Bab 8

14.3K 561 9
                                    

"Adik, pakai baju yang elok-elok sikit tau hari ni." Hanin memandang uminya pelik.

"Apa baju adik selama ni tak elok ke umi? Rasa tak pernah adik pakai baju yang lusuh ke, koyak ke." Tertawa Aisyah mendengar kata-kata Hanin.

"Alah, senang cerita, kamu pakai cantik-cantik je la. Kan nak sambut tetamu." Aisyah berkata sebelum masuk ke biliknya.

"Siapa tetamu yang nak datang hari ni? Bunyi macam special sangat tu?" Hanin berpaling ke sebelahnya melihat Haziq. Ketika itu mereka berdua menonton televisyen di ruang keluarga. Hanin dan Haziq masih tidak berbual mesra, tetapi cukup jika seribu perkataan dari Haziq dan satu perkataan dari Hanin. Pening umi dan abahnya melihat mereka berdua.

"Kawan umi." Hanya itu yang dijawab  Hanin sebelum masuk ke biliknya. Haziq melihat Hanin dari belakang. Tidak tahu cara apa lagi yang harus dibuat untuk dia mesra kembali dengan adiknya. Dia cemburu melihat kemesraan Hanin dan Harith.

"Assalamualaikummmm..." Haziq melihat ke pintu apabila mendengar salam diberi. Bangun dari sofa, dia pergi membuka pintu apabila umi dan Hanin masih belum keluar dari bilik.

"Makcik Kalsum, meh masuk masuk. Umi dengan Hanin tak siap lagi." Tersenyum Kalsum melihat lelaki di depannya ini.

"Ni Haziq kan? Ya Allah, dah besar-besar belaka dah anak Aisyah ni. Dulu makcik tengok budak-budak je semua." Ketawa Haziq mendengar ayat biasa yang digunakan makcik-makcik bila lama tak jumpa. Kemudian, keluar umi dan Hanin dari bilik.

"Amboi, lawanya anak dara sorang ni...Nak ke mana ni?" Hanin tersenyum malu dipuji.

"Takdelah, makcik. Biasa-biasa je. Makcik Kalsum datang dengan sape ni? Sorang je ke?" Kalsum tersenyum lagi.

"Takkan makcik nak datang sorang. Lutfi la yang jadi driver makcik. Dia ada dalam kereta tu, buat apa ntah." Serentak itu, Aisyah menyiku Hanin.

"Hanin, pergi panggil Lutfi masuk. Buat apa dalam kereta tu lama-lama. Baik makan dulu." Teragak-agak Hanin dibuatnya tapi setelah mendapat jelingan dari uminya, dia menurut jua. Haziq yang memerhatikan mereka bertiga berbual melihat adiknya.

Hanin melihat kereta Lutfi yang diparking di dalam perkarangan rumah. Dia membetulkan baju dan rambutnya terlebih dahulu sebelum mengetuk cermin pemandu kereta. Serta-merta pintu dibuka dan keluar Lutfi yang sedang bercakap telefon.

"Ok, boss. Bye." Lutfi memandang Hanin seketika.

"Oh, umi dan makcik Kalsum panggil awak masuk dulu. Katanya lama lagi kalau awak duduk dalam kereta. Saya ada masak sikit, jom la makan." Lutfi tersenyum membuatkan Hanin membalas senyumannya.

"Sori, cakap telefon tadi. Awak masak? Jom la masuk, saya teringin nak rasa masakan bakal isteri saya ni." Ayat last-last kurang jelas di pendengaran Hanin. Dia ingin Lutfi menjelaskan kembali, tapi akhirnya dia mengikut Lutfi masuk ke dalam rumah. Lutfi pula ketawa kecil dengan kenaifan Hanin.


"Ha, masuk pun budak bertuah dua orang ni. Buat apa entah lama-lama kat luar." Tersenyum simpul Lutfi dan Hanin. Haziq memerhatikan mereka berdua dengan pandangan tajam.

"Hanin, duduk tepi Lutfi. Makcik Kalsum nak duduk tepi umi." Terkulat-kulat Hanin dibuatnya. Belum sempat dia duduk di tepi Lutfi, Haziq memanggilnya.

"Adik, mari sini kejap." Haziq mengajak Hanin duduk di sebelahnya di ruang tamu. Ini membuatkan Aisyah sedikit geram kerana anak lelakinya seolah tidak memahami maksud dia menyuruh Hanin duduk di sebelah Lutfi.

"Apa ngah? Adik nak pi makan la." Haziq menjeling Hanin yang memuncungkan mulut.

"Adik dah kenapa? Senang sangat duduk tepi laki baru kenal macam tu. Adik suka dia ke? Apasal senyum-senyum macam tu?" Hanin berpaling melihat Haziq di sebelahnya.

"Are you jealous? Of Lutfi I guess?" Tersengih Hanin melihat Haziq. Dia merasa bahagia melihat Haziq cemburu dengannya kerana lelaki lain.

"Tak, kenapa pulak nak jealous? Im just protecting my baby sister. Tukan tugas seorang abang. Kan?" Mati senyuman Hanin mendengar perkataan abang dan adik.

"So, angah tak kisah kalau adik ada kekasih?" Dia menaikkan bulu keningnya sambil melihat Haziq.

"Yes...as long as tu pilihan hati adik." Haziq menepuk-nepuk rambut Hanin.

"Adik ada pilihan hati, tapi dia je tak tahu. Adik pun tak confident dia dapat terima adik ke tak." Berhati-hati dia melihat wajah Haziq.

"Sapa? Kenapa tak pernah cakap pun kat angah yang adik ada crush? Angah kenal ke dia?" Jantung Hanin berdegup laju apabila bercakap tentang 'dia' kepada Haziq.

"Adik tak tau nak cakap macam mana. Dia pun dah ada makwe, and adik dengan dia.... dalam complicated relationship." Kini muka Haziq bertukar keliru.

"Complicated reltionship macam mana tu? Alah, adik beranikanlah diri, cakap je depan-depan dia. Siapa yang berani reject adik angah ni. Dahla cantik, berpelajaran tinggi, baik, pandai masak. Apa lagi yang dia nak. Pasal makwe tu, sedangkan kawin boleh cerai." Teragak-agak Hanin senyum kepada Haziq.

"Ye ke? Angah rasa adik patut buat macam tu? Face to face je dengan dia?" Haziq mengangguk yakin. Hanin menelan air liur pahit.

"Ok angah. I will try that when i face him someday. Angah dengan Kak Aira macam mana sekarang? Ok?" Baru sahaja mereka ingin berbual panjang, Aisyah memanggil Hanin ke meja.

"Bual apa tu? Cakap dengan angah lepas ni boleh. Ni layan tetamu dulu ni." Tersengih Hanin kepada Makcik Kalsum dan Lutfi. Tiba sahaja asar, Makcik Kalsum dan Lutfi mula mengundur diri. Seketika kemudian Harith dan Maria pulang ke rumah.


Malam itu, Hanin melepak di luar rumah keseorangan. Dia mengenang kembali ayat yang diberikan Haziq. Tersenyum dia sendirian. Patutkah dia confess kepada Haziq tentang perasaannya? Tapi apa pula reaksi Haziq nanti jika dia mendapat tahu?

"Adik, senyum sorang-sorang nampak." Terhenti lamunan Hanin apabila Harith menegurnya.

"Takdelah along. Ingat kenangan lama." Dia kembali termenung, mulutnya masih tidak berhenti senyum.

"Kenangan lama ke....love advice dari angah petang tadi?" Senyuman Hanin beralih pula kepada Harith.

"Mungkin.... kenapa along tanya?" Hatinya berfikir kenapa Harith tidak membalas senyumannya seperti biasa dan wajah Harith kelihatan tegang sedikit.

"Along tahu angah beritahu adik supaya face to face je dengan crush adik. Betul tak?" Mengangguk Hanin mendengar tekaan Harith.

"Along sarankan adik jangan beritahu apa-apa pada crush adik tu. Jangan face to face atau lebih tepat lagi, jangan confess langsung." Serius suara Harith malam ini.

"Kenapa pulak tak boleh? Along cakap macam kenal je siapa crush adik tu." Hanin malas melayan emosi tak menentu Harith malam ini. Sepertinya Harith ingin menghalang hubungannya. Dia bangun dari kerusi dan berjalan masuk.

"Along cakap macam ni sebab along tahu sapa crush adik tu." Terhenti pergerakan Hanin. Dia berasa berat ingin berpaling ke arah Harith yang pastinya melihat dia sekarang.

Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)Where stories live. Discover now