Chapter 13: Helena, The Queen of Mermaid

94 3 0
                                    

Setelah aku mendengar penjelasan Eros, aku memutuskan untuk melakukan penyelidikan tentang Suez Knessdar Fothe. Aku pergi menemui Lei Mark dan memberitahunya bahawa aku memerlukan bantuannya dalam penyelidikkan ini. Lei Mark bersetuju untuk membantu aku. Lei Mark memberitahu aku yang dia sudah melakukan sedikit kajian tentang Suez Knessdar Fothe setelah dia mengetahui Suez Knessdar Fothe ialah punca dia menjadi anak yatim piatu. Namun, dia tidak ingin memberitahu aku kerana dia khuatir kajian ini akan mengancam nyawa aku. Aku tahu yang kajian ini mungkin akan mengancam nyawa aku tetapi jika aku berdiam diri, nyawa aku akan lebih terancam.

Pada suatu malam, aku, Takao dan Lei Mark duduk di perpustakaan sambil mencari maklumat tentang Suez Knessdar Fothe. Terdapat beberapa buah buku berkaitan dengan Suez Knessdar Fothe di dalam perpustakaan itu tetapi yang menarik perhatian aku hanyalah sebuah buku bertajuk "Helena, The Queen of Mermaid". Eros pernah memberitahu aku yang cinta Suez Knessdar Fothe ialah Helena, iaitu ratu kumpulan Mermaid tetapi cinta mereka terputus kerana darjat yang dimiliki oleh mereka berdua.

"Emi, why?" tegur Takao.

"Nothing." Balasku lalu membawa buku tersebut bersama buku-buku lain ke meja tulis.

Aku duduk di meja tulis itu dan membuka buku "Helena, The Queen of Mermaid". Menurut buku itu, Helena merupakan satu-satunya puteri kepada Callen. Helena disayangi dan dikasihi oleh semua ahli keluarganya. Pada usianya tujuh tahun, Helena memulakan pembelajarannya di The School of Magic. Disebabkan sikap kesederhanaannya, Helena amat disenangi oleh rakan sekelas dan juga para pelajar di The School of Magic. Pada usia Helena sebelas tahun, Helena menyertai pertandingan olimpik Mage. Helena menjuari pertandingan itu dan berjaya mengalahkan Kumpulan Pheonix yang merupakan juara setiap tahun. Selepas pertandingan itu, Helena diberi gelaran sebagai ratu Mermaid. Gelaran itu diberi kerana Helena memberi banyak sumbangan kepada kumpulan Mermaid.

Namun, gelaran ratu Mermaid itu hilang apabila Helena berhenti pendidikannya di The School of Mage pada usianya 17 tahun. Helena berhenti sekolah tanpa sebab. Namun mengikut persepsi ramai, Helena berhenti kerana dia bakal berkahwin dengan jejaka yang dia tidak cintai. Dia meninggalkan The School of Magic bukan kerana perkahwinan tetapi kerana dia mahu membebaskan kekasih hatinya. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang sahih tentang persepsi itu. Helena meninggal dunia pada usianya 24 tahun. Helena meninggal dunia kerana dia dihukum bunuh atas kecurangannya kepada suami. Dia dihukum bunuh di khalayak ramai dan di hadapan keluarganya. Ramai pelajar dari kumpulan Mermaid marah tentang hukuman itu tetapi tiada siapa boleh bantu. Riwayat Helena tamat tanpa bukti yang kukuh.

Buku ini menceritakan sumbangan Helena kepada kumpulan Mermaid tetapi tiada sebarang bukti yang menyatakan ianya berkaitan dengan Suez Knessdar Fothe. Aku membuka muka surat seterusnya dan aku melihat gambar perkahwinan Helena. Terdapat sedikit catatan di bawah gambar itu. "The wedding of Princess Helena and Prince Malcom Sway" Aku merenung gambar itu dan aku melihat mata Helena mengimbaskan aku kepada seseorang. Aku merasakan yang aku pernah melihat mata Helena pada diri seseorang. Tetapi siapa?

"Kenapa kau merenung gambar itu?" Tanya Lei kepada ku.

"Tiada apa. Aku merasakan yang wajah gadis ini mengimbas aku kepada seseorang. Jadi aku cuba mengingati semula siapa yang memiliki wajah ini." Jawabku.

"Kenapa kau membaca buku ini? Buku ini tiada kaitan dengan Suez Knessdar Fothe." Kata Lei.

"Tiada apa. Aku hanya rasa buku ini menarik." Balasku lalu menutup buku itu.

Dalam banyak perkara, ada satu perkara yang aku tidak memberitahu Lei, iaitu tentang Helena. Helena merupakan kekasih kepada Suez Knessdar Fothe yang telah mati. Setelah aku membaca buku ini, aku rasa cerita Eros benar. Suez Knessdar Fothe bukanlah jahat. Hatinya gelap kerana pengalaman yang dia alami. Kegelapan hatinya sudah tidak boleh diubati lagi. Aku masih belum mendapat bukti yang kukuh tetapi aku akan cuba mendapatkan bukti dan bukti itu akan menjadi keputusan untuk aku membunuhnya atau tidak. 

Mage (Trap) Book 3Where stories live. Discover now