrama untuk kumpulan Phoenix. Tangan ku membelek-belek sampul surat yang diberi oleh Ken. Hati aku berbelah bagi sama ada aku perlu membukanya seorang diri atau aku memberitahu ibu aku, Glacia tentang sampul surat ini. Namun, semakin akal ku berkata berikan sampul surat itu kepada ibu aku, semakin itu hati aku berkata aku perlu membuka sampul surat tersebut. Kata hati lebih kuat daripada akal kita. Tanpa aku melengahkan masa, aku membuka sampul surat tersebut.

Tanganku menyelup ke dalam sampul surat tersebut dan aku mendapati terdapat senaskah dokumen. Aku membuka dokumen itu dan aku mendapati kandungan dokumen itu semuanya berkaitan dengan ahli kumpulan Dark Lord (The Group of Dark Lord). Minami Ken pernah menjadi sebahagian daripada ahli The Group of Dark Lord pada suatu ketika dahulu. Namun, dia ingin keluar dari kumpulan itu apabila dia menyedari yang dirinya dipergunakan oleh Suez Knessdar Fothe. Malangnya, niatnya terhalang apabila Suez Knessdar Fothe menggunakan tubuhnya untuk membunuh ku. Pada pandangan aku, aku merasakan yang Ken mendapat dokumen ini semasa dia menyedari motif sebenar Suez Knessdar Fothe.

Aku membuka beberapa muka surat dokumen itu. Aku mendapati bapa Ziel Darco, Luciferius Zion Darco juga salah seorang ahli The Group of Dark Lord. Bukan setakat itu sahaja. Ibu kepada Ziel Darco, Melinda Darco juga merupakan ahli The Group of Dark Lord. Yang paling mengejutkan aku, Ziel Darco juga menjadi sebahagian daripada ahli The Group of Dark Lord. Kesimpulan yang dapat aku buat berdasarkan dokumen ini, seluruh ahli keluarga Darco sebenarnya ahli The Group of Dark Lord. Mereka mengagungkan Dark Lord dan menentang Secret Society yang ditubuhkan oleh keluarga aku. Disebabkan inilah, bapa aku melarang aku daripada mendekati Ziel Darco. Tetapi aku tidak melihat Ziel Darco seperti orang jahat. Dia terlalu baik dengan aku. Malah, semasa dia memberi gelang tangan ini juga, aku tidak dapat merasakan kejahatan atau niat sebaliknya.

Aku menutup dokumen itu dan memasukkan semula ke dalam sampul surat. Aku memandang kiri dan kanan. Aku mendapati tiada orang di sekitar aku. Setelah aku memastikan tiada orang di sekeliling ku, aku menggunakan kuasa teleport aku untuk pulang ke rumah Fergusson. Aku tiba di dalam bilik ku. Aku melihat keadaan rumah aku agak sunyi. Aku boleh menduga yang kedua ibu bapa aku sudah tidur. Aku keluar dari bilik ku dan berjalan menuju ke bilik ibu bapa aku. Aku mengetuk pintu beberapa kali.

Click! Ibu aku membuka pintu biliknya. "Lucinda!" Ibu aku seperti terkejut dengan kehadiran ku pada waktu malam. Aku melihat bapa aku baru bangun dari katil sambal tangannya mencapai 'bath robe'.

"Lucinda, kenapa kamu dating malam-malam begini? Kamu sepatutnya berada di sekolah." Kata bapa aku yang sedang berjalan menuju ke arahku.

"Boleh saya masuk. Ada sesuatu yang hendak saya bincang bersama mama dan papa." Ibu bapa aku saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka kelihatan bingung dengan tindakan ku.

"Mari masuk!" Ajak papa sambal memegang bahu ku. Aku terus berjalan menuju ke sofa bersama kedua ibu bapa ku. Apabila kami sudah berkumpul di atas sofa, aku meletakkan sampul surat di atas meja bertentangan dengan papa. "Apa ini, Lucinda?" Soal papa sambil mengambil sampul surat tersebut.

"Saya menerima sampul ini daripada Minami Ken. Dia berkata saya perlu serah kepada mama. Saya rasa ini mungkin penting. Jadi, saya tidak boleh tunggu sehingga subuh lagi. Saya fikir saya harus serah sampul surat ini dengan segera." Jelasku kepada kedua-dua ibu bapa ku.

Bapa aku tidak berkata apa-apa. Dia membuka sampul surat itu dan mengambil dokumen yang ada di dalam sampul surat tersebut. Kemudian, dia membuka dokumen tersebut. Wajahnya tenang sekali dan kemudiannya menunjuk kepada mama. Mama membaca dokumen itu. Mama melepaskan nafasnya perlahan-lahan dengan wajah yang cemas. "Nampaknya kita harus memantau Ken juga. Saya tidak rasa yang dia akan selamat memandangkan Ken bekas ahli The Group of Dark Lord. Walau apa pun, dia anak kepada kawan saya. Saya tidak boleh membiarkan dia menjadi korban Suez Knessdar Fothe." Kata mama dengan cemas sekali.

"Saya faham. Saya akan cuba cari jalan untuk masalah ini." Balas papa kepada mama. Kemudian, papa memandang ke arahku. "Lucinda, kamu boleh kembali ke The School of Magic." Kata papa kepada ku. Aku mengangguk.

Dengan menggunakan kuasa teleport aku, aku berjaya kembali ke asrama. Apabila aku tiba di asrama, aku menggunakan Kristal aku untuk memantau Ziel Darco. Kuasa Kristal ku boleh memberi gambaran dan memantau penggerakkan Ziel tanpa pengetahuan Ziel. Sejujurnya aku tidak mahu melakukan ini kepada Ziel memandangkan dia terlalu baik kepada ku tetapi disebabkan keluarganya ahli The Group of Dark Lord, aku terpaksa melakukan tindakan sedemikian. Selepas selesai kerja ku, aku kembali ke bilik dan masuk tidur seperti tiada apa-apa yang berlaku. 

Mage (Trap) Book 3Where stories live. Discover now