Bab 2

8.4K 222 3
                                    

       "Assalamualaikum Doktor Puteri Alisya binti Megat Idrus," tegur seseorang yang sedang berdiri di muka pintu pejabat Alisya.

        Alisya yang sedang memeriksa dokumen pesakit memandang ke arah pintu.

        "Waalaikumussalam. Eh, Aida! Mari masuk," pelawa Alisya.

          Aida masuk ke dalam pejabat Alisya yang di khas kan oleh doktor.

          Aida melabuhkan punggungnya di kerusi yang telah disediakan berhadapan dengan Alisya.

         Bibir Alisya mengukir senyuman. "Dah berapa bulan?" soal Alisya. Alisya melihat perut Aida yang buncit itu. Tak sangka yang Aida sudah mengandung. Ini kali kedua Aida mengandung.

          "8 bulan," jawab Aida sambil mengusap perutnya. "Untung lah. Dah nak dapat anak lagi satu. Nampak gaya nya dah 2 orang lah anak kau," kata Alisya.

         "Itu lah kau. Dah 6 tahun kahwin tapi baru sorang anak. Tengok aku ni. Baru 5 tahun dah 2 orang," kata Aida.

         "Eleh. Beza setahun je pun. Itu pun nak berlagak," kata Alisya. Alisya menyambung memeriksa dokumen pesakit.

          "Aku pelik lah dengan kau. Kau kahwin dulu dari aku. Tapi baru sorang anak. Aku yang kahwin lambat dari kau pun dah nak masuk dua orang," kata Aida.

           "Tak payah lah cakap pasal anak. Nanti aku beranak ramai dari kau baru kau tahu," ujar Alisya.

          Aida ketawa kecil. "Ha. Kau asal datang hospital ni? Sakit ke? Abang Adam mana? Tak teman kau?" soal Alisya.

          "Abang kesayangan kau tu pergi Langkawi. Ada projek dekat sana," jawab Aida sayu. Rindu suami lah tu.

         "Daddy tak bagi abang Adam cuti ke? Maklum lah, daddy aku nak dapat cucu satu lagi," soal Alisya.

         "Adam ada minta cuti. Tapi itulah, abang kau sorang je yang uruskan syarikat tu. Maklum lah kau tak nak kerja kat syarikat daddy. Jadi Adam sorang je lah yang buat kerja," balas Aida.

         "Kesian kakak ipar aku ni," ujar Alisya. "Oh ya,Sya. Raya ni kau raya kat mana?" soal Aida.

        "Dekat Kedah. Rumah Tok Mah. Aku dengan Irfan dah bincang pasal ni. Dia setuju. Minggu depan aku dah start ambil cuti. Sampai lah raya nanti. Kami puasa kat kampung sekali," jawab Alisya.

         "Oh. Okey lah. Aku balik dulu ye. Kirim salam dekat Irfan," ujar Aida. Alisya berlaga pipi dengan Aida. "Take care," ucap Alisya. Aida mengangguk lalu keluar dari pejabat Alisya.

                               ***

       "Hayqal, buat apa tu? Pergi solat Asar. Dah pukul 6:15. Nanti nak maghrib dah," ujar Alisya yang sedang mengacau sup ayam di dapur.

         "Kejap mama! Qal nak tengok kartun. Pukul 6:30 Qal solat," jawab Hayqal yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

         Alisya menggelengkan kepala nya. "Qal! Tak baik tangguhkan solat. Pergi solat cepat. Kartun tu tak lari mana pun. Dah pergi solat. Nanti nak berbuka dah," kata Alisya dari arah dapur.

          "Baik mama. Qal solat," jawab Hayqal lalu menutup televisyen dan naik ke atas untuk menunaikan solat.

         "Assalamualaikum," ucap Irfan yang baru pulang dari kerja.

        "Waalaikumussalam," jawab Alisya.

       "Buat apa tu?" soal Irfan sambil memeluk pinggang Alisya dari belakang.

Abangku,Suamiku! (Raya) Where stories live. Discover now