khas untuk farhana2026, tq bagi idea ni and selalu komen cite saya 😘
"Cik Hanin, ada orang nak jumpa cik. Boleh dia masuk?" Tanya pembantunya di interkom. Hanin terfikir seketika, jarang ada orang yang datang ingin berjumpanya. Tanpa membuang masa dia mengizinkan. Tersentak dia apabila melihat Shahir di muka pintu.
"Abang Shah, duduk lah. Ada apa abang datang sini? Tak pernah-pernab melawat Hanin." Shahir tersenyum kepadanya dan duduk.
"Nenek ada bagitahu abang yang Hanin ada singgah rumah bawak Lela keluar hari tu." Hanin mengangguk mengiyakan.
"Nenek pun ada bagitahu yang Hanin macam berminat dengan gambar adik abang masa umur dia setahun. Pasti nenek abang ada bagitahu yang nama dia pun Hanin kan?" Jantung Hanin tiba-tiba berdegup laju. Sepertinya dia tahu ke mana arah perbualan ini. Dia melarikan pandangannya dari terus bertentang dengan Shahir.
"Baguslah adik masih simpan dan pakai rantai tu." Hanin segera menyentuh rantai bernama yang terletak cantik di lehernya.
"Apa maksud abang? Hanin tak faham." Pandangan Shahir menyesakkan dadanya.
"Abang tahu Hanin la adik yang abang cari selama ni. Kalau tak, kenapa Hanin berminat sangat sampai tanya nenek banyak hal kan? Macam mana pulak Hanin boleh ada rantai tu, sedangkan rantai tu atuk tempah khas untuk cucu kesayangan dia." Hanin menepuk meja perlahan.
"Hanin anak umi dan abah Hanin la. Abang jangan nak mereka cerita kat sini ya." Rasa marah bercampur dengan rasa bahagia dalam dirinya. Marah kenapa baru sekarang mereka mencarinya.
"Adik, abang faham adik pasti marah kenapa family kandung adik abaikan adik selama ni. Kitorang ada sebab tersendiri kenapa sekarang baru mula. Dan tu semua kerana Dahlia, mama kita. Mama sangat stress sebab hilang adik masa tu, sampaikan satu berita pasal adik pun akan buatkan dia menangis seharian, tak nak makan. Papa tak sanggup tengok mama macam tu." Hanin terfikirkan Dahlia, ibu kandungnya, jika dia betul anak Dahlia.
"Ok, fine. Tapi apa bukti abang yang Hanin ni adik yang abang cari selama ni?" Dia masih tidak berpuas hati dengan kata-kata Shahir.
"Abang faham ni pasti sukar untuk Hanin terima, so Hanin nak bukti. Boleh abang buat ujian DNA?" Tajam Hanjn melihat Shahir.
"Abang dah ada beberapa bukti hasil dari penyiasatan abang, tapi untuk kepastian adik kita kena la buat ujian ni." Hanin termenung sekejap dan akhirnya bersetuju.
"Adik, abang agak yakin dengan keputusan ni yang menunjukkan kita adik beradik yang sebenar. So, walau apa pun keputusannya, abang harap adik boleh terima mama papa nenek. Diorang bertiga tak salah." Hanin mengangguk perlahan. Walau dia berasa marah dengan semua ini, tiada siapa yang dapat dia salahkan.
"Adik, nanti abang bawak adik balik jumpa mama dengan nenek. Diorang pasti terkejut dan suka jumpa adik." Bahagianya Hanin berasa jika benar dia adik Shahir. Ini bermakna dia akan mempunyai keluarganya sendiri, bukan lagi berstatus anak angkat.
"Tq abang, Hanin harap sangat ni betul." Shahir pula mengangguk. Dia faham kerinduan Hanin terhadap keluarga kandungnya.
"Hari ni, lunch dengan abang? Abang belanja." Hanin langsung bersetuju apabila belanja disebut.
Rindu Haziq kepada Hanin sudah tidak tertahan lagi kerana mereka telah lama tidak berjumpa. Jadi, tengahari itu Haziq pergi ke pejabat Hanin untuk lunch bersama.
"Cik Hanin ada?" Tanyanya kepada pembantu Hanin.
"Maaflah encik, tapi cik Hanin baru je keluar pergi lunch tadi. Kalau encik turun ni, cik Hanin ada lagi rasanya dekat-dekat ni." Usai mengucapkan terima kasih, terburu-buru Haziq turun.
Sangkanya, pasti Hanin bersama Raykal seperti biasa, tapi kali ini kelihatan lelaki lain pula bersama Hanin. Mereka berdua gelak bersama dengan entah apa yang dibualkan. Perit mata Haziq melihatnya. Tanpa disedari dia mendekat dengan pasangan itu dan duduk di meja mereka.
"Haziq!!!" Terkejut Shahir dan Hanin melihat Haziq yang tiba-tiba duduk bersama mereka.
"Siapa ni Hanin?" Shahir memerhati mereka berdua berulang kali dan dia akhirnya faham. Haziq dan Hanin saling menyukai tapi menidakkan. Dia tersenyum apabila idea muncul di fikirannya.
"Abang, ni Haziq anak kedua umi." Haziq bertambah berangin apabila Hanin menggelar lelaki di depannya abang.
"Siapa ni, boyfriend baru ke?" Hanin tahu bunyi suara itu, cemburu. Jauh di sudut hatinya dia gembira apabila Haziq cemburu.
"Hai, saya Shahir. Sayang, dia ganggu awak ke?" Hanin berpaling apabila Shahir menggelarnya sayang dan dia melihat Haziq yang semakin masam.
"Makan apa encik?" Selesai menempah makanan, Haziq memandang Hanin yang sangat tidak selesa dengan kehadirannya.
"Haziq, dah takde tempat lain ke nak makan?" Haziq mengangkat sebelah keningnya.
"Cakap je la, abang takkan ganggu Hanin berbual dengan....boyfriend Hanin ni." Shahir hanya tersenyum kecil, lucu melihat sifat cemburu Haziq yang jelas kelihatan pada pandangan.
"Takpelah sayang, lain kali kita date lagi ya. Nampaknya ada orang tak suka kita duduk berdua macam ni." Hanin melihat Shahir yang yang bangun dari tempat duduknya.
"Abang, sori ye. Nanti Hanin call abang balik ok. Kita jumpa lain kali. Tq abang." Shahir mengangguk dan melihat Haziq kemudian tersenyum kepadanya.
"Tq banyak-banyak Haziq. Abang rosakkan segalanya." Haziq gembira melihat muka marah Hanin. Baru sahaja Hanin ingin bangun, Haziq menariknya duduk kembali.
"Kejap la, teman abang makan dulu." Hanin melihat wajah Haziq di depannya. Walaupun Haziq kini sudah bertunang, tapi susah baginya dia untuk melupakan Haziq. Tapi, Hanin tidak ingin merosakkan kebahagiaan orang lain jadi dia mencuba untuk melenyapkan perasaan itu.
"Abang rindu masa kita rapat dulu, masa kita selalu bersama dan takde siapa dapat pisahkan kita. Tapi sekarang kita tak macam tu lagi dah, kenapa ye?" Hanin menarik nafas. Sudah mengagak pasti ini akan dijadikan bahan perbualan mereka.
"Sebabnya Hanin dah confess kat abang, tapi abang reject. Sebabnya abang dah tunang and Hanin tak nak jadi perosak rumah tangga yang baru nak bina. Sebab abang mintak Hanin jauh dari abang, so I'm trying tapi asyik abang je datang cari Hanin, macam mana nak jauh?" Haziq menatap lama wajah Hanin.
"I'm sorry, tu semua memang silap abang. Abang tak patut cakap semua tu, tak patut buat semua tu." Hanin keliru dengan kata-kata Haziq.
"Apa maksud abang?" Haziq memberikan senyuman yang agak pelik kepada Hanin.
"Kalau abang putus tunang dengan Aira macam mana?"

YOU ARE READING
Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete)
Romance"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Iskandar. Sejak mengetahui dia anak angkat di dalam keluarga itu, serta-merta dia mengetahui perasaanny...